Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang

Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang bertanggungjawab mengawal selia Jabatan Negeri bagi memastikan peraturan dan undang-undang kewangan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026โ€œPekerja Madani Kesuma Bangsaโ€Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh wa...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026
โ€œPekerja Madani Kesuma Bangsaโ€

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja yang terus komited, berdedikasi dan berintegriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.

Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kemajuan organisasi dan kesejahteraan negeri.

Teruskan melangkah maju dengan semangat kebersamaan demi kecemerlangan perkhidmatan awam.

1 Mei 2026



๐Ÿ—“๏ธ 23 April 2026๐Ÿ“ Hotel Grand Darul MakmurBENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERUNTUKAN KHAS DUN PAHANGPejabat K...
23/04/2026

๐Ÿ—“๏ธ 23 April 2026
๐Ÿ“ Hotel Grand Darul Makmur

BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERUNTUKAN KHAS DUN PAHANG

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang telah menganjurkan bengkel bagi menyemak dan memurnikan garis panduan pengurusan peruntukan khas DUN supaya lebih jelas, seragam dan terkini.

Bengkel ini bertujuan memastikan pengurusan peruntukan dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi peraturan kewangan, di samping mendapatkan input peserta khususnya berkaitan skop perbelanjaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Penganjuran ini juga bagi mengurangkan kesilapan serta menangani isu audit terdahulu seperti:
-Perancangan projek tidak terperinci
-Perbelanjaan tidak dibenarkan
-Sumbangan melebihi had

Penglibatan terdiri daripada pegawai Pejabat Kewangan Negeri, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Khas Pejabat YAB Menteri Besar.

๐Ÿ“š JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2026Alhamdulillah, warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang (PKPN Pahan...
23/04/2026

๐Ÿ“š JOM BACA BERSAMA 10 MINIT TAHUN 2026

Alhamdulillah, warga Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang (PKPN Pahang) telah turut serta dalam menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit yang berlangsung pada hari ini, 23 April 2026.

Program ini merupakan inisiatif tahunan bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan meluangkan masa selama 10 minit secara serentak di seluruh negara.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga PKPN Pahang dalam menyokong agenda pembudayaan ilmu dan pembacaan sebagai asas pembinaan masyarakat berpengetahuan dan berdaya saing.

๐Ÿ“– Membaca Menggembirakan | Membaca Membina Bangsa

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 20 April 20...
20/04/2026

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi tahun berakhir 31 Disember 2025

20 April 2026 (Isnin)
Bilik Mesyuarat Utama,
Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, Datoโ€™ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh, turut hadir Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Akauntan Negeri serta pegawai-pegawai Pejabat Kewangan Negeri Pahang.

Turut hadir ialah pihak Jabatan Audit Negara Negeri Pahang yang diketuai oleh Pengarah Audit Negeri Pahang, Puan Mahiran binti Abdul Aziz, bersama pasukan audit negeri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk memulakan proses pengauditan yang merangkumi penilaian terhadap ketepatan penyata kewangan, keberkesanan sistem kawalan dalaman, pengurusan rekod perakaunan serta pematuhan kepada peraturan kewangan yang berkuat kuasa .


Majlis Apresiasi Pegawai Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang 17 April 2026 (Jumaat)The Ballroom, Indera Ma...
18/04/2026

Majlis Apresiasi Pegawai Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang

17 April 2026 (Jumaat)
The Ballroom, Indera Mahkota

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐๐“๐”๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Œ๐€๐Š๐Œ๐”๐‘๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐KUANTAN, 16 APRIL 2026 (KHAMIS) โ€“ YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato...
16/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐„๐๐“๐”๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Œ๐€๐Š๐Œ๐”๐‘
๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐

KUANTAN, 16 APRIL 2026 (KHAMIS) โ€“ YB Pegawai Kewangan Negeri, Datoโ€™ Indera Haji Fadzilla bin Haji Salleh telah menghadiri Program Sentuhan Rakyat Makmur Peringkat Daerah Kuantan yang berlangsung di Dewan Permata Camar, Kuantan. Turut bersama Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri, Puan Elisa Razman, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuantan, Encik Nazrifairuz bin Mahmood dan pasukan JPKK Sg Isap Perdana.

Program ini dimulakan dengan pelepasan Konvoi Ziarah Makmur oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang, sebagai inisiatif mendekati golongan sasar khususnya keluarga B40, OKU dan warga emas. Melalui pendekatan ziarah kasih ini, bantuan bakul makanan telah disampaikan secara terus kepada penerima, di samping sesi penerangan berkaitan inisiatif Kerajaan Negeri Pahang dalam Bajet 2026 turut diberikan bagi memastikan rakyat memahami serta mendapat manfaat sewajarnya.

