04/06/2026
Dengan penuh rasa dukacita dan simpati, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan warga Perkhidmatan Awam Sarawak merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang Patrick Engkasan Anak Entabar @ Digat yang telah meninggal dunia pada Isnin, 1 Jun 2026 pada usia 79 tahun.
Mendiang merupakan mantan Residen Bahagian Sri Aman yang telah banyak menabur jasa dalam perkhidmatan awam negeri.
Sepanjang perkhidmatan beliau, mendiang pernah berkhidmat sebagai Residen Sibu dari tahun 1997 hingga Februari 2000 sebelum dilantik sebagai Residen Sri Aman dari Mac 2000 hingga November 2002.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada Perkhidmatan Awam Sarawak serta mereka yang pernah mengenali dan bekerjasama dengan beliau.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini.
Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak