Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Official

  • Home
  • Malaysia
  • Kuching
  • Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Official

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Official Medical & Health Education
Ministry of Health Malaysia Training Institute Kuching

Program berat Sama dipikul, ringan Sama dinging...
09/06/2026

Program berat Sama dipikul, ringan Sama dinging...

APA cerita Hari tok tek...
09/06/2026

APA cerita Hari tok tek...

NOTIS PEMAKLUMAN GANGGUAN PENJANAAN SLIP PENDAFTARAN ALUMNIDimaklumkan bahawa proses penjanaan Slip Pendaftaran Alumni s...
30/05/2026

NOTIS PEMAKLUMAN GANGGUAN PENJANAAN SLIP PENDAFTARAN ALUMNI

Dimaklumkan bahawa proses penjanaan Slip Pendaftaran Alumni sedang mengalami kelewatan buat sementara waktu berbanding tempoh penjanaan biasa, iaitu dalam masa tiga (3) hari bekerja.

Sehubungan dengan itu, penjanaan slip akan dilaksanakan secara berperingkat. Tuan/puan boleh membuat semakan Slip Pendaftaran Alumni mulai 8 Jun 2026.

Pihak Pengurusan Alumni juga telah memaklumkan perkara ini kepada Urus Setia Istiadat Konvokesyen untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui e-mel [email protected].

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN: ISTIADAT KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2025โ€‹Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,YBrs. Dr./Tuan/Puan dan para gradu...
28/05/2026

PENGUMUMAN: ISTIADAT KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2025

โ€‹Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBrs. Dr./Tuan/Puan dan para graduan sekalian,

โ€‹Sukacita dimaklumkan bahawa Istiadat Konvokesyen ILKKM Tahun 2025 akan dilaksanakan mengikut zon dan ketetapan seperti berikut:

โ€‹๐Ÿ“ Jadual Istiadat Konvokesyen

โ€‹Zon Sabah
โ€‹Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
โ€‹Lokasi: Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

โ€‹Zon Sarawak
โ€‹Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
โ€‹Lokasi: Dewan Tunku Abdul Rahman Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

โ€‹Zon Semenanjung
โ€‹Tarikh: 15 - 18 Ogos 2026 (Sabtu - Selasa)
โ€‹Lokasi: Dewan Seri Perdana, ILKKM Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak

โ€‹Tarikh-Tarikh Penting (Tindakan Graduan)

โ€‹Semakan Maklumat: Bermula 21 Mei 2026
โ€‹Pertukaran Zon: Tarikh akhir pada 30 Mei 2026
โ€‹Fasa Pembayaran: 21 Mei 2026 โ€“ 30 Jun 2026

โ€‹Portal Urusan: https://konvoilkkm.com/

โ€‹Hubungi
โ€‹Pegawai: Encik Amierul bin Sharudin
โ€‹E-mel: [email protected]

โ€‹Talian: 03-8885 0600 (Samb: 6130 / 6181 / 6137)

Tahniah diucapkan kepada semua bakal graduan!
โ€‹

๐ŸŽ“ PENGUMUMAN RASMI: PORTAL ISTIADAT KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2026Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Istiadat Konvokesyen ...
23/05/2026

๐ŸŽ“ PENGUMUMAN RASMI: PORTAL ISTIADAT KONVOKESYEN ILKKM TAHUN 2026

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Istiadat Konvokesyen ILKKM bagi Zon Semenanjung, Sabah, dan Sarawak telah mula beroperasi secara rasmi di pautan berikut:

๐ŸŒ Pautan: https://konvoilkkm.com/

Sehubungan dengan itu, semua graduan diminta untuk melayari portal tersebut bagi menyemak maklumat peribadi serta membuat Pengesahan Kehadiran.

๐Ÿ“Œ PERKARA PENTING UNTUK PERHATIAN GRADUAN:

1. Pertukaran Zon Konvokesyen

Graduan yang ingin memohon pertukaran zon perlu berbuat demikian melalui portal sebelum 30 Mei 2026.

(Sila semak status permohonan selepas 3 hari bekerja.)

2. Rayuan Selepas Tarikh Tutup

Sebarang permohonan pertukaran zon selepas 30 Mei 2026 tidak akan dipertimbangkan kecuali atas alasan yang munasabah.

