Promosi PKD Kuantan

Promosi PKD Kuantan Berita dan info terkini daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan

💚 Warna hijau hari ini bukan sekadar pilihan pakaian, tetapi simbol sokongan dan keprihatinan terhadap kesihatan mental....
14/05/2026

💚 Warna hijau hari ini bukan sekadar pilihan pakaian, tetapi simbol sokongan dan keprihatinan terhadap kesihatan mental. 💚

Dr. Mohd Hafeez bin Intiaz Hussien (Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan) bersama warga PKD Kuantan turut sama mengenakan pakaian hijau dan merakam kenangan sempena kempen “Jom Pakai Hijau” bagi meningkatkan kesedaran bahawa kesihatan mental adalah milik semua.

Semoga usaha kecil ini dapat menyebarkan mesej positif, mengurangkan stigma dan menggalakkan masyarakat untuk terus saling menyokong antara satu sama lain. 🌿

Kaunselor Komuniti Kuantan
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan





14 Mei 2026 | KhamisKursus Thalassemia Peringkat Daerah Kuantan telah dilaksanakan pada hari ini  bertempat di Banquet H...
14/05/2026

14 Mei 2026 | Khamis

Kursus Thalassemia Peringkat Daerah Kuantan telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di Banquet Hall, UIAM Kuantan hasil kolaborasi bersama Universiti Islam Antarabangsa.

Kursus telah disertai seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, paramedik, pegawai makmal serta warga UIAM. Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran berkaitan thalassemia dalam kalangan petugas kesihatan dan peserta yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga
Sultan Ahmad Shah Medical Centre IIUM


14 Mei 2026 | KhamisLAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG KE KLINIK KESIHATAN UTC KUANTAN.YBrs. Dr. Haji Saiful...
14/05/2026

14 Mei 2026 | Khamis

LAWATAN KERJA PENGARAH KESIHATAN NEGERI PAHANG KE KLINIK KESIHATAN UTC KUANTAN.

YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Shariff, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang telah mengadakan sesi lawatan kerja ke Klinik Kesihatan UTC Kuantan, sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat. Sesi ini memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk meninjau operasi perkhidmatan, memantau dari segi kemudahan infrastruktur fasiliti, mendengar sendiri keperluan di lapangan serta memperkukuh komitmen dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cekap dan berfokuskan rakyat terus diperkasa. Tuan Pengarah juga sempat beramah mesra bersama petugas kesihatan yang komited menjalankan tugas yang diamanahkan. Segala teguran dan nasihat diberi untuk penambahbaikan bersama.

Lawatan ini turut diiringi oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Pegawai Kesihatan Daerah Kuantan serta Ketua- ketua Unit Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi
Pergigian Daerah Kuantan



TAHUKAH ANDA?Mengapa warga emas perlu mendapatkan suntikan vaksin imunisasi influenza?Apabila mencapai usia 60-an, siste...
14/05/2026

TAHUKAH ANDA?

Mengapa warga emas perlu mendapatkan suntikan vaksin imunisasi influenza?

Apabila mencapai usia 60-an, sistem imun mula menjadi lemah menyebabkan risiko jangkitan penyakit semakin meningkat. Ini boleh menyebabkan penyakit akibat jangkitan menjadi lebih serius dan komplikasinya mungkin berlanjutan.

Mereka yang berusia melebihi 65 tahun berisiko tinggi untuk mengalami risiko komplikasi influenza yang serius. Kajian menunjukkan antara 70% hingga 80% kematian akibat berkait dengan influenza berlaku dalam kalangan warga emas.

Imunisasi adalah kaedah perlindungan kepada warga emas untuk mereka menikmati nikmat hidup yang lebih sihat dan sejahtera.

Ayuh dapatkan vaksin influenza sebagai perlindungan diri dan orang tersayang di Klinik Kesihatan Kuantan yang berdekatan anda. Sila hubungi Klinik Kesihatan berdekatan di Kuantan untuk semakan kelayakan dan temujanji vaksin.

📍 Lawatan Sambil Belajar Unit Survelan & KK Bandar Kuantan ke PKD dan KK TemerlohAlhamdulillah, lawatan sambil belajar o...
14/05/2026

📍 Lawatan Sambil Belajar Unit Survelan & KK Bandar Kuantan ke PKD dan KK Temerloh

Alhamdulillah, lawatan sambil belajar oleh Unit Survelan dan KK Bandar Kuantan ke Pejabat Kesihatan Daerah Temerloh dan Klinik Kesihatan Temerloh telah berjalan dengan lancar pada hari ini.

