Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuantan

Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuantan Perkhidmatan Bantuan Bencana & Kecemasan

15/06/2026
15/06/2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Hormat,

Dimaklumkan bahawa Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang telah menjalani pembedahan kaki kanan (Bunionette Corrective Surgery) pada tulang metatarsal kelima kanan di bawah rawatan Ortopedik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pagi ini.

Berdasarkan nasihat pihak perubatan, tempoh pemulihan dan rehabilitasi dijangka mengambil masa antara 6 hingga 8 minggu.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh tersebut, segala urusan pentadbiran dan pengurusan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang akan dikendalikan oleh Timbalan Pengarah APM Pahang, Lt. Kol. (PA) Ahmad Fazli bin Mohamad.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Pengarah APM Pahang diberikan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan urusan rawatan serta kembali bertugas seperti sediakala.

Sekian, untuk makluman.

15/06/2026



YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyatakan bahawa Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bukan sekadar pasukan khas, tetapi merupakan aset strategik APM yang memerlukan anggota berjiwa kental, berdisiplin tinggi, berani serta mampu membuat keputusan secara pantas dan tepat dalam situasi yang mencabar dan berisiko tinggi.

Sumber : Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA














*

10/06/2026
09/06/2026



MAJLIS PERASMIAN LATIHAN KEMAHIRAN PASUKAN KHAS PERTAHANAN AWAM (PASPA) SIRI 6 TAHUN 2026

Mari sama-sama kita hadir ke majlis yang akan disempurnakan oleh YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pada seperti berikut :-

📅Tarikh : 09 Jun 2026 (Selasa)
⏰Masa : 10:00 pagi
📍Tempat : Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Bangi

Mari sama-sama kita memeriahkan program ini.

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
Akademi Latihan Pertahanan Awam Bangi














**

09/06/2026

🌊 PERSEDIAAN AWAL APABILA TSUNAMI 🌊

"AWAL ANU! AWAL ANU!" - OYEN

Bencana boleh berlaku tanpa diduga. Namun, persediaan awal dan pengetahuan yang betul mampu menyelamatkan nyawa.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau menyeru masyarakat agar sentiasa peka terhadap amaran rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa serta memahami langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku ancaman tsunami.

Antara tindakan penting yang perlu diketahui adalah mengenal pasti laluan pemindahan, bergerak segera ke kawasan yang lebih tinggi apabila menerima amaran, serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

Jangan abaikan tanda-tanda awal seperti gegaran gempa bumi yang kuat atau surutnya air laut secara luar biasa. Setiap saat amat berharga dalam situasi kecemasan.

📢 Ingat! Bersedia sebelum bencana berlaku adalah kunci utama untuk mengurangkan risiko dan menyelamatkan nyawa.

Bersedia Hari Ini, Selamat Esok.
APM Sentiasa Siap Sedia Demi Keselamatan Komuniti.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah











08/06/2026
08/06/2026



YAS KPj. (PA) Mohammad Abiddin bin Abd Rahman, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyatakan bahawa Program Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) APM dirangka untuk melahirkan belia yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga cekal, beretika dan berjiwa besar serta tepat dengan harapan negara terhadap generasi pelapis masa hadapan.

Sumber : Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA

Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
PISPA Politeknik Malaysia
PISPA Kolej Komuniti Malaysia
Politeknik Merlimau - PMM














*

08/06/2026

Dulu kita boleh laras sesuatu dengan satu tombol atau satu butang tanpa banyak berfikir. Hari ini, ada perkara yang memerlukan beberapa sentuhan, beberapa saat pandangan ke bawah, dan beberapa saat itulah yang kadang-kadang membezakan antara selamat dan tragedi.

Skrin besar di tengah dashboard nampak canggih, kemas dan premium. Aircond, muzik, navigasi, panggilan, kamera, malah tetapan asas kenderaan pun kini banyak bergantung pada satu paparan digital.

Tetapi di sebalik rupa futuristik itu, ada satu persoalan yang semakin penting untuk kita fikirkan.

Bila pemandu perlu melihat skrin, mencari menu, membaca ikon kecil dan menekan beberapa kali semasa kereta masih bergerak, perhatian sebenarnya sedang teralih daripada jalan raya.

Dari sudut keselamatan, gangguan ini sangat hampir dengan apa yang berlaku apabila seseorang memandang telefon ketika memandu.

Kajian keselamatan jalan raya telah lama menunjukkan bahawa apa-apa aktiviti yang mengalihkan mata, tangan atau fokus daripada pemanduan boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Sistem infotainment dan skrin sentuh dalam kenderaan juga termasuk dalam kategori ini, terutama apabila digunakan untuk tugasan yang lebih kompleks seperti menetapkan navigasi, menukar tetapan atau memilih fungsi tertentu semasa memandu.

Masalahnya bukan pada teknologi itu sendiri. Masalahnya ialah apabila fungsi yang sepatutnya mudah menjadi terlalu bergantung pada skrin.

Sebab itu, jangan tunggu saat cemas baru mahu sedar. Tetapkan navigasi sebelum bergerak. Pilih muzik lebih awal. Laras suhu awal-awal. Jika perlu ubah sesuatu yang rumit, berhenti dahulu di tempat yang selamat. Kalau kenderaan anda ada fungsi kawalan suara, gunakan sebaiknya.

Kereta boleh jadi semakin pintar. Tetapi keselamatan masih bergantung pada satu perkara yang sama.

Mata di jalan.
Tangan di stereng.
Fokus pada pemanduan.

Address

Jalan Penjara
Kuantan
25000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share