4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja Mekanize

4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja Mekanize Laman ini merupakan Facebook Rasmi Pasukan 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja Mekanize

28/03/2026

TAHNIAH KPL WAN MUHAMMAD RAFIE BIN SHAHRUDIN

Pegawai Memerintah, Lt Kol Nizar Azmir bin Hj Abd Malek serta seluruh warga 3 Rejimen KPTD merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian Penuntut Akademik Terbaik Kursus Asas Penyiasatan LLP Siri 1/2026.









Tahniah diucapkan kepada,Kpl Wan Muhammad Rafie bin ShahrudinPenuntut Akademik TerbaikKursus Asas Pemyiasatan LLP Siri 1...
27/03/2026

Tahniah diucapkan kepada,

Kpl Wan Muhammad Rafie bin Shahrudin
Penuntut Akademik Terbaik
Kursus Asas Pemyiasatan LLP Siri 1/2026
Anjuran Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT)

Teruskan melangkah mencapai kejayaan

Ikhlas Daripada
Pegawai Pemerintah dan Warga 4 Komp KPTD (Mek)










๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹Kuantan, 21 Mac 26: Pegawai Pemerintah, Kapt Mohd Nizam bin ...
21/03/2026

๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐๐„๐‘๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ ๐’๐˜๐€๐–๐€๐‹

Kuantan, 21 Mac 26: Pegawai Pemerintah, Kapt Mohd Nizam bin Rafiee telah melaksanakan lawatan dan menyantuni anggota pasukan yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri bersamaan 1 Syawal 1447H.

Pegawai Pemerintah juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan anggota bertugas supaya meningkatkan tahap keselamatan dan pengawasan di kawasan tanggungjawab dan mempertingkatkan pemeriksaan sepanjang tempoh cuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian sumbangan raya dan sesi bergambar bersama anggota bertugas.










๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข Hari raya adalah kemenangan buat kita yang telah berjaya mengharungi cabaran sebu...
21/03/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข

Hari raya adalah kemenangan buat kita yang telah berjaya mengharungi cabaran sebulan berpuasa dengan penuh sabar. Bagi anggota yang bertugas di kem, terima kasih atas pengorbanan anda. Kepada yang pulang bercuti, pandulah dengan cermat dan selamat kembali ke unit dengan semangat yang lebih membara. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)KUANTAN, 17 Mac 26: Seramai 1 Pegawai dan 40 anggota L...
18/03/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)

KUANTAN, 17 Mac 26: Seramai 1 Pegawai dan 40 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD (Mek) bertempat di Padang Kawad 4 Komp KPTD (Mek). Perbarisan diketuai oleh Lt Muhammad Ridzwan bin Rimi.

Seterusnya, berlangsung Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD (Mek) diantara Kapt Nur Fahmie Izzuddin bin Azman dan Kapt Mohd Nizam bin Rafiee dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang telah disaksikan oleh Lt Kol Nizar Azmir bin Haji Abd Malek, Pegawai Memerintah 3 Rej KPTD.

Acara diteruskan dengan penyerahan pas cuti kepada anggota yang bercuti Hari Raya Aidilfitri peringkat pertama oleh Pegawai Memerintah kepada wakil Anggota. Seterusnya adalah pesanan daripada Pegawai Memerintah 3 Rej KPTD kepada anggota yang akan pulang beraya supaya berhati-hati semasa didalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Acara diakhiri dengan sesi temuduga masuk Pegawai Pemerintah oleh Pegawai Memerintah. Didalam temuduga tersebut Pegawai Memerintah telah memberikan amanat dan panduan untuk dilaksanakan dalam menjadikan pengurusan pasukan lebih baik di masa hadapan.










๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)KUANTAN, 10 Mac 26 : Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebaj...
12/03/2026

๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)

KUANTAN, 10 Mac 26 : Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) 4 Komp KPTD (Mek) telah diadakan di Bilik Gerakan 4 Komp KPTD (Mek).