Lawatan ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengurusan survelan dan reten ILI di daerah Kuantan. Banyak ilmu, pengalaman dan perkongsian amalan terbaik yang kami peroleh sepanjang lawatan ini, insya-Allah akan diimplementasikan di daerah Kuantan pada masa akan datang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada :

✨ Dr Gan – Pegawai Epidemiologi PKD Temerloh
✨ Dr Ammar – Pegawai Perubatan Unit CDC/Survelan
✨ Dr Asyikin – YM KK Temerloh

atas sambutan mesra, perkongsian ilmu dan kesudian menerima kunjungan kami hari ini.

Semoga hubungan dan kerjasama antara daerah terus diperkukuhkan demi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam 🤝

Selamat Hari Lahir buat Dr. Rahim SulongTimbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)Semoga Dr. Rahim sentiasa dik...
13/05/2026

Selamat Hari Lahir buat Dr. Rahim Sulong
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)

Semoga Dr. Rahim sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta kekuatan dalam meneruskan amanah dan kepimpinan demi kesihatan masyarakat.

Terima kasih atas segala jasa, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan awam.

Semoga terus cemerlang, dihormati dan dipermudahkan segala urusan.

🎉 Selamat Hari Jadi & Semoga Dipanjangkan Usia 🎉

Warga PKD Kuantan

13 Mei 2026 | Rabu Hari kedua Latihan Training Of Trainer (TOT) Modul MySAVE diteruskan dengan pengisian yang disampaika...
13/05/2026

13 Mei 2026 | Rabu

Hari kedua Latihan Training Of Trainer (TOT) Modul MySAVE diteruskan dengan pengisian yang disampaikan oleh Pegawai-pegawai Psikologi PKD Kuantan melalui pendekatan interaktif, perkongsian pengalaman serta aktiviti praktikal bersama para peserta.

Antara fokus slot hari ini ialah kemahiran komunikasi berkesan, latihan role play dalam mengendalikan individu berisiko, serta kepentingan self-care bagi petugas barisan hadapan dalam menjaga kesejahteraan emosi diri sendiri.

Tahniah kepada semua peserta. Semoga ilmu dan pengalaman sepanjang latihan ini menjadi bekal dalam menyantuni masyarakat dengan lebih peka, prihatin dan tanpa stigma.

Kaunselor Komuniti Kuantan
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan



13 Mei 2026 | Selasa Alhamdulillah, sesi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi program Bachelor of Medicine and Bachel...
13/05/2026

13 Mei 2026 | Selasa

Alhamdulillah, sesi Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi program Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS) Widad University College telah selesai dijalankan hari ini oleh panel penilai Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan serta Klinik Kesihatan (KK) Kurnia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tinjauan fasiliti latihan klinikal ini. Harapan kami, maklum balas daripada sesi membolehkan pihak pengurusan Kolej Universiti Widad untuk terus memperkasakan kualiti latihan demi melahirkan graduan perubatan yang kompeten dan cemerlang untuk generasi yang akan datang.

12 Mei 2026 | Isnin Pada malam ini, satu taklimat berkenaan "Pemerkasaan Komuniti Berteraskan Agenda Nasional Malaysia S...
13/05/2026

12 Mei 2026 | Isnin

Pada malam ini, satu taklimat berkenaan "Pemerkasaan Komuniti Berteraskan Agenda Nasional Malaysia Sihat" telah disampaikan kepada wakil komuniti FELDA Bukit Goh. Taklimat memberi penekanan kepada kepentingan amalan kebersihan persekitaran yang memerlukan kerjasama penduduk dan kolaborasi bersama agensi melalui program One Hour Malaysia Cleanup dan Peranan Sukarelawan MyCHAMPION COMBI yang dilantik dalam memastikan kawasan perumahan mereka kekal bebas daripada kejadian kes atau wabak DEMAM DENGGI. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan di Balairaya FELDA Bukit Goh.

