Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak

Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak Memacu sektor pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing dan lestari demi pembangunan sosio-ekonomi negara

20/02/2026

🌙✨ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN MUBARAK 2026 MASIHI / 1447 HIJRAH 🕌🤲

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan sekecil mana pun, diberi ganjaran berlipat ganda dan segala amal ibadah kita diterima dengan penuh rahmat sepanjang bulan mulia ini. Moga Ramadan kali ini membawa ketenangan dan keberkatan buat kita semua. 🌙💫

Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).




KUCHING, 16 Februari 2026 – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sarawak telah menerima kunjungan ho...
16/02/2026

KUCHING, 16 Februari 2026 – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Excellence Skills And Entrepreneurship Center Sdn. Bhd. ke atas Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak, YBrs. Puan Debbie Anak Jenggut Nyelang bagi membincangkan cadangan kerjasama pelaksanaan Program Pemerkasaan Usahawan dan Komuniti di Sarawak.

Sesi pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan jalinan strategik dalam memperkasa komuniti melalui latihan kemahiran teknikal, keusahawanan serta pendedahan kepada latihan digital dan AI termasuk pemasaran dalam talian, e-dagang dan strategi penjenamaan.

Semoga usaha kolaboratif ini dapat memberi impak positif dalam meningkatkan kemahiran, menjana pendapatan serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sarawak secara mampan.







KUCHING, 16 Februari 2026 – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak telah menerima kunju...
16/02/2026

KUCHING, 16 Februari 2026 – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Kenyalang Skills Center Sdn. Bhd. ke atas Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Sarawak, YBrs. Puan Debbie Anak Jenggut Nyelang.

Kunjungan ini bertujuan membincangkan cadangan jalinan kerjasama bagi pelaksanaan Program Jelajah Kemahiran Anak Sarawak 2026 yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran belia dalam bidang pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan di negeri ini.

Semoga pertemuan ini dapat memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan dan menyokong pertumbuhan industri pelancongan serta ekonomi kreatif Sarawak.







06/02/2026

UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ✨

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun 2026.

Semoga terus maju jaya dan menjadi inspirasi kepada semua.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)




KUCHING, 27 Januari 2026 - Penggredan Semula Premis Penginapan Pelancong di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching.  Pe...
05/02/2026

KUCHING, 27 Januari 2026 - Penggredan Semula Premis Penginapan Pelancong di Raia Hotel & Convention Centre, Kuching. Penggredan hotel ini dilaksanakan bagi memastikan kualiti perkhidmatan, kemudahan dan keselamatan penginapan sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Ia bertujuan melindungi kepentingan pelancong, menyeragamkan standard industri hospitaliti serta meningkatkan daya saing sektor pelancongan negara. Penggredan ini juga membantu pelancong membuat pilihan penginapan yang lebih yakin dan berinformasi.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada panel-panel yang hadir daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Sarawak Tourism Board, Tourism Malaysia (Sarawak), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Sarawak Chapter.







KUCHING, 12 Januari 2026 - Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak telah menerima kunjungan horm...
05/02/2026

KUCHING, 12 Januari 2026 - Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Pengguna Sarawak ke atas Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak, Puan Debbie Anak Jenggut Nyelang.







02/02/2026
02/02/2026

Address

Tingkat 3, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga
Kuching
93300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082235033

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share