Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir

Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir YBA1210 SK TABUAN HILIR - PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUCHING - JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK - KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Makluman kepada semua ibu bapa SK Tabuan Hilir
14/09/2026

Makluman kepada semua ibu bapa SK Tabuan Hilir

13/09/2026
Makluman mengenai pembukaan semula sekolah
13/09/2026

Makluman mengenai pembukaan semula sekolah

12/09/2026
12/09/2026
12/09/2026

PEMAKLUMAN

Untuk makluman semua ibu bapa, guru, murid dan warga pendidikan Negeri Sarawak,

đź“… Pengumuman berkaitan pembukaan semula sekolah akan dibuat pada:

🗓️ 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 malam

Kenyataan rasmi akan disampaikan melalui saluran media sosial rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Buat masa ini, pihak jabatan masih memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga petang ini bagi memastikan keputusan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga sekolah.

Mohon semua kekal tenang, bersabar dan ikuti makluman rasmi daripada pihak jabatan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Pengumuman penting
06/09/2026

Pengumuman penting

05/09/2026

Fungsi, Tanggungjawab dan Autonomi Pengurusan Jerebu Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Dalam pengurusan situasi jerebu, setiap peringkat mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing. Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan dasar, garis panduan serta memberikan kuasa autonomi melalui Surat Pekeliling dan Garis Panduan bagi memastikan keputusan dapat dibuat dengan pantas berdasarkan keadaan setempat.

Di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPN), segala perkembangan dan keputusan berkaitan pengoperasian sekolah akan diselaras berdasarkan situasi negeri. Sebelum sebarang Kenyataan Media dikeluarkan, JPN Sarawak akan terlebih dahulu merujuk kepada YB Menteri Pendidikan melalui Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) bagi memastikan keputusan dan penyampaian maklumat adalah selaras dengan dasar serta ketetapan KPM.

Di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pemantauan keadaan setempat serta penyelarasan dengan sekolah menjadi aspek penting bagi memastikan arahan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Manakala di peringkat Pengetua dan Guru Besar (PGB), kuasa autonomi yang diberikan membolehkan keputusan dibuat berdasarkan keadaan sebenar di sekolah dan kawasan masing-masing, dengan mengutamakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah.

Pendekatan ini mencerminkan kepercayaan KPM kepada semua peringkat pengurusan pendidikan untuk membuat keputusan secara cepat, bertanggungjawab dan berasaskan situasi setempat. JPN Sarawak amat menghargai autonomi dan kepercayaan yang diberikan oleh KPM ini dalam memastikan pengurusan jerebu dapat dilaksanakan secara teratur dan responsif.

"Proaktif, Persuasif dan Produktif"

Tahun ini tahun kita.




05/09/2026

HEBAHAN DAN MAKLUMAN

Merujuk kepada Sidang Media dan Kenyataan Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) semalam, dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah dalam daerah yang telah dinyatakan dalam sidang media tersebut sahaja akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sekolah-sekolah di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang terlibat ialah PPD Kuching, PPD Padawan, PPD Bau, PPD Lundu, PPD Samarahan, PPD Simunjan, PPD Serian, PPD Sri Aman, PPD Lubok Antu, PPD Kanowit, PPD Julau dan PPD Meradong.

Bagi sekolah-sekolah yang tidak termasuk dalam daerah yang dinyatakan, pengoperasian sekolah adalah seperti biasa iaitu bersemuka mulai 7 September 2026 (Isnin).

Pihak sekolah, ibu bapa, penjaga dan murid dimohon mengambil maklum serta merujuk kepada pemakluman rasmi daripada JPNS atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat terkini.

Terima kasih atas perhatian, kerjasama dan kefahaman semua.




Address

Kampung Tabuan Melayu
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Tabuan Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share