16/09/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.
Sempena sambutan Hari Malaysia ke-63, saya bagi pihak seluruh warga kerja Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.
Hari Malaysia merupakan satu kesempatan untuk kita menghayati erti kebersamaan, perpaduan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara. Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya merupakan khazanah yang perlu terus dihargai dan dipelihara demi memastikan Malaysia kekal aman, sejahtera dan berdaya tahan.
Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan perpaduan serta memainkan peranan masing-masing dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara tercinta.
“Keharmonian Rakyat, Kekuatan Negara.”
🇲🇾 Selamat Hari Malaysia!
Malaysia Sejahtera, Rakyat Bersatu, Negara Teguh.
Ikhlas daripada,
YDH ACP MOHD KHAIRUDDIN BIN JAMAL
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
dan Seluruh Warga Kerja Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga