07/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ - Dalam sekelip mata, hidup boleh berubah 360 darjah. Itulah yang terjadi kepada Encik Khairul Azmi Abdul Rahman @ Ghazali, 44, yang terlibat kemalangan semasa hendak ke tempat kerja pada 19 Januari lepas. Beliau yang dalam perjalanan dari rumah di Felda Sungai Tekam Utara hendak ke tempat kerja di Jengka 1 telah terlanggar sekumpulan babi yang melintas secara tiba-tiba di tengah jalan.
Akibat daripada kejadian tersebut, beliau telah mengalami kecederaan di kepala, patah tulang rusuk dan tulang bahu. Beliau kini terlantar akibat kecederaan yang serius dan memerlukan penjagaan rapi daripada ahli keluarga untuk menguruskan diri sendiri.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Segala urusan makan minum dan pakaian diuruskan oleh isteri yang sebelum ini meniaga kecil-kecilan di hadapan rumah. Sejak sakit, isterinya tidak lagi dapat bekerja untuk memberi perhatian sepenuhnya kepada suami.
โSaya tak sangka itu kali terakhir dia bantu saya angkat barang niagaโ kata Puan Shasila dengan suara yang sayu. Walaupun sebelum ini dia berniaga sendiri, suaminya sentiasa membantu mengangkat barang ke tapak niaga di bukit atas rumah mereka sebelum bergerak ke tempat kerja. Kini, suaminya hanya mampu terlantar dan tidak lagi dapat membantunya membawa barang niaga.
Lawatan prihatin ke rumah Encik Khairul telah dibuat pada 29 April lepas bagi memberi sumbangan kotak makanan dan pampers. Selain itu, beliau juga sedang menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Sementara berupa bayaran sepanjang cuti sakit dan layak menerima alatan pemulihan lain seperti katil, susu, suction machine dan tilam angin. Semoga faedah yang diterima sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dirasai ahli keluarga.
Encik Khairul juga layak memohon Pencen Ilat atas masalah kesihatan yang dihadapi dan proses permohonan dalam tindakan isterinya. Selain itu, beliau turut layak menerima faedah Insurans Pekerjaan memandangkan beliau telah diberhentikan kerja oleh majikan kerana didapati tidak mampu bekerja lagi.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus PERKESO Temerloh, Puan Roziah Wahid bersama Pegawai Pemulihan, En Fahmi Mat Sari dan Pegawai Skuad PERKESO Prihatin, Cik Suhaila Suffian. Semoga Encik Khairul diberikan kesembuhan segera dan diberi kekuatan buat ahli keluarga.