Sebagai jabatan yang bertanggungjawab mengurus belanjawan dan hasil negeri, Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang memainkan peranan penting sebagai pemudah cara dalam menyalurkan semula hasil yang dikutip kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan, program kebajikan dan pembangunan. Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan setiap hasil negeri dimanfaatkan secara inklusif dan berimpak tinggi kepada kesejahteraan rakyat.

Dalam lawatan yang sama, YB Pegawai Kewangan Negeri turut meninjau tapak cadangan pembinaan Dewan Baharu Komuniti JPKK Sungai Isap, yang dijangka menjadi pemangkin kepada aktiviti kemasyarakatan setempat.

Pada sebelah petang, sesi Townhall bersama masyarakat telah diadakan sebagai platform dua hala antara kerajaan dan rakyat, bagi mendengar secara langsung pandangan, cadangan serta isu-isu setempat yang memerlukan perhatian dan tindakan lanjut.

Program ini mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara selari dengan aspirasi pembangunan negeri yang mampan dan sejahtera.

TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PAHANGIstiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pi...
14/04/2026

TAHNIAH ATAS PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT NEGERI PAHANG

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang yang berlangsung pada 14 April 2026, di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang (PKN) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pegawai-pegawai berikut atas penganugerahan yang diterima:

1) Puan Ame Abdullah, SAP, AAP.
Timbalan Pegawai Kewangan Negeri
Penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Ketiga Setia Ahmad Shah Pahang (SAP)

2) Puan Elisa Razman, AAP.
Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri
Seksyen Khidmat Pengurusan
Penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)

3) Puan Rosnani Ismail, AAP.
Mantan Ketua Penolong Pegawai Kewangan Negeri
Seksyen Aset dan Perolehan
Penerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Keempat Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)

Pengiktirafan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna atas dedikasi, komitmen serta kecemerlangan perkhidmatan yang telah dicurahkan kepada negeri dan organisasi.

Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang serta memberi inspirasi kepada seluruh warga PKN dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan yang berintegriti, cekap dan berimpak tinggi.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan.

Sumber rujukan utama : Facebook Kesultanan Pahang https://www.facebook.com/share/1BHnQr6oLk/

Salam Aifilfitri 2026M | 1447H
21/03/2026

Salam Aifilfitri 2026M | 1447H

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ
17/03/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—” ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—”๐—ก ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—œ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Penyerahan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Pahang bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025 telah disempurnakan oleh Puan Noorisma binti Noor Adnan, Bendahari Negeri Pahang kepada Puan Rislah binti Sahak, Ketua Penolong Pengarah Audit pada 13 Mac 2026 di Jabatan Audit Negara Negeri Pahang, untuk tujuan pengauditan seterusnya.

Shamsul Azri bin Abu Bakar





โœจ Jemputan Taklimat Sistem ePPHG โœจ๐Ÿ“… 11 Mac 2026 (Rabu)  ๐Ÿ•ค 9:30 pagi  ๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat PKOB, Pejabat Daerah Dan Tanah Te...
09/03/2026

โœจ Jemputan Taklimat Sistem ePPHG โœจ
๐Ÿ“… 11 Mac 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ค 9:30 pagi
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat PKOB, Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh
๐Ÿ”น Semua pembekal & syarikat yang berminat memberi perkhidmatan kepada jabatan-jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dijemput hadir.
๐Ÿ”น Penerangan: Pendaftaran ePPHG, cara jawab harga, 'Delivery Order' (DO) & invois.
๐Ÿ”น Kaunter pendaftaran disediakan (sila bawa softcopy SSM, Penyata Bank & TCC jika belum berdaftar).
๐Ÿ‘‰ Jangan lepaskan peluang untuk berdaftar & sertai taklimat ini!

โœจ Jemputan Taklimat Sistem ePPHG โœจ

๐Ÿ“… 11 Mac 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ค 9:30 pagi
๐Ÿ“ Bilik Mesyuarat PKOB, Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

๐Ÿ”น Semua pembekal & syarikat yang berminat memberi perkhidmatan kepada jabatan-jabatan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dijemput hadir.
๐Ÿ”น Penerangan: Pendaftaran ePPHG, cara jawab harga, 'Delivery Order' (DO) & invois.
๐Ÿ”น Kaunter pendaftaran disediakan (sila bawa softcopy SSM, Penyata Bank & TCC jika belum berdaftar).

๐Ÿ‘‰ Jangan lepaskan peluang untuk berdaftar & sertai taklimat ini!

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H | 2026MSemoga kehadiran Ramadan kali ini membawa keberkatan, keinsafan dan rahma...
18/02/2026

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H | 2026M

Semoga kehadiran Ramadan kali ini membawa keberkatan, keinsafan dan rahmat kepada kita semua.

Moga segala amalan diterima dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.

Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam.



Address

Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang, Tingkat 3, 5, 6, Blok B , Wisma Sri
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share