14/06/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
(๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
KUCHING, 13 Jun 2026 โ Mini Konvensyen Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) 2026 anjuran bersama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) telah berjaya dilaksanakan selama dua hari, iaitu pada 10 hingga 11 Jun 2026 di Pullman Kuching.
Program tersebut telah menghimpunkan sebanyak 17 kump**an KIK, terdiri daripada 15 kump**an mewakili MYSED dari seluruh pejabat bahagian serta dua kump**an daripada MTCP. Kesemua kump**an telah membentangkan pelbagai idea dan projek inovasi yang bertujuan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh tadbir urus organisasi serta menggalakkan budaya kreativiti dan inovasi dalam sektor awam.
Kemuncak program diteruskan dengan Majlis Penyampaian Anugerah KIK 2026 yang berlangsung pada 12 Jun 2026 dan telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Haji Abd Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Encik Dzulkornain bin Masron, Setiausaha Tetap MYSED dan Encik Morshidi Frederick, Setiausaha Tetap MTCP.
Dalam ucapannya, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah menekankan bahawa inovasi dan kreativiti merupakan pemangkin utama dalam mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. Beliau turut menggalakkan warga kerja kedua-dua kementerian agar terus membudayakan pemikiran inovatif dan menghasilkan penyelesaian yang mampu memberi impak positif kepada organisasi serta rakyat.
Di peringkat MYSED, Kump**an OPTIMUS telah muncul sebagai Johan menerusi projek BINOVA (BIN Operation and Visual Alerts) yang memberi penyelesaian kepada isu kaedah pengawasan tong sampah yang kurang efektif di bangunan dan kawasan sekitar penganjuran program. Kump**an ini turut merangkul Anugerah Inovasi Terbaik. Manakala Kump**an IMPACT V3NUS p**a berjaya meraih gelaran Naib Johan dan juga Anugerah Pameran Terbaik menerusi projek AURORA (Automated Unified Record for Operations and Reporting Application) yang dibangunkan bagi menambah baik mekanisme pelaporan dan pemantauan kerja tapak kontraktor di fasiliti kerajaan yang kurang efisien.
Selain itu, Anugerah Persembahan Terbaik p**a dirangkul oleh Kump**an Creative Catalyst Crew (CCC) menerusi projek Smart Sweeper Clean Bot X, iaitu inovasi yang dibangunkan bagi mengatasi kesukaran mengutip sampah secara manual melalui penggunaan teknologi yang lebih moden dan praktikal.
Manakala di peringkat MTCP, Kump**an CITRA telah dinobatkan sebagai Johan.
Penganjuran Mini Konvensyen KIK dan Majlis Anugerah KIK 2026 ini membuktikan komitmen berterusan MYSED dan MTCP dalam memperkukuh budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berorientasikan rakyat. Program ini turut menjadi platform penting untuk mengetengahkan idea-idea baharu yang berpotensi untuk diperluaskan pelaksanaannya demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat dan pembangunan negeri secara keseluruhannya.