07/04/2026
SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-43
31 Mac 2026 β Seramai 10 orang wakil dari PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang telah berbesar hati hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang Kali Ke-43 yang berlangsung di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang.
Majlis berprestij yang menghimpunkan hampir 500 ahli dari pelbagai agensi dan daerah seluruh negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa (Biro) lantikan baharu yang akan terus memacu PUSPANITA ke arah kecemerlangan selaras dengan objektif dan hala tuju yang baharu. Jutaan terima kasih juga dirakamkan buat barisan jawatankuasa terdahulu atas segala jasa bakti dan komitmen cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Satu kebanggaan buat JUPEM Pahang! Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan khusus buat ahli PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang, iaitu Puan Aimi binti Makhtar, atas pemilihan dan pelantikan beliau sebagai salah seorang Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang. Semoga terus cemerlang dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan! π
Majlis diakhiri dengan penuh kemeriahan melalui Jamuan Aidilfitri yang menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli.