21/05/2026
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐! ๐
๐ฅ PASUKAN BAHAS BAHASA INGGERIS DAERAH KUANTAN MARA GAGAH KE PENTAS NEGERI PAHANG BAGI TAHUN 2026 ๐ฅ
21 Mei 2026 | Khamis
Sorakan kemenangan kini bergema apabila pasukan bahas Bahasa Inggeris kita melangkah penuh bergaya ke pentas FINAL Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pahang bagi tahun 2026.
Mewakili Daerah KUANTAN dengan penuh kebanggaan dan kecemerlangan, barisan pendebat hebat dari SK Assunta Convent telah menggegarkan arena perbahasan dengan mempertaruhkan pejuang muda yang bukan sahaja petah berbicara, malah mempamerkan semangat dan keyakinan yang memukau sepanjang pusingan saringan.
Berhadapan saingan sengit, pasukan kita tetap teguh berdiri, membuktikan bahawa semangat, intelektual, dan keberanian mampu mengangkat nama ke pentas paling berprestij di negeri ini.
Hari ini, pertempuran mencapai kemuncaknya.
Pertarungan terakhir pintar berbicara, dalam menentukan yang paling bitara.
Pasukan KUANTAN yang diwakili oleh SK Assunta Convent bakal berdepan pasukan hebat BERA dari SJKT Ladang Menteri dalam pertembungan epik yang dijangka mencuri tumpuan arena perbahasan negeri apabila kedua-dua pasukan memburu gelaran Juara Pahang 2026.
๐ Sebuah Penghormatan Buat Kecemerlangan ๐
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para pendebat muda yang luar biasa, guru-guru pembimbing yang berdedikasi, keluarga yang sentiasa menjadi tulang belakang kekuatan dan pihak pentadbiran SK Assunta Convent, Kuantan yang sentiasa proaktif sehingga berjaya mengangkat nama Kuantan ke persada gemilang.
Tatkala tirai pentas akhir bakal dibuka, didoakan Pasukan Kuantan melangkah dengan keberanian di hati, kebijaksanaan di minda, dan kemenangan dalam genggaman.
โจ Bawalah pulang kegemilangan, bawalah pulang piala kemenangan.
Harumkan nama daerah tercinta,
menyerlah megah di pentas persada! โจ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐-๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
Tahun Ini, Tahun Kita