07/04/2026
⚫ Sharing the Published Post of Sarawak Edition SE
Published on 08/04/2026@07:01hrs
Perarakan Guangze Zunwang: 10,000 peserta dijangka sertai, polis nasihat rancang perjalanan
8 April - Perarakan besar sempena sambutan hari jadi Guangze Zunwang akan diadakan pada 9 April ini bermula jam 4.30 petang hingga 11 malam, melibatkan kira-kira 10,000 peserta dan 220 kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata laluan perarakan bermula dari Jalan Ban Hock sebelum melalui beberapa jalan utama termasuk Jalan Central Timur, Jalan Padungan, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Borneo, Jalan Bukit Mata, Jalan Main Bazaar, Jalan Gambier, Lebuh Java, Jalan Market, Jalan Kho Hun Yeang, Jalan Pearl dan Jalan Tun Abang Haji Openg sebelum berakhir di Jalan Carpenter.
Menurut beliau, bagi melancarkan perjalanan program serta pergerakan aliran trafik, orang ramai diminta supaya berhati-hati dan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan yang terlibat.
“Orang ramai juga dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.
• POST LINK: - https://www.facebook.com/SarawakEditionKomuniti/posts/pfbid02TSHrzGEazxuW5Y63sZhh4nofGYLZeuUHP5hmLH6HExCdzMXU31g7HY389FxQb1pEl
• CREDIT TO: - Sarawak Edition SE