Jabatan KEMAS Sarawak

Jabatan KEMAS Sarawak "PENGGERAK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT LUAR BANDAR" KEMAS SARAWAK adalah salah satu Pejabat KEMAS Negeri. Manakala ibu pejabat KEMAS Malaysia terletak di Putrajaya.
(2)

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai 'KEMAS' adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) Malaysia.

12/06/2026

๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐€๐–๐€๐‹ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐: ๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐–๐€๐‹, ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐‚๐Ž๐‘๐€๐Š ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ–.๐Ÿ’ ๐‰๐”๐“๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh pembangunan modal insan negara melalui pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Sejak penubuhannya, KEMAS telah menjadi medan pendidikan pertama kepada lebih 8.4 juta anak Malaysia, dengan rangkaian TABIKA dan TASKA KEMAS kini merangkumi hampir 11,113 lokasi di seluruh negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pencapaian ini adalah komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan awal yang berkualiti dapat dinikmati oleh masyarakat, khususnya di kawasan desa dan luar bandar.

Selaras dengan aspirasi ๐™‚๐™–๐™ข๐™š ๐˜พ๐™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™š๐™ง KKDW, kementerian akan terus memberikan sokongan melalui penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi kerja-kerja naik taraf dan pembaikan premis TABIKA serta TASKA KEMAS demi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan berkualiti untuk generasi masa hadapan.

Klik berita penuh: https://www.utusan.com.my/nasional/2026/06/pendidik-kemas-perlu-guna-pendekatan-baharu-pendidikan-awal-kanak-kanak/





12/06/2026
๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐‘๐š๐ข๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sar...
09/06/2026

๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐‘๐š๐ข๐ก ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para Pendidik Masyarakat KEMAS Negeri Sarawak atas kejayaan cemerlang serta penglibatan aktif dalam penerbitan buku digital sempena Sambutan Hari Pendidik Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Tahun 2026.

Majlis berprestij tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang berlangsung di Dewan Sri Lestari KKDW pada 9 Jun 2026.

๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ฐ๐š๐ซ๐ ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐ข๐š๐ฅ๐š๐ก:

1. Puan Noor Suhaida binti Matzen, Pendidik
Masyarakat TASKA menerima Anugerah
Kualiti Standard Kualiti Pengasuhan dan
Pendidikan Awal Kanak-Kanak TASKA.
2. Puan Wenny ak Meliyu, Menerima Anugerah
Bidang Seni Tangan โ€“ Anugerah Jari Jemari
Emas.
3. Puan Amalina binti Bujang Narawi,
Menerima pengiktirafan atas penglibatan
Dalam penerbitan Buku Digital TABIKA 6
Tahun bertajuk Kembara Dunia Sihat.
4. Puan Christy ak Manggi, Menerima
pengiktirafan atas penglibatan dalam
penerbitan Buku Digital TABIKA 6 Tahun
bertajuk Diri Saya dan Negaraku
Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kreativiti dan dedikasi tinggi warga pendidik KEMAS Sarawak dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak serta meningkatkan mutu penyampaian pendidikan kepada masyarakat.

Semoga pengiktirafan yang diterima ini akan terus menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga KEMAS untuk terus melakar kecemerlangan demi anak bangsa dan komuniti luar bandar.

"๐Ÿ“๐Ÿ“ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ซ๐๐š๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐€๐ง๐š๐ค ๐๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š"

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

09/06/2026
09/06/2026
๐๐„๐‹๐€๐’๐”๐๐†๐Š๐€๐–๐€ & ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡
08/06/2026

๐๐„๐‹๐€๐’๐”๐๐†๐Š๐€๐–๐€ & ๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡

05/06/2026

Address

Tkt 6 & 7, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
Kuching
93300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082240636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan KEMAS Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan KEMAS Sarawak:

Share