Puan Nazirah binti Mohd Khair telah menyerahkan tugas kepada Puan Rosha Amira binti Hanafi sebagai Pemangku Pengerusi BAKAT 4 Komp KPTD (Mek) yang telah disaksikan oleh Pegawai Kerja BAKAT 4 Komp KPTD (Mek), Lt Mohammad Redzwan bin Rimi (3017163)

Seterusnya acara diteruskan lagi dengan ucapan dan pemberian cenderahati kepada Puan Nazirah binti Mohd Khair. Terima kasih diucapkan kepada Bekas Pengerusi dari kami warga Bakat 4 Komp KPTD (Mek). Selamat maju jaya ditempat yang baru










๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)KUANTAN, 10 Mac 26: Seramai 1  Pegawai dan 40 anggota ...
12/03/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)

KUANTAN, 10 Mac 26: Seramai 1 Pegawai dan 40 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD bertempat di Padang Kawad 4 Komp KPTD. Perbarisan diketuai oleh Lt Muhammad Ridzwan bin Rimi.

Seterusnya, berlangsung Upacara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD diantara Mej Mohd Amir Haris bin Mohd Idris @ Yes dan Kapt Nur Fahmie Izzuddin bin Azman dengan menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang telah disaksikan oleh Lt Kol Nizar Azmir bin Haji Abd Malek, Pegawai Memerintah 3 Rej KPTD. Acara diteruskan lagi dengan sesi berdialog dengan Pegawai Memerintah di bilik gerakan pasukan. Acara diakhiri dengan majlis berbuka puasa Pegawai Memerintah bersama Warga 4 Komp KPTD (Mek).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Mej Mohd Amir Haris bin Mohd Idris @ Yes diatas segala jasa, komitmen serta sumbangan beliau sepanjang memerintah 4 Komp KPTD (Mek) selama 3 tahun 2 bulan. Seluruh warga 4 Komp KPTD (Mek) turut mendoakan agar beliau terus maju jaya.










๐”๐๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐“๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐“๐€๐๐๐€ ๐’๐„๐๐‰๐€๐“๐€ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”KUANTAN, 6 Mac 2026: Upacara Penutup Kursus Asas Tempur Tanp...
11/03/2026

๐”๐๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐“๐„๐Œ๐๐”๐‘ ๐“๐€๐๐๐€ ๐’๐„๐๐‰๐€๐“๐€ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KUANTAN, 6 Mac 2026: Upacara Penutup Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Gerakan 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (Mek). Majlis ini diadakan bagi merasmikan penutupan kursus yang telah berlangsung selama 8 minggu di pasukan 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (Mek).

Upacara penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (Mek), Mejar Mohd Amir Haris bin Mohd Idris @ Yes. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada para peserta yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan semangat yang tinggi sepanjang mengikuti kursus tersebut. Beliau turut menegaskan para peserta tidak menyalahgunakan kemahiran Tempur Tanpa Senjata terhadap sesiapa jua.

Dalam majlis tersebut, beberapa anugerah khas turut disampaikan kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus dijalankan. Anugerah Lawang Terbaik telah dianugerahkan kepada 1222097 Rjr Nasrul bin Buraim dari 7 RRD (Mek), manakala Anugerah Tempur Wira Terbaik telah diberikan kepada 1225928 Rjr Elvincent anak Peterson dari 7 RRD (Mek) dan 1227362 Tpr Iskandar Amiruddin bin Seman dari 1 KAD. Selain itu, Anugerah Penuntut Keseluruhan Terbaik telah disandang oleh 1218974 Pbt Muhammad Azim bin Muslim dari 19 RAMD (Mek) setelah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang secara menyeluruh dari segi kemahiran, disiplin serta kepimpinan sepanjang kursus berlangsung.

Upacara penutup ini sekali gus menandakan tamatnya Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri 1/2026 dengan jayanya. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta di pasukan pada masa hadapan.










