Kolej Vokasional Kuching

Kolej Vokasional Kuching SM Vokasional Kuching mulai di tubuhkan pada tahun 1969 dengan menawarkan 3 kursus utama iaitu Elektrik, Automotif & Binaan Bangunan.

Kolej Vokasional Kuching menawarkan 8 program pengajian iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Pada tahun 1997, SM Vokasional KUching telah di naik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuching dengan menawarkan kursus aliran Kejuruteraan, Vokasioanal dan Kemahiran. Se

laras dengan transformasi pendidikan vokasional, mulai Januari 2012, SM Vokasional Kuching telah dipilih antara 15 buah sekolah vokasional seluruh Malaysia menjadi Sekolah Rintis bagi Kolej Vokasional KPM. Kini, Kolej Vokasional Kuching menawarkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

🚨 JANGAN KETINGGALAN!! 🚨Berminat untuk memohon kemasukan ke program SVM Ambilan 2027 KV Kuching? Pastikan anda tidak ket...
11/06/2026

🚨 JANGAN KETINGGALAN!! 🚨

Berminat untuk memohon kemasukan ke program SVM Ambilan 2027 KV Kuching?

Pastikan anda tidak ketinggalan tarikh-tarikh penting yang tertera pada poster ini.

Permohonan atas talian akan mulai dibuka bermula 10 Julai - 14 Ogos 2026 di pautan https://spskt4.moe.gov.my/

⚠️ Permohonan menggunakan borang manual atau walk-in TIDAK AKAN DITERIMA ⚠️

JOM MASUK KV KUCHING! πŸ’«

fans
Pejabat Pendidikan Daerah Kuching
MPP Kolej Vokasional Kuching
Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Kuching

πŸ—“οΈ 10 Jun 2026Perhimpunan Rasmi Kolej Vokasional Kuching
10/06/2026

πŸ—“οΈ 10 Jun 2026

Perhimpunan Rasmi Kolej Vokasional Kuching

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada seluruh Kontinjen Kolej Vokasional Kuching yang menyahut cabaran dalam Pertandingan K...
09/06/2026

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada seluruh Kontinjen Kolej Vokasional Kuching yang menyahut cabaran dalam Pertandingan KV Skills Zon Sarawak 2026 yang berlangsung di KV Matang, KV Betong dan KV Sibu mulai 10 hingga 12 Jun 2026.

Semoga setiap peserta dapat mempamerkan kemahiran terbaik, semangat bertarung yang tinggi serta keyakinan dalam mengharungi setiap pertandingan.

Bawalah nama KV Kuching dengan penuh kebanggaan, berikan yang terbaik dan percayalah bahawa setiap usaha yang dilakukan adalah satu kejayaan.

Seluruh warga KV Kuching mendoakan agar kontinjen memperoleh kejayaan yang cemerlang serta pulang dengan pencapaian yang membanggakan.

Berjuang dengan yakin, bersaing dengan profesional dan pulang dengan kejayaan.

Tahniah dan syabas kepada Mohammad Fakhrul Razi bin Mohammad Khusairie (pelajar DVM Semester 3 Program Teknologi Automot...
09/06/2026

Tahniah dan syabas kepada Mohammad Fakhrul Razi bin Mohammad Khusairie (pelajar DVM Semester 3 Program Teknologi Automotif) atas kejayaan dalam Kejohanan Mountain Bike (MTB) XCO Tampin 2026 yang berlangsung pada 6–7 Jun 2026 di Felda Bukit Rokan, Gemenceh, Tampin, Negeri Sembilan.

πŸ… Tempat Ke-5 β€” Time Trial (Individu)
πŸ… Tempat Ke-8 β€” Men SUKMA
πŸ… Tempat Ke-8 β€” Men Open

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan bahawa usaha, ketabahan dan semangat juang yang tinggi pasti membuahkan hasil.

Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada warga KV Kuching.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Program Teknologi Elektronik atas kejayaan cemerlang meraih ge...
09/06/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Program Teknologi Elektronik atas kejayaan cemerlang meraih gelaran Juara, Naib Juara dan Tempat Keempat dalam Pertandingan Elektrik dan Elektronik yang dianjurkan oleh TEGAS sempena SCatFair 2026 yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre pada 6-7 Jun 2026.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kemahiran teknikal dan semangat daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar KV Kuching, selaras dengan aspirasi TVET untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah juga ditujukan kepada semua pensyarah Program Teknologi Elektronik yang telah bertungkus-lumus membimbing, melatih dan memberikan sokongan berterusan kepada para peserta sepanjang pertandingan ini.

Kecemerlangan anda adalah kebanggaan KV Kuching ✨

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Qaseh Ilyani Batrisya, pelajar SVM 3 Perakaunan, atas kejayaan merangkul Ha...
09/06/2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Qaseh Ilyani Batrisya, pelajar SVM 3 Perakaunan, atas kejayaan merangkul Hadiah Saguhati dalam Pertandingan TVET Idol sempena Hari TVET Negara 2026.

Qaseh yang berbakat dalam seni persembahan tradisional telah memukau para penonton dengan persembahan alat muzik sape sambil mengalunkan lagu Datun Julud pada pentas akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 7 Jun 2026 yang lalu.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar Kolej Vokasional bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, malah turut menyerlah dalam bidang seni dan kebudayaan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga KV Kuching untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan mengharumkan nama kolej di peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah Qaseh! Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat warisan budaya negara ke persada yang lebih gemilang 🫢🏼

Esok menandakan bermulanya sesi Penggal Kedua Tahun 2026 bagi seluruh warga pelajar KV Kuching.Sehubungan itu, berikut m...
07/06/2026

Esok menandakan bermulanya sesi Penggal Kedua Tahun 2026 bagi seluruh warga pelajar KV Kuching.

Sehubungan itu, berikut merupakan beberapa peringatan berkaitan sahsiah, disiplin dan penampilan diri sebagai persediaan menghadapi hari pertama persekolahan selepas cuti yang panjang.

Marilah kita bersama-sama memulakan penggal baharu ini dengan semangat yang positif, disiplin yang tinggi serta komitmen yang berterusan dalam mencapai kecemerlangan akademik, kemahiran dan sahsiah diri.

Selamat kembali ke kolej dan selamat memulakan sesi pembelajaran Penggal Kedua 2026.

MPP Kolej Vokasional Kuching
Unit Psikologi & Kerjaya Kolej Vokasional Kuching
fans

Selamat Hari Gawai kepada semua kaum Dayak yang menyambutnya. Semoga sambutan perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejaht...
01/06/2026

Selamat Hari Gawai kepada semua kaum Dayak yang menyambutnya.

Semoga sambutan perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan kedamaian kepada anda sekeluarga.

31/05/2026

Sambutan perayaan tidak lengkap tanpa ucapan rasmi daripada wakil seluruh warga kolej.

Ikhlas daripada kami, Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak 2026!
fans

Address

Jalan College, Batu Lintang
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082420814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share