Turut dibincangkan adalah pelaksanaan aktiviti kebersihan persekitaran yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat melibatkan komuniti setempat di FELDA Bukit Goh. Kit info-info pencegahan denggi juga telah disampaikan kepada sukarelawan agar mereka dapat menjalankan aktiviti penyampaian mesej semasa lawatan dari rumah ke rumah. Perbincangan telah diketuai oleh Pengerusi JPKK FELDA Bukit Goh dan turut dihadiri Pengerusi Combi Pahang.

Semoga kerjasama ini akan berterusan dan sukarelawan terus kekal aktif sebagai agen perubahan komuniti.

Perpaduan Kuantan



Lawatan Kerja & Taklimat DDMS 2.0PKD KUANTAN 📅 Tarikh : 12 Mei 2026 | Selasa📍 Tempat : Pejabat Kesihatan Daerah BeraDDMS...
12/05/2026

Lawatan Kerja & Taklimat DDMS 2.0
PKD KUANTAN

📅 Tarikh : 12 Mei 2026 | Selasa
📍 Tempat : Pejabat Kesihatan Daerah Bera

DDMS 2.0 ialah singkatan kepada Digital Document Management System 2.0 iaitu sistem pengurusan dokumen dan rekod digital bagi sektor awam Malaysia yang dibangunkan oleh Jabatan Digital Negara dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.

Secara mudah, DDMS 2.0 digunakan oleh jabatan kerajaan untuk :

📝Menyimpan surat dan dokumen secara digital,
📝Mengurus fail rasmi kerajaan,
📝Membuat minit/tugasan,
📝Berkongsi dokumen antara pegawai,
📝Mengurangkan penggunaan kertas (paperless) dan
📝Memastikan rekod lebih selamat serta mudah dicari.

Antara fungsi utama DDMS 2.0 adalah :

🔖Pendaftaran surat masuk & keluar
🔖Pengurusan fail rasmi
🔖Pengesanan tindakan/minit
🔖Carian dokumen lebih cepat
🔖Akses dokumen secara online
🔖Kawalan keselamatan dokumen rasmi & rahsia rasmi

Objektif sistem ini ialah untuk menjadikan urusan pentadbiran kerajaan lebih :

🔍Cepat,
🔍Sistematik,
🔍Telus,
🔍Selamat dan
🔍Efisien.

Terima kasih Pengurusan Pejabat Kesihatan Daerah Bera atas perkongsian pengalaman yang berharga ini. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diamalkan demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan pelanggan perkhidmatan fasiliti-fasiliti di daerah Kuantan.

💚 JOM PAKAI HIJAU 💚 Wear It Green📅 14 Mei 2026 (Khamis)Sempena Minggu Kesedaran Kesihatan Mental 2026 yang berlangsung p...
12/05/2026

💚 JOM PAKAI HIJAU 💚 Wear It Green
📅 14 Mei 2026 (Khamis)

Sempena Minggu Kesedaran Kesihatan Mental 2026 yang berlangsung pada 11 hingga 17 Mei 2026, marilah kita bersama-sama menghayati dan meningkatkan kesedaran serta sokongan terhadap kesihatan mental.

Ayuh SEMUA warga PKD Kuantan dan komuniti Kuantan, kita pakai pakaian hijau pada 14 Mei 2026 (Khamis) ini sebagai tanda sokongan dan solidariti terhadap kesihatan mental komuniti.

💚 Hijau bukan sekadar warna sahaja, tetapi tanda sokongan kepada kesihatan mental.

📸 Bagi menyemarakkan lagi kempen, jom ambil gambar dan kongsikan di laman sosial anda dengan .

Jangan lupa tag :
👉 Facebook Promosi PKD Kuantan
👉 Facebook Kaunselor Komuniti Kuantan

Menariknya, walaupun Al-Qur’an tidak menyebut secara langsung bahawa “hijau ialah warna syurga”, namun gambaran syurga banyak menggunakan unsur hijau pada pakaian dan suasana penghuni syurga :

📖 Surah Al-Kahfi, ayat 31
📖 Surah Al-Insan, ayat 21
📖 Surah Ar-Rahman, ayat 76

Bersama kita bina masyarakat yang lebih prihatin, menyokong dan memahami kepentingan kesihatan mental.

“We are taking part”
“I’m taking part”

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan





Address

Kuantan
25200

Telephone

+6095659222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi PKD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Promosi PKD Kuantan:

Share