14/09/2026
๐ข๐ฃ๐ฆ ๐ฆ๐๐ฃ๐จ: ๐ฑ๐ต ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐ข๐ก๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐ข๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐๐ง๐๐จ๐๐ฆ๐๐๐ก ๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐จ๐๐๐๐ก๐
Kuching, 14 September 2026 โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak melalui Bahagian Penguatkuasa Kuching telah melaksanakan Ops Sapu pada 12 hingga 13 September 2026, melibatkan tiga lokasi di sekitar bandar raya Kuching, Sarawak.
Operasi yang bermula pada jam 10.00 malam hingga 4.30 pagi itu digerakkan dengan kekuatan 37 orang pegawai hasil aduan awam serta risikan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Kuching. Sebanyak 92 orang diperiksa, dengan 59 orang ditahan terdiri daripada warga Indonesia.
Di lokasi pertama, sebuah rumah teres setingkat di Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, Kuching yang disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian melibatkan warga asing, seramai 11 lelaki warga Indonesia ditahan daripada 11 orang yang diperiksa. Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Turut dirampas ialah dua naskhah pasport antarabangsa Indonesia, lima set komputer, lima buah komputer riba dan 12 telefon bimbit pelbagai jenama dan model.
Di lokasi kedua, sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan Saradise Dream, Jalan Saradise, Kuching, seramai 46 orang warga Indonesia terdiri daripada 38 lelaki dan lapan perempuan telah ditahan daripada 46 orang yang diperiksa. Kesalahan yang disyaki melibatkan Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Sebanyak 28 naskhah pasport antarabangsa Indonesia turut dirampas bagi membantu siasatan.
Sementara itu, di lokasi ketiga iaitu sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan DโIsabelle Sarawak First Green Residential, Jalan Dogan, Batu Kawa, Kuching, seramai 35 orang telah diperiksa, dengan dua lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). Kesemua tahanan dibawa untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. JIM Sarawak akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara bersasar berdasarkan maklumat risikan dan aduan awam bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen sentiasa dipelihara.
ยฉ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐จ๐ก๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ฅ๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง | ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ช๐๐