UDM Bukit Istana

UDM Bukit Istana Page ini dikelolai oleh PAS Cawangan Indera Mahkota 14 & 15

https://www.facebook.com/share/p/18Rr3EJ4uC/
07/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/18Rr3EJ4uC/

TEGURAN BUAT PENGUASA: DAKWAH DAN KUASA MESTI SEIRING

Usaha menganjurkan Quranic Madani: Night Reset di Bukit Bintang adalah satu inisiatif yang sangat murni. Melihat saf solat memenuhi jalanan adalah pemandangan yang menyejukkan hati. Namun, sebagai penguasa yang memegang amanah, tanggungjawab kita tidak terhenti sekadar pada anjuran ibadah.

Kuasa Bukan Sekadar Untuk Mengajak, Tapi Untuk Menghalang.

Tanggungjawab mencegah kemungkaran (Nahi Mungkar) mestilah berjalan serentak dengan kuasa eksekutif yang ada. Kita tidak boleh hanya sibuk menghamparkan sejadah di satu malam, tetapi dalam masa yang sama meluluskan permit bagi acara seperti Rain Festival atau pesta hiburan melampau di malam yang lain.

Allah SWT berfirman:

{ ٱلَّذِینَ إِن مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُوا۟ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡا۟ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ }

“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari berbuat kejahatan (mungkar)..” Surah Al-Hajj: 41)

Jangan Campur Aduk Antara Haq dan Batil
Integriti dakwah akan tercalar jika masyarakat melihat kita bersikap "talam dua muka", satu sisi mempromosikan Al-Quran, satu sisi lagi memberi ruang kepada budaya hedonisme.

Islam menuntut kejelasan, bukan pencampuran nilai yang mengelirukan.

Firman Allah SWT;
{ وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ }

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu p**a padahal kamu mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah: 42)

Gunakan "Tangan" Untuk Mencegah
Rasulullah SAW mengingatkan bahawa penguasa mempunyai kelebihan untuk mengubah kemungkaran dengan tangan (kuasa). Jika kemungkaran seperti *Rain Festival* dibiarkan subur tanpa sekatan tegas, kita bimbang keberkatan daripada program doa dan solat hajat yang kita buat akan terhijab.

Pesan buat pimpinan dan agensi agama:
Dakwah tanpa penguatkuasaan adalah lemah.

Kita mahukan "Night Reset" yang sebenar, iaitu pembersihan kota daripada maksiat secara total, bukan sekadar program kosmetik tahunan. Jangan biarkan lokasi yang kita gunakan untuk bersujud kepada Allah, dicemari p**a dengan aktiviti yang mengundang murka-Nya.

Istiqamah dalam prinsip, tegas dalam tindakan

NGO Sahabat Huffaz Pahang .

29/04/2026

11.5K likes, 963 comments. Check out nizam60an._’s video.

*CERAMAH UMUM PERIKATAN NASIONAL*Tarikh     : 15.11.2022 (Selasa)Masa      : 9.30 mlm - 12.00 mlmTempat  : PDM.BUKIT IST...
14/11/2022

*CERAMAH UMUM PERIKATAN NASIONAL*

Tarikh : 15.11.2022 (Selasa)
Masa : 9.30 mlm - 12.00 mlm
Tempat : PDM.BUKIT ISTANA

*Penceramah :*
1) Dato' Sri Saifuddin Abdullah
2) Tuan Hj Andansura Rabu
3) Ust Zulfadli Zakariah

*Aturcara :*
9.30 - Ketibaan hadirin
9.40 - Bacaan Doa'
9.45 - Ucapan Ust Zulfadli Zakariah
10.00 - Ucapan Tuan Hj Andansura
10.15 - Ucapan Dato’ Sri Saifuddin
11.00 - Majlis bersurai

Semua dijemput hadir beramai-ramai. Sila sebarkan.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

KETUA PDM
BUKIT ISTANA
*BEST*

https://www.facebook.com/100000573894929/posts/6052861868076216/
09/11/2022

https://www.facebook.com/100000573894929/posts/6052861868076216/

Seringkali kita berasa keliru untuk membuat pilihan dalam hidup. Pohonlah kepada Allah untuk menunjukkan yang benar sebagai benar dan yang bathil sebagai bathil. Semoga kita semua selamat di dunia dan akhirat. Di sini saya kongsikan satu doa untuk kita amalkan bersama.




Address

Indera Mahkota 15
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UDM Bukit Istana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share