Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom

Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom Institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

29 Mei 2026 (Jumaat)Bersamaan 11 Zulhijjah 1447HSELAMAT HARI LAHIRTeguh berdiri pohon jati,Akar mencengkam bumi pertiwi,...
30/05/2026

29 Mei 2026 (Jumaat)
Bersamaan 11 Zulhijjah 1447H

SELAMAT HARI LAHIR

Teguh berdiri pohon jati,
Akar mencengkam bumi pertiwi,
Pengurusan kes disemak teliti,
Tanggungjawab dipikul penuh integriti.

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir dirakamkan buat Encik Muhammad Zukhairi Bin Zainuabidin, Pembantu Kebajikan Masyarakat.

Seluruh warga RKKSHK merakamkan setulus penghargaan atas dedikasi, komitmen serta keprihatinan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah. Peranan Encik dalam pengurusan kes, pemantauan perkembangan kanak-kanak serta penyelarasan kebajikan mereka amatlah dihargai dan menjadi antara aspek penting dalam memastikan kesejahteraan serta perkembangan positif anak-anak di bawah jagaan.

Semoga Encik sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dalam setiap langkah serta kekuatan dalam meneruskan tanggungjawab. Didoakan agar setiap usaha dan pengorbanan sentiasa diberkati dan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Selamat menyambut hari lahir. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh dedikasi dan integriti.





28 Mei 2026 (Khamis)Bersamaan 10 Zulhijjah 1447HSELAMAT HARI LAHIRPergi ke pasar membeli ikan,Singgah sebentar membeli s...
29/05/2026

28 Mei 2026 (Khamis)
Bersamaan 10 Zulhijjah 1447H

SELAMAT HARI LAHIR

Pergi ke pasar membeli ikan,
Singgah sebentar membeli sayuran,
Makanan disedia penuh ketelitian,
Demi menjaga kesihatan dan kebajikan.

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Lahir dirakamkan buat Puan Norfeziana Binti Mohd Fauzi, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.

Seluruh warga RKKSHK merakamkan setulus penghargaan atas dedikasi, komitmen serta keprihatinan yang telah dicurahkan dalam melaksanakan amanah. Peranan Puan dalam merancang, menyelaras dan memastikan penyediaan makanan yang berkualiti, berkhasiat serta memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak amatlah dihargai dan menjadi antara aspek penting dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka.

Semoga Puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, diberikan ketenangan dalam setiap langkah serta kekuatan dalam meneruskan tanggungjawab. Didoakan agar setiap usaha dan pengorbanan sentiasa diberkati dan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan.

Selamat menyambut hari lahir. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh dedikasi dan integriti.





27 Mei 2026 (Rabu)Bersamaan 9 Zulhijjah 1447HBertempat di: Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah KalsomKEMERIAHAN AIDILADHA ...
28/05/2026

27 Mei 2026 (Rabu)
Bersamaan 9 Zulhijjah 1447H
Bertempat di: Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom

KEMERIAHAN AIDILADHA BERSAMA ANAK-ANAK RKKSHK

Sambutan Hari Raya Aidiladha di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom telah dimulakan dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha yang diimamkan oleh Ustaz Muhammad Nabil. Kanak-kanak dan kakitangan turut mendengar khutbah bertajuk “Pengorbanan” yang menyentuh tentang nilai keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan dalam kehidupan.

Puan Pengetua RKKSHK turut hadir bersama-sama menunaikan solat sunat Aidiladha serta meluangkan masa beraya bersama anak-anak dan kakitangan syif yang bertugas.

Semoga sambutan Aidiladha ini dapat menyemai nilai kasih sayang, pengorbanan dan ukhuwah dalam kalangan warga RKKSHK serta memberi kegembiraan kepada anak-anak di bawah jagaan.





20 Mei 2026 (Rabu)Bersamaan 2 Zulhijjah 1447HBertempat di: Bilik Mesyuarat, RKKSHKSESI PERBINCANGAN BERSAMA JPKK JKMN PA...
28/05/2026

20 Mei 2026 (Rabu)
Bersamaan 2 Zulhijjah 1447H
Bertempat di: Bilik Mesyuarat, RKKSHK

SESI PERBINCANGAN BERSAMA JPKK JKMN PAHANG

Satu sesi perbincangan telah diadakan bersama Encik Mohd Faizal Bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah 1 Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat, JKMN Pahang bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan serta kebajikan kanak-kanak di institusi.

Perbincangan turut melibatkan perkongsian pandangan, penyelarasan tindakan serta cadangan penambahbaikan dalam memastikan pengurusan dan perkhidmatan kepada kanak-kanak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur.





