Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang Disclaimer:
1. JANM tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh daripada platform ini;

2.

Pelawat/pengguna tidak dibenarkan menggunakan maklumat dalam media sosial untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

Pada hari Rabu, 9 September 2026 jam 3.30 petang, telah berlangsung Sesi Kunjung Hormat Pengarah JANM Pahang kepada Datu...
14/09/2026

Pada hari Rabu, 9 September 2026 jam 3.30 petang, telah berlangsung Sesi Kunjung Hormat Pengarah JANM Pahang kepada Datuk Bandar Kuantan di Kompleks Bandaraya Kuantan.

Di samping untuk memperkenalkan JANM, sesi ini juga bertujuan untuk membincangkan penyelesaian kepada penemuan Wang Tak Dituntut.

24/08/2026
KURSUS GENERIK KEWANGAN IPN ZON TIMUR(PHG)- Kursus  Perakaunan Panjar (Training Road Map (TRM) Penolong Akauntan) telah ...
21/08/2026

KURSUS GENERIK KEWANGAN IPN ZON TIMUR(PHG)- Kursus Perakaunan Panjar (Training Road Map (TRM) Penolong Akauntan) telah berjaya dilaksanakan pada 18 hingga 20 Ogos 2026 bertempat di Pahang Skills Development Centre (PSDC). Kursus ini telah disertai seramai 67 orang peserta yang terdiri daripada warga JANM Negeri Pahang, Kelantan, Terengganu, BPOPA dan Putrajaya.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kompetensi peserta dalam pengurusan serta perakaunan panjar, selaras dengan keperluan Traning Road Map(TRM) bagi Penolong Akauntan.

TAKLIMAT SKIM TAKAFUL KIFAYAH CUEPACS HIBAH DAN KEMALANGAN DIRI Objektif Taklimat Skim Takaful Kifayah CUEPACS: Pelan Hi...
03/08/2026

TAKLIMAT SKIM TAKAFUL KIFAYAH CUEPACS HIBAH DAN KEMALANGAN DIRI


Objektif Taklimat Skim Takaful Kifayah CUEPACS: Pelan Hibah dan Perlindungan Kemalangan Diri bertujuan memberi pendedahan kepada warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang mengenai kepentingan perlindungan kewangan melalui skim takaful. Taklimat ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang manfaat pelan hibah dan perlindungan kemalangan diri sebagai persediaan menghadapi sebarang musibah atau risiko yang tidak dijangka.

Manfaat Taklimat

Melalui taklimat ini, para peserta memperoleh penerangan yang jelas mengenai konsep Skim Takaful Kifayah CUEPACS, faedah perlindungan yang ditawarkan, syarat penyertaan serta proses membuat tuntutan. Taklimat ini membantu peserta membuat keputusan yang lebih tepat dalam merancang perlindungan kewangan untuk diri sendiri dan keluarga.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Amirrudin bin Md Isa, wakil Kifayah Care yang berpusat di Alor Setar, Kedah. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada warga JANM Negeri Pahang telah menghadiri sesi taklimat tersebut dengan penuh perhatian dan memberikan komitmen yang baik sepanjang program berlangsung.

Reruai Wang Tak Dituntut (WTD) telah dibuka sepanjang berlangsungnya MAHA Pahang di Dewan Jubli Perak, Raub, Pahang, dar...
28/07/2026

Reruai Wang Tak Dituntut (WTD) telah dibuka sepanjang berlangsungnya MAHA Pahang di Dewan Jubli Perak, Raub, Pahang, dari 23 Julai 2026 hingga 26 Julai 2026.

Sepanjang tempoh program tersebut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang telah menerima sebanyak 578 permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) daripada orang awam.

Penyertaan JANM Negeri Pahang dalam program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai Wang Tak Dituntut (WTD), di samping mempromosikan penggunaan portal eGUMIS sebagai medium semakan dan permohonan tuntutan WTD secara dalam talian. Inisiatif ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat serta maklumat berkaitan pengurusan dan tuntutan WTD secara terus daripada pegawai JANM.

KURSUS GENERIK KEWANGAN IPN ZON TIMUR(PAHANG)-Kursus iGFMAS : Modul HCM (Human Resourcers Management) diadakan pada 21-2...
22/07/2026

KURSUS GENERIK KEWANGAN IPN ZON TIMUR(PAHANG)-
Kursus iGFMAS : Modul HCM (Human Resourcers Management) diadakan pada 21-23 Julai 2026 bertempat di Makmal Sektor Sumber Teknologi Pendidikan(SSTP), JPNP Negeri Pahang.

Seramai 35 peserta telah terpilih untuk menghadiri Kursus pada sesi kali ini. Objektif utama Kursus Modul Human Capital Management (HCM) adalah untuk memberikan pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan sistem penggajian serta data sumber manusia secara digital. Ia direka bagi memastikan pengiraan dan pemprosesan gaji dilaksanakan dengan tepat, teratur, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan

Assalammualaikum dan Salam SejahteYBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.S...
21/07/2026

Assalammualaikum dan Salam Sejahte

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, Institut Perakaunan Negara (IPN), Sabak Bernam Selangor akan mengadakan Kursus "Pemikiran Kritis" pada 29 September hingga 01 Oktober 2026. Kursus ini akan dijalankan secara bersemuka di Institut Perakaunan Negara (IPN) Sabak Bernam Selangor. Untuk makluman tuan/puan permohonan kursus ini adalah mengunakan sistem baru DTIMS, bagi tuan/puan yang tidak mempunyai id sistem DTIMS hendaklah membuat pendaftaran akaun baru.

Tuan/Puan yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh mendaftar atas talian melalui capaian berikut:

https://www.dtims.intan.my/detail_course/hLdc6vuM9U26VWxM

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 07 September 2026.

Sekian, terima kasih.

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN(BITK) JABATAN AKAUNTAN NEGARA Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (B...
16/07/2026

PEPERIKSAAN BAYARAN INSENTIF TUGAS KEWANGAN(BITK) JABATAN AKAUNTAN NEGARA

Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) JANM telah selesai dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dewan Ibn Khaldun, Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan.

Seramai 286 orang calon telah menghadiri peperiksaan pada tahun ini, berbanding hanya 137 orang calon pada tahun 2025. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 149 orang calon, iaitu 108.8% berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan yang amat ketara ini dipercayai didorong oleh kenaikan kadar Elaun Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) daripada RM80 kepada RM120, sekali gus meningkatkan minat dan penyertaan pegawai untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Address

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang, Tingkat 1, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
Kuantan
25594

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6095915000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share