AKM Negeri Pahang

AKM Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AKM Negeri Pahang, Government Organization, Tingkat 10, Wisma Persekutuan, Kuantan.

اينيسياتيف رنتس اڬينسي ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا راکن مودا کومونيتي كوتاسس INISIATIF RENTAS AGENSI PROGRAM KHAS AKU KA...
08/09/2026

اينيسياتيف رنتس اڬينسي ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا راکن مودا کومونيتي كوتاسس

INISIATIF RENTAS AGENSI PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA RAKAN MUDA KOMUNITI KOTASAS

6 SEPTEMBER 2026 | AHAD | KUANTAN

Inisiatif rentas agensi bagi Program Khas Aku Kasih Malaysia Rakan Muda Komuniti Kotasas telah diadakan di Tasik Kotasas, Kuantan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti, khususnya golongan belia, serta meningkatkan kefahaman terhadap kenegaraan dan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Program diisi dengan Slot Perkongsian Kenegaraan oleh AKM Negeri Pahang. Slot dimulakan dengan pengenalan agensi yang disampaikan oleh Puan Suhaila binti Mamat, Pegawai Eksekutif AKM Pahang dan diteruskan dengan sesi Interaktif Kenegaraan oleh Encik Muhammad Nazhan bin Sho Khaimin, Penolong Pegawai AKM Pahang. Perkongsian ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas demokrasi dan peranan mereka sebagai warganegara.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta berkaitan kenegaraan, khususnya kefahaman serba sedikit mengenai sistem demokrasi negara. Selain itu, program turut menggalakkan interaksi antara generasi, mengeratkan hubungan komuniti serta menyemai semangat patriotisme dan penghayatan nilai-nilai Malaysia MADANI.











سلامت داتڠ & سلامت برخدمت برسام *اكم* نڬري ڤهڠ𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆Akademi Keneg...
07/09/2026

سلامت داتڠ & سلامت برخدمت برسام *اكم* نڬري ڤهڠ

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐊𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran Puan Nurul Hayati binti Hassan, Pembantu Tadbir (P/O) N2 sebagai warga kerja baharu AKM Negeri Pahang.

Semoga kehadiran kedua-dua pegawai dapat memperkukuh lagi pasukan serta melancarkan gerak kerja organisasi dalam memberikan perkhidmatan terbaik. Selamat menjalankan amanah dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga AKM Negeri Pahang.

Ikhlas daripada
YBrs. Tuan Mohd Kamal Affandi
Pengarah AKM Pahang
dan seluruh warga kerja AKM Pahang


ڤروݢرم اکو کاسيه مليسيا ورݢ ڤجابت ڤنديديقن داءيره راءوبPROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH R...
06/09/2026

ڤروݢرم اکو کاسيه مليسيا ورݢ ڤجابت ڤنديديقن داءيره راءوب

PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA
WARGA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RAUB, PAHANG

03 September 2026 | Khamis | Raub

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang, Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan Program Aku Kasih Malaysia kepada warga Pejabat Pendidikan Daerah Raub, Pahang.

Penyertaan seramai 100 orang peserta bertempat di Pusat Kegiatan KEMAS, Kg Gali, Raub Pahang.

Program berlangsung secara santai
dengan sesi Interaktif Kenegaraan yang dikendalikan oleh Encik Mayadi bin Ismail, Ketua Seksyen Eksekutif AKM Negeri Pahang. Manakala slot Faham Kenegaraan dikendalikan oleh Encik Zulkifli bin Badion, Sahabat Penggerak Madani.

Program ini diharapkan dapat melahirkan penjawat awam yang bukan sahaja cemerlang dari segi perkhidmatan malah turut menambahkan rasa cintakan negara yang lebih mendalam.










ڤروݢرم خاص: اکو کاسيه مليسيا مهاسيسوا کوليج اونيۏرسيتي ويددPROGRAM KHAS: AKU KASIH MALAYSIA MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI W...
06/09/2026

ڤروݢرم خاص: اکو کاسيه مليسيا مهاسيسوا کوليج اونيۏرسيتي ويدد

PROGRAM KHAS: AKU KASIH MALAYSIA MAHASISWA KOLEJ UNIVERSITI WIDAD

02 SEPTEMBER 2026 | RABU | KUANTAN

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang telah berjaya melaksanakan Program Khas: Aku Kasih Malaysia Mahasiswa Kolej Universiti WIDAD, Indera Mahkota, Kuantan Pahang, bertempat di Dewan Auditorium Kolej Universiti WIDAD. Program melibatkan mahasiswa Kolej Universiti WIDAD sebagai platform memperkukuh kefahaman berkaitan peranan belia yang bertanggungjawab sebagai warganegara serta menyemai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan mahasiswa Kolej Universiti WIDAD selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Bagi pengisian ilmu, perkongsian prestasi AKM telah disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Azhar bin Awam, Ketua Seksyen Belia AKM Negeri Pahang yang mengupas peranan strategik belia dalam mendokong dasar-dasar kerajaan. Seterusnya, agenda diteruskan dengan Sesi Interaktif Kenegaraan yang dikendalikan oleh Puan Suhaila binti Mamat, Pegawai Eksekutif AKM Negeri Pahang, yang mengetengahkan penghayatan terhadap nilai patriotisme, jati diri, perpaduan serta tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Program Khas ini bukan sahaja menjadi wadah memperkukuh pengetahuan dan kesedaran sebagai warga Malaysia, malah menjadi pemangkin kepada pembentukan Belia yang lebih berdaya saing, bertanggungjawab dan patriotik. Penglibatan aktif belia negara bangsa selaku penggerak masyarakat juga menjadi wahana penting dalam menterjemahkan semangat patriotisme melalui khidmat bakti serta usaha memperkukuh perpaduan demi memacu masa depan Malaysia yang gemilang.










