17/06/2026
"𝙆𝙚𝙘𝙚𝙠𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙬𝙖𝙡 𝙠𝙚𝙗𝙖𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙙𝙞𝙪𝙠𝙪𝙧 𝙠𝙚𝙩𝙞𝙠𝙖 𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙖𝙧𝙖𝙠, 𝙩𝙚𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙡𝙖𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙗𝙚𝙧𝙩𝙚𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙠𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙨𝙞𝙖𝙜𝙖𝙖𝙣, 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙥𝙡𝙞𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙣𝙙𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙣𝙩𝙖𝙨 𝙙𝙚𝙢𝙞 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙣𝙮𝙖𝙬𝙖 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙖𝙨𝙚𝙩 𝙏𝙇𝘿𝙈."
𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 - 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐎𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐈 (𝐌𝐊𝐌𝐀)
KUCHING, 16 Jun - Latihan Tempatan diteruskan lagi dengan kelas secara teori dan secara fizikal mengenai Mengawal Kebanjiran Melawan Api (MKMA) mengikut prosedur operasi standard sebenar yang dipraktikkan oleh TLDM.
Latihan mengenai Mengawal Kebanjiran Melawan Api (MKMA) telah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan anggota PSSTLDM dalam menghadapi sebarang insiden kebakaran yang berpotensi mengancam keselamatan nyawa, aset dan operasi perkhidmatan.
Latihan yang disampaikan oleh anggota tetap TLDM ini memberi penekanan kepada prosedur tindakan awal kebakaran, penggunaan peralatan pemadam api yang betul, teknik pengasingan kawasan terlibat serta pelaksanaan langkah-langkah pencegahan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan. Latihan ini turut mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran anggota dalam melaksanakan tindakan kecemasan secara pantas, teratur dan berkesan.
Pelaksanaan latihan ini diharapkan dapat memperkasakan tahap kompetensi anggota PSSTLDM serta membudayakan amalan keselamatan yang tinggi dalam memastikan kesiapsiagaan warga PSTL Kuching sentiasa berada pada tahap optimum.
Sumber | Artikel | Gambar : PR PSTL Kuching
Tentera Laut Diraja Malaysia
Markas Pasukan Simpanan TLDM