Rayuan hendaklah dikemukakan secara rasmi melalui e-mel ke: [email protected]

3. Urusan Pembayaran Yuran

Tempoh pembayaran: 21 Mei 2026 sehingga 30 Jun 2026.

Sila ambil maklum bahawa pengesahan bayaran akan mengambil masa 5 hari bekerja.

4. Bukti Pendaftaran & Pengambilan Jubah

Pastikan anda menyimpan tangkap layar (screenshot) atau mencetak slip pengesahan kehadiran.

Slip ini adalah bukti wajib semasa urusan pendaftaran dan pengambilan jubah konvokesyen kelak.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan! Sila pastikan anda bertindak mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuching merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Belaga atas...
21/05/2026

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuching merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Belaga atas kesudian menerima kunjungan serta mengadakan sesi mesyuarat pelaksanaan dan penyelarasan bersama para pelatih Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Primer (ADPH) Ambilan Mac 2026.

Sesi ini bertujuan memperincikan perancangan bagi menjayakan Karnival Komuniti Sejahtera yang akan berlangsung di Uma Sambop, Long Semutut, Belaga pada 2 hingga 4 Julai 2026.

Program ini merupakan satu inisiatif kolaboratif yang menumpukan kepada usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti luar bandar melalui pendekatan kesihatan primer yang holistik, termasuk aktiviti saringan penyakit tidak berjangkit (NCD), pemeriksaan kesihatan pergigian, pendidikan kesihatan serta penglibatan komuniti setempat.

Selain memberi pendedahan lapangan kepada para pelatih ADPH dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan koordinasi program komuniti, inisiatif ini turut membuka ruang kerjasama strategik bersama pelbagai agensi bagi memperkasakan akses kesihatan serta kesejahteraan masyarakat pedalaman.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Daerah Belaga serta semua agensi yang terlibat atas sokongan dan komitmen berterusan dalam menjayakan agenda kesihatan komuniti.

Semoga usaha bersama ini menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang lebih sihat, sejahtera dan inklusif.

๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐Š๐”๐“๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐Ž๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐„๐๐„๐๐”๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„...
15/05/2026

๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐Š๐”๐“๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐Ž๐Œ๐€ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐Ž๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š ๐’๐„๐‚๐€๐‘๐€ ๐’๐„๐๐„๐๐”๐‡ ๐Œ๐€๐’๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐๐€๐†๐ˆ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Permohonan untuk mengikuti Program Lanjutan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐’๐ž๐ฉ๐ž๐ง๐ฎ๐ก ๐Œ๐š๐ฌ๐š dibuka untuk permohonan mulai ๐Ÿ’ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Semua pegawai dan anggota paramedik dan auksiliari kesihatan dari Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta yang layak adalah dijemput untuk memohon secara dalam talian (๐’๐’๐’๐’Š๐’๐’†) menerusi Sistem Permohonan Program Lanjutan KKM (e-LDP) melalui pautan http://eldp.moh.gov.my/.

Calon dinasihatkan untuk meneliti dan memahami dengan jelas syarat-syarat kelayakan sebelum mengemukakan permohonan.

Sebarang pertanyaan berhubung penawaran ini boleh e-mel kepada [email protected].

๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ:
๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐
๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Happy International Nurses Day 2026 "๐‘ถ๐’–๐’“ ๐‘ต๐’–๐’“๐’”๐’†๐’”. ๐‘ถ๐’–๐’“ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†. ๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’†๐’… ๐‘ต๐’–๐’“๐’”๐’†๐’” ๐‘บ๐’‚๐’—๐’† ๐‘ณ๐’Š๐’—๐’†๐’”".
12/05/2026

Happy International Nurses Day 2026

"๐‘ถ๐’–๐’“ ๐‘ต๐’–๐’“๐’”๐’†๐’”. ๐‘ถ๐’–๐’“ ๐‘ญ๐’–๐’•๐’–๐’“๐’†. ๐‘ฌ๐’Ž๐’‘๐’๐’˜๐’†๐’“๐’†๐’… ๐‘ต๐’–๐’“๐’”๐’†๐’” ๐‘บ๐’‚๐’—๐’† ๐‘ณ๐’Š๐’—๐’†๐’”".

Address

Lot 221, Batu 13 1/2, KM 22, Jalan Puncak Borneo
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082628990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching, Sarawak Official:

Share