☕ KOPI ADA. BORAK ADA. KONSTITUSI PUN KITA BINCANG! 🇲🇾Jom sertai Program Rakan Muda Rakan Demokrasi: Kopi x Konstitusi  ...
02/09/2026

☕ KOPI ADA. BORAK ADA. KONSTITUSI PUN KITA BINCANG! 🇲🇾

Jom sertai Program Rakan Muda Rakan Demokrasi: Kopi x Konstitusi Peringkat Parlimen Indera Mahkota Tahun 2026 — sesi perkongsian santai untuk kita faham Perlembagaan, demokrasi dan peranan belia sebagai warganegara.

☕ Ngopi sambil tambah ilmu!
Datang, dengar dan kongsi pandangan dalam suasana santai sambil menikmati kopi percuma.

📅 6 September 2026 (Ahad)
🕙 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 TASEK KotaSAS, Kuantan

👥 Terbuka kepada belia 15–30 tahun
🎟️ Penyertaan PERCUMA
☕ Kopi percuma untuk 300 peserta terawal!
🎁 Ada cabutan bertuah dengan hadiah menarik!

📌 Tempat adalah terhad — daftar sekarang!

🔗 Google Form:
https://forms.gle/BZgS2kSximUaWBCa9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia.

ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا(ڤرتوبوهن بليا)مجليس بليا داءيره راءوب برسام بليا فيلدا ترسڠ   2  راءوب ڤهڠ𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗔𝗞𝗨 𝗞...
31/08/2026

ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا
(ڤرتوبوهن بليا)
مجليس بليا داءيره راءوب برسام بليا فيلدا ترسڠ 2 راءوب ڤهڠ

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗔𝗞𝗨 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
(𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔)
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗨𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔² 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗦𝗔𝗡𝗚 2 𝗥𝗔𝗨𝗕 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

29 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗦𝗮𝗯𝘁𝘂 | 𝗥𝗮𝘂𝗯

Seksyen Belia Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Raub telah menganjurkan Program Khas Aku Kasih Malaysia (Pertubuhan Belia) di Padang Awam Felda Tersang 2 Raub Pahang.

Program dimulakan dengan Taklimat AKM dan Sesi Interaktif Kenegaraan yang memberikan penerangan berkaitan nilai-nilai kenegaraan disamping melaksanakan Briskwalk Merdeka yang disertai oleh belia-belia dan penduduk felda setempat.










سلامت مپمبوت هاري کبڠساءن ک-69𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗69 tahun merdeka, 69 tahun kita melangkah bersama s...
30/08/2026

سلامت مپمبوت هاري کبڠساءن ک-69

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗

69 tahun merdeka, 69 tahun kita melangkah bersama sebagai sebuah negara bangsa yang bersatu.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk terus memelihara perpaduan, menghargai keamanan dan menyemai rasa cinta kepada tanah air.

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita dan menjadi kekuatan dalam membina Malaysia yang lebih sejahtera, harmoni dan gemilang.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan seluruh warga kerja
Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pahang








ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا – ايسوزو هيکوم مليسياPROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA BERSAMA-SAMA WARGA ISUZU HICOM MALAYSIA...
30/08/2026

ڤروݢرم خاص اکو کاسيه مليسيا – ايسوزو هيکوم مليسيا

PROGRAM KHAS AKU KASIH MALAYSIA BERSAMA-SAMA WARGA ISUZU HICOM MALAYSIA

28 OGOS 2026 | JUMAAT | PEKAN

کسجهتراءن دنعمتي تيدق ڤرنه بوليه منجادي حاصيل کرجا کراجاءن سماتا-مات. نݢارا تيدق برݢرق دڠن ساتو تاڠن. ايا برݢرق اڤابيلا تيݢ کقواتن *برتيمو;* برکڤيمڤينن يڠ براني مننتوکن اره، ڤرخدمتن عوام يڠ ممڤوپاءي کأوڤاياءن منترجمهکن اره ايت منجادي کپاتاءن دان رعيت سرتا ڤراوسهاءن يڠ براني منوكركن ڤلواڠ منجادي نيلاي.

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang menerusi Seksyen Korporat telah menjayakan Program Khas Aku Kasih Malaysia bersama-sama warga Isuzu HICOM Malaysia Sdn. Bhd., Pekan, Pahang bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh jati diri dan kecintaan terhadap negara. Program turut diserikan dengan perkongsian pencapaian inisiatif MADANI oleh Cik Nurnatasha Alia binti Rosli, Penolong Pengarah Seksyen Korporat AKM Pahang dan Sesi Interaktif Kenegaraan telah disampaikan oleh Encik Izmir Izuan bin Zainudin, Penolong Pegawai Latihan AKM Pahang.

Majlis penutup turut dihadiri YBrs. Tuan Mohd Nor Arshad bin Kamaruzzaman, Pengarah Bahagian Korporat AKM, YBhg. Dato’ Hjh. Rosmah binti Hashim, Timbalan Pengurus Besar (Modal Insan), Isuzu HICOM Malaysia Sdn. Bhd., YBrs. Tuan Suhaimi Abdullah, Pengurus Besar, Kumpulan Pengeluaran Isuzu HICOM Malaysia Sdn. Bhd. serta YBrs. Tuan Mohd Kamal bin Mohd Affandi, Pengarah AKM Negeri Pahang.





29/08/2026

Address

Tingkat 10, Wisma Persekutuan
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095162225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AKM Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share