Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso Negeri Sarawak

Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso Negeri Sarawak Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri merupakan faedah perlindungan PERKESO untuk semua

Halaman FB ini adalah dikendalikan oleh Unit Skim Pekerjaan Sendiri Pejabat PERKESO Negeri Sarawak.

11/12/2023
15/10/2023
17/09/2023

Ikuti perkongsian Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar, membicarakan mengenai topik yang cukup penting berkaitan perlindungan keselamatan sosial buat suri rumah di Malaysia.

Pengorbanan suri rumah dalam menjaga rumahtangga tiada ternilai dan seharusnya peranan mereka dihargai dan kebajikan dijaga.

Jangan lupa tonton Program Bicara Naratif secara langsung 18 September 2023 (isnin), jam 9 malam di TV1.

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO

22/07/2023

Selamat meraikan Hari Sarawak kepada rakyat Bumi Kenyalang yang disambut secara rasmi pada hari ini.

Tanggal 22 Julai setiap tahun, rakyat Sarawak menyambut Hari Sarawak sebagai tanda ingatan penyerahan Sarawak daripada penjajahan British yang merupakan bermulanya proses ke arah kemerdekaan.

Jadikan sambutan Hari Sarawak sebagai platform untuk menyampaikan mesej kemajuan, pembangunan dan perpaduan negeri yang telah dikecapi selama ini serta terus mengorak langkah kecemerlangan ke arah menjadi sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030

Semoga perpaduan dan persefahaman diantara kita akan terus bersemarak, hidup dengan penuh harmoni, tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama.

Jom mendaftar dan mencarum SKSPS semua
22/07/2023

Jom mendaftar dan mencarum SKSPS semua

USAHAWAN KEK BERASAL DARI DAERAH BAU TELAH MEMCARUM SKSPS

18/7/2023 : Seorang usahawan kek terkenal dari Daerah Bau telah tertarik dan mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Usahawan yang dimaksudkan ialah Encik Mexkarsen Anak Jumpong berumur 28 tahun.

Setelah lebih lapan tahun bekerja dalam bidang F & B, beliau mengambil keputusan untuk berhenti dan menjalankan perniagaan membuat kek dan kuih dari rumah. Sebelum berhenti bekerja dan menjadi full time baker, beliau juga sering mengambil tempahan kek hari jadi, bertunang dan kek kahwin.

Semasa bekerja majikan dulu, Orang Bekerja Sendiri (OBS) ada membuat caruman PERKESO dimana ianya dibayar oleh majikan dan pekerja.

Semasa bekerja sendiri, beliau sendirilah yang perlu menguruskan semua aktiviti pemprosesan kek iaitu membeli bahan, membuat kek dan penghantaran kek. Beliau menyedari bahawa tugas - tugas tersebut terdedah dengan pelbagai risiko dan kemalangan.

Pada mulanya OBS memang tidak terfikir dengan perkara tersebut namun sentiasa diperingatkan oleh abangnya sendiri akan kepentingan dan faedah mencarum di bawah SKSPS sekiranya berlaku apa-apa kepada beliau.

OBS bersyukur dan berterima kasih kepada Encik Jimmy Hendrick Anak Kijon, Pengurus PERKESO Bintulu kerana memaklumkan kepentingan untuk mencarum dengan PERKESO dan membantunya untuk mendaftar di bawah SKSPS.

Justeru itu, abang OBS terus menghubungi OBS untuk meminta dokumen yang diperlukan untuk tujuan pendaftaran SKSPS. Akhir sekali, nasihat OBS kepada sahabatnya dan saudara maranya di luar sana yang bekerja sendiri, silalah mendaftarkan diri untuk menyertai SKSPS yang memberikan manfaat besar kepada kita lebih-lebih lagi kerajaan sekarang memberikan subsidi sehingga 80% dan kita hanya perlu membayar RM46.60 (20%) untuk setahun bagi perlindungan PERKESO yang lebih komprehensif.

Skim SKSPS ini memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Bencana Pekerjaan Sendiri ertinya kecederaan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan akibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan yang berkaitan dengan aktiviti pekerjaan sendirinya.

Penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Skim ini menyediakan faedah tunai kepada orang berinsurans bekerja sendiri dan tanggungannya di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.

Berikut adalah faedah - faedah yang disediakan oleh PERKESO:

1). Faedah Perubatan
2). Faedah Hilang Upaya Sementara
3). Faedah Hilang Upaya Kekal
4). Faedah Orang Tanggungan
5). Elaun Layanan Sentiasa
6). Faedah Pengurusan Mayat
7). Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
8).Faedah Pendidikan

27/05/2023

Berita baik buat Orang Bekerja Sendiri (OBS). Pembayaran SPS Padanan Caruman kini boleh dilakukan menerusi portal Matrix dan aplikasi Prihatin.

Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Google Play dan Apple Store atau layari http://matrix.perkeso.gov.my sekarang. Untuk maklumat lanjut, hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau emel [email protected].

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO

14/05/2023

Seluruh warga PERKESO mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat di Malaysia, terutamanya suri rumah yang menjadi tulang belakang keluarga.

Hari Ibu merupakan wadah terbaik untuk menghargai kasih sayang, jasa dan pengorbanan ibu yang bagaikan buih-buih di lautan yang tak termampu kita balas. Namun, anda boleh melindungi dan menjaga kebajikan wanita istimewa ini menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO.

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa”… Daftar dan carumlah dengan SKSSR hari ini sebagai tanda kasih kepada suri hidup anda – ibu, isteri dan semua suri hati keluarga.

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO

14/05/2023

Address

Wisma PERKESO, Lot 436, Section 54, No. 52 Travillion Commercial Centre, Jalan Padungan
Kuching

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082221666

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Perkeso Negeri Sarawak:

Share