18 Mei 2026 (Isnin)Bersamaan 30 Zulkaedah 1447HBertempat di: Bilik Mesyuarat, RKKSHKSESI LAPOR DIRI ENCIK MOHD AZIZI BIN...
28/05/2026

18 Mei 2026 (Isnin)
Bersamaan 30 Zulkaedah 1447H
Bertempat di: Bilik Mesyuarat, RKKSHK

SESI LAPOR DIRI ENCIK MOHD AZIZI BIN HASDI, PEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT (PKM) DAN ENCIK ROSLI BIN MAHAT, PEMBANTU KHIDMAT AM (PKA) DI RKKSHK

Satu sesi lapor diri telah diadakan melibatkan Encik Mohd Azizi Bin Hasdi, Pembantu Kebajikan Masyarakat (PKM) dan Encik Rosli, Pembantu Khidmat Am (PKA) di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom (RKKSHK).

Sesi ini bertujuan memperkenalkan pegawai dan kakitangan yang baharu melapor diri di samping memberi penerangan berkaitan pengurusan, tugas serta perjalanan operasi institusi. Diharapkan kehadiran mereka dapat membantu memperkukuh lagi perkhidmatan dan pengurusan di RKKSHK.





19/05/2026
11 Mei 2026 (Isnin)Bersamaan 23 Zulkaedah 1447HBertempat di: Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah KalsomLAWATAN KERJA SETIA...
12/05/2026

11 Mei 2026 (Isnin)
Bersamaan 23 Zulkaedah 1447H
Bertempat di: Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom

LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN (SUB) PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

Satu mesyuarat dan lawatan kerja telah diadakan bersama Puan Syahidatul Aazimah Binti Ahmad Sidique, Setiausaha Bahagian (SUB) Pembangunan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi membincangkan cadangan penambahbaikan infrastruktur institusi yang lebih mesra dan bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak.

Lawatan turut diadakan di sekitar institusi bagi meninjau kemudahan sedia ada serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan demi memastikan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada kanak-kanak di bawah jagaan.

Antara cadangan penambahbaikan infrastruktur yang dibincangkan termasuk penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan asrama, ruang pembelajaran, kawasan rekreasi serta persekitaran institusi bagi mewujudkan suasana yang lebih selamat, ceria dan mesra kanak-kanak di RKKSHK.





11 Mei 2026 (Isnin)Bersamaan 23 Zulkaedah 1447HBertempat di: Bilik Mesyuarat, RKKSHKMESYUARAT PENYELARASAN LAWATAN KERJA...
12/05/2026

11 Mei 2026 (Isnin)
Bersamaan 23 Zulkaedah 1447H
Bertempat di: Bilik Mesyuarat, RKKSHK

MESYUARAT PENYELARASAN LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN (SUB) PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bagi membincangkan persediaan lawatan kerja Setiausaha Bahagian (SUB) Pembangunan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ke Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras gerak kerja, persiapan tempat, atur cara lawatan serta keperluan berkaitan bagi memastikan lawatan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.





8 Mei 2026 (Jumaat)Bersamaan 20 Zulqaedah 1447HBertempat di : Surau An-Nur At-TaqwaPenyelaras : Ustazah SamihahDiselia o...
10/05/2026

8 Mei 2026 (Jumaat)
Bersamaan 20 Zulqaedah 1447H
Bertempat di : Surau An-Nur At-Taqwa

Penyelaras : Ustazah Samihah
Diselia oleh : PKM Mohd Fathan, PKM Rahimah, PPK Khairul Izham & PPP Syuhada
Penglibatan : Kanak-kanak yang tidak bersekolah

Aktiviti : Solat Dhuha, bacaan surah Yassin
dan Al-Kahfi, Kelas Matematik (Pengukuhan Asas Mengira)

PENGISIAN :
1. Kanak-kanak menunaikan solat Dhuha serta membaca Surah Taha (ayat 1-5) dan surah Yassin dan Al-Kahfi
2. Kanak kanak menengah mempelajari tajuk Division (Bahagi)
3. Kanak kanak rendah mempelajari tajuk Shape (Bentuk)

OBJEKTIF :
1. Menjadikan solat Dhuha serta bacaan Surah Taha dan Yasin dan Al-Kahfi sebagai amalan harian.
2. Meningkatkan kefahaman kanak kanak menengah terhadap konsep asas bahagi dan membuat latihan pengukuhan
3. Mengajar kanak kanak rendah mengenali bentuk dan cara menyebut shape (bentuk) dalam bahasa melayu dan inggeris dan membuat latihan pengukuhan





Address

Penor
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom:

Share