PLANMalaysia Pahang

PLANMalaysia Pahang PLANMalaysia Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang)

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan ...
31/05/2026

πƒπˆπ‘π†π€π‡π€π˜π” π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan perlindungan dan rahmat-Nya buat Seri Paduka Baginda Tuanku.

Daulat Tuanku.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja PLANMalaysia Pahang.








➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 31 MEI 2026Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penjawat awam dan masyarakat yang me...
31/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI WESAK 31 MEI 2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penjawat awam dan masyarakat yang meraikannya.

Semoga kita semua terus menyuburkan nilai murni, hidup dalam suasana yang harmoni, bersatu padu, dan saling menghormati antara satu sama lain.

Tulus ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja PLANMalaysia Pahang.








➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA  1447H/2026M πŸŒ™"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H/2026M πŸŒ™

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan sekalian alam."
(Surah Al-An'am: 162)

Aidiladha adalah saat untuk kita menginsafi erti pengorbanan sebenar, bukan hanya menyembelih haiwan ternakan, tetapi juga menyembelih ego, mementingkan ummah, dan menundukkan hati kepada perintah Allah SWT.

Semoga kisah ketaatan Nabi Ibrahim a.s. dan kesabaran Nabi Ismail a.s. terus menjadi ilham dalam perjuangan hidup kita. Moga ibadah korban yang dilakukan tahun ini diterima sebagai bukti cinta dan taqwa kita kepada Allah.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Pengarah dan seluruh warga kerja PLANMalaysia Pahang.








➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

22 Mei 2026 | 5 Zulhijah 1447H | Hari Hol Negeri Pahang Darul Makmur Hari memperingati Ulangtahun Kemangkatan Al-Marhum ...
22/05/2026

22 Mei 2026 | 5 Zulhijah 1447H | Hari Hol Negeri Pahang Darul Makmur

Hari memperingati Ulangtahun Kemangkatan Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

Hari yang sentiasa menghadirkan rasa hiba dan pilu buat rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Bersama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga roh Baginda tenang di sana dan dicucuri rahmat Allah SWT.

Ikhlas daripada :-
Pengarah dan warga kerja PLANMalaysia Pahang








➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR LATIHAN PRAKTIKAL21 Mei 2026 | 4 Zulhijah 1447H | PLANMalaysia Pahang,...
22/05/2026

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR LATIHAN PRAKTIKAL

21 Mei 2026 | 4 Zulhijah 1447H | PLANMalaysia Pahang, Kompleks Tun Razak

Satu sesi penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada dua pelajar latihan praktikal dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu Cik Aisyah Humaira binti Roslan dan Cik Noraleya Maisara binti Pozi telah diadakan sempena tamatnya tempoh latihan praktikal mereka selama lima (5) bulan di jabatan ini.

Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YH Dato’ TPr Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Pahang.

Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala sumbangan, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan praktikal. Semoga kedua-dua pelajar terus cemerlang dalam pelajaran serta berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa hadapan.

Bahagian Pentadbiran







➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

*MESYUARAT URUSAN RUNDINGAN SEKSYEN 20A AKTA 172 NEGERI PAHANG BIL.2/2026*    21 Mei 2026 | 4 Zulhijah 1447H | Bilik Ger...
22/05/2026

*MESYUARAT URUSAN RUNDINGAN SEKSYEN 20A AKTA 172 NEGERI PAHANG BIL.2/2026*

21 Mei 2026 | 4 Zulhijah 1447H | Bilik Gerakan Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan.

Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, DSAP., DIMP., AMP., AMN., PKI. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang.

Melalui platform rundingan ini, penyelarasan antara jabatan dan agensi teknikal dapat diperkukuhkan dalam pelaksanaan projek pembangunan kerajaan secara lebih teratur, cekap dan mampan di Negeri Pahang.

Mesyuarat ini telah merundingkan permohonan cadangan Skim Tanah Warisan (STW), pembangunan infrastruktur pendidikan, pembinaan Tapak Sita Penguatkuasaan serta pindaan jajaran jalan Klinik Kesihatan Kuala Krau.

Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan urusan rundingan ini 🀝✨

Bahagian Kawalan Perancangan



➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DAN PENANDA ARAS AMALAN TERBAIK KE PLANMalaysia PAHANG13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H | Tingkat ...
13/05/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DAN PENANDA ARAS AMALAN TERBAIK KE PLANMalaysia PAHANG

13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H | Tingkat 4, Bilik Mesyuarat, Kompleks Tun Razak, Kuantan

Pihak Jabatan telah menerima kunjungan dari YBrs. Dr. Munira binti Abdul Razak, Pengarah Pusat Perkhidmatan Inklusif, Puan Linda Stjernholm, pelajar antarabangsa dari Lund University , Sweden yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan 2 orang pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Norehan binti Muslim, Ketua Penolong Pengarah, PLANMalaysia Pahang sebagai wakil Pengarah dan seterusnya membentangkan berkaitan Panduan Inisiatif Persekitaran Mesra Autisme (PRISMA) dan Garispanduan Universal Design (UD) yang digunapakai di Negeri Pahang.

Tujuan lawatan ini diadakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan penyediaan kemudahan masyarakat di negeri Pahang.

Jabatan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UMPSA di atas lawatan teknikal ini dan semoga ikatan kerjasama di antara pihak universiti dan jabatan akan terus kukuh.

Bahagian Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan







➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

MESYUARAT TEKNIKAL JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) BIL. 2/20265 Mei 2026 | 17 Zulkaedah 1447H | Bilik Mesyuarat PLAN...
05/05/2026

MESYUARAT TEKNIKAL JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI (JPN) BIL. 2/2026

5 Mei 2026 | 17 Zulkaedah 1447H | Bilik Mesyuarat PLANMalaysia Pahang, Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Kuantan, Pahang.

Mesyuarat pada hari ini telah dipengerusikan oleh YH Dato' TPr. Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim, Pengarah PLANMalaysia Pahang. Ahli mesyuarat terdiri daripada jabatan-jabatan teknikal serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Pahang.

Tujuan mesyuarat pada hari ini adalah untuk menyelaras serta menambah baik kertas kerja dan slaid pembentangan yang akan diangkat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) bil 2/2026 dengan mengambil kira maklum balas dari jabatan dan agensi teknikal yang berkaitan.

Sebanyak tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan dan satu (1) taklimat dari Puan Nurul Huda binti Md Adnan, Pegawai Penyelidikan Pusat Kajian Sumber Air & Perubahan Iklim, NAHRIM dalam Mesyuarat kali ini. Antaranya kertas yang dibentangkan adalah :-
1) Draf Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5);
2) Draf Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3); dan,
3) Garis Panduan Perancangan (GPP) Laluan Kenderaan Mikromobiliti.

Terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua yang terlibat.

Bahagian Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan








➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

🎈🎊 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YBrs. TPr SAIDIN BIN LATEH (Timbalan Ketua Pengarah - Pembangunan) 🎊🎈Pengarah dan selur...
01/05/2026

🎈🎊 SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YBrs. TPr SAIDIN BIN LATEH (Timbalan Ketua Pengarah - Pembangunan) 🎊🎈

Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysiaPahang mendoakan agar YBrs. TPr Saidin dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan yang berpanjangan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

Happy Birthday 2 U … 🩡.






➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”1 Mei, kita mengiktiraf usaha dan dedikasi para pekerja yang menjadi tulang belakang pemba...
30/04/2026

β€œPekerja MADANI Kesuma Bangsa”

1 Mei, kita mengiktiraf usaha dan dedikasi para pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Setiap titik peluh, setiap usaha, dan setiap komitmen membawa kemajuan untuk kita semua.

Terima kasih kepada semua pekerja atas kegigihan dan semangat yang tidak pernah pudar! Semoga terus maju, berjaya, dan diberikan kesejahteraan dalam setiap usaha.

Selamat Hari Pekerja 2026 !
Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja PLANMalaysia Pahang.








➑️ Ikuti kami πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ» Follow, Like dan Share πŸ”Š

πŸ“² Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

πŸ“² Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

Address

Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6095722181

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Pahang:

Share