14/06/2026
Kuching -12 Jun 2026, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan dan Agensi Kementerian Dalam Negeri Negeri Sarawak Tahun 2025 telah berlangsung di Kuching dan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan turut hadir Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Datoβ Ruslin Jusoh
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Lorita Racha Abdullah, Puan Zalina Binti Zainal Abidin Shah dan Encik Alimulia Bin En, warga Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak, yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, integriti serta kecemerlangan yang ditunjukkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan yang amat bermakna atas sumbangan dan prestasi cemerlang yang telah diberikan demi memartabatkan perkhidmatan awam serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Semoga kejayaan yang membanggakan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi serta mengekalkan tahap profesionalisme yang unggul. Didoakan agar para penerima terus maju, cemerlang dan mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.