18/06/2026
PENGLIBATAN PERKEP DALAM MAJLIS BACAAN DOA AKHIR / AWAL TAHUN SEMPENA MAAL HIJRAH 1448H
PERKEP PULAPOL Kuching turut hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Bacaan Doa Akhir dan Awal Tahun Sempena Maal Hijrah 1448H yang telah berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, PULAPOL Kuching pada 16 Jun 2026. Kehadiran YBhg. Puan Jennana Lynn Johnson, Pengerusi PERKEP PULAPOL Kuching bersama ahli-ahli PERKEP mencerminkan sokongan berterusan terhadap program-program keagamaan dan pengukuhan nilai-nilai kerohanian dalam kalangan warga PULAPOL Kuching.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Nurul Hidayah PULAPOL Kuching serta Unit Agama BAKA CIPS PULAPOL Kuching atas penganjuran program yang amat bermanfaat ini. Program sebegini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah, malah menjadi wadah memperkukuhkan penghayatan nilai hijrah serta meningkatkan kesedaran ke arah perubahan yang lebih baik dalam kehidupan.