07/03/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐Š๐Ž๐‘ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ (๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€KUANTAN, 26...
03/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐Š๐Ž๐‘ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ (๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€

KUANTAN, 26 Feb 26: Majlis Berbuka Puasa bersama Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD (Mek), Mejar Mohd Amir Haris bin Mohd Idris @ Yes bersama anggota.

Pegawai Pemerintah telah memulakan Majlis Berbuka Puasa melibatkan seramai 2 Pegawai dan 52 anggota LLP. Dalam sesi berbuka puasa tersebut, Pegawai Pemerintah telah menyampaikan hasrat beliau dalam aspek agar anggota sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

Majlis diakhiri dengan acara bergambar bersama Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD (Mek).










๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐‹๐”๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐ญ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐‡๐„๐๐“๐ˆ๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐“๐ƒ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐ž๐ค)KUANTAN, 25 ...
26/02/2026

๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐‹๐”๐€๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐ญ
๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‘๐‡๐„๐๐“๐ˆ๐€๐ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐“๐ƒ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐ž๐ค)

KUANTAN, 25 Febuari 26: Tim Audit Luaran MASt dari MK 4 Bgd (Mek) telah melaksanakan Pemeriksaan Audit Luaran MASt Pengurusan Dokumentasi Persaraan dan Pemberhentian Anggota KPTD. Tim Audit terdiri daripada pegawai dan staf dari MK 4 Bgd (Mek), Mej Nik Ahmad Faiz bin Nik Arzami @ Nik Azmi dan ahli - ahlinya iaitu Lt Ahmad Mirza bin Khairul dan Sjn Muhammad Arif bin Abdullah.

Pemeriksaan dimulakan dengan taklimat dari penolong Pegawai pemerintah di bilik gerakan iaitu Kapt Nur Fahmie bin Azman.
Selesai taklimat, Tim Audit telah melaksanakan semakan terperinci ke atas dokumen persaraan dan pemberhentian anggota. Sesi pemeriksaan diteruskan dengan exit conference.

Pelaksanaan audit ini bertujuan untuk
meneliti dan mengesahkan tahap pematuhan pasukan terhadap peraturan, dasar, polisi, direktif dan arahan semasa berkaitan Pengurusan Dokumen Persaraan dan Pemberhentian Anggota TD. sebagaimana yang digariskan dalam Manual Kualiti MASt.










๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐€๐Œ๐๐€๐๐† ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐ŒKuantan, 16 Februari 2026 : Ceramah Ambang Ramadhan telah dila...
19/02/2026

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐€๐Œ๐๐€๐๐† ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐€๐ ๐Ÿ’ ๐Š๐Ž๐Œ๐ ๐Š๐๐“๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Kuantan, 16 Februari 2026 : Ceramah Ambang Ramadhan telah dilaksanakan di Masjid Al-Ikhwan Panching oleh Pegawai Agama jemputan dari pasukan 1 KAD iaitu Lt Muhamad Azahan bin Azhari sebagai persediaan rohani warga pasukan di dalam menyambut bulan yang penuh keberkatan. Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman anggota tentang kelebihan bulan Ramadhan serta memperkukuhkan nilai kerohanian dalam kehidupan seharian sebagai seorang seorang Muslim.

Program ini turut memberi penekanan bahawa ibadah puasa bukanlah penghalang untuk melaksanakan tugas harian, sebaliknya menjadi sumber kekuatan dalaman bagi setiap anggota. Dengan pengurusan masa yang baik serta keazaman tinggi, setiap warga 4 Komp KPTD (Mek) diyakini mampu melaksanakan tugas operasi dan pentadbiran dengan cemerlang sepanjang bulan Ramadhan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pemerintah 4 Komp KPTD (Mek), Mej Mohd Amir Haris bin Mohd Idris @ Yes. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan keimanan dan terus memantapkan kesiapsiagaan warga 4 Komp KPTD (Mek) dalam melaksanakan tugas.










Address

4 Komp KPTD (Mek)
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 00:30

Telephone

+601165566863

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja Mekanize posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 4 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja Mekanize:

Share