20/05/2026
PROGRAM JAGUH USAHAWAN NASIONAL 2026 SIRI 4
TARIKH : 19-20 Mei 2026
TEMPAT : HOTEL SRI MANJA, KUANTAN, PAHANG.
Program JAGUH Keusahawanan Nasional anjuran Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) dengan kerjasama POLISAS tampil sebagai platform utama dalam membentuk generasi usahawan masa hadapan Malaysia.
Program ini juga memberi ruang kepada para usahawan muda untuk melangkah lebih jauh daripada sekadar idea dan mula membina perniagaan yang berdaya saing.
Melalui pendekatan berfasa, peserta akan melalui proses pembangunan idea, penghasilan prototaip serta pemerkasaan model perniagaan secara menyeluruh. Disokong dengan bimbingan mentor industri, bengkel intensif berasaskan AI serta sesi validasi pasaran sebenar, program ini menjadi landasan untuk para peserta mengubah idea kepada impak.
Dengan sasaran 3,000 peserta di seluruh negara, program ini bukan sekadar platform pembelajaran, tetapi ruang untuk mencungkil potensi dan membentuk usahawan berdaya saing.
Penyertaan Program Jaguh Nasional 2026 Peringkat Negeri Pahang kali ini disertai dengan 172 orang peserta daripada IPT awam dan swasta sekitar negeri Pahang termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti. PMKu diwakili oleh pelajar Inkubator Keusahawanan, Mohamad Aiman Nazmi bin Roslan (DHF) dan Ronald Albert A/L Marcus (DUP). Semoga segala ilmu yang telah diperolehi sepanjang 2 hari ini dapat diaplikasikan sebaiknya dalam membangunkan potensi diri terutamanya dalam keusahawanan.