20/08/2026
18 Ogos 2026 || ADTEC JTM Kampus Kuantan Perkukuh Kerjasama Industri Bersama A to Z Solution
ADTEC JTM Kampus Kuantan Perkukuh Kerjasama Industri Bersama A to Z Solution
18 Ogos 2026 β ADTEC JTM Kampus Kuantan telah mengadakan sesi perbincangan bersama syarikat A to Z Solution Sdn.Bhd. bagi membincangkan pelaksanaan Program Jamin Kerjaya β Industry Led Professional Certificate (IPC) 2026.
Program ini disasarkan kepada lepasan SPM, SKM dan Diploma, dengan menawarkan laluan latihan berasaskan keperluan industri serta jaminan penempatan pekerjaan di syarikat dalam sektor pembuatan automotif selepas tamat program.
Perbincangan ini melibatkan Ts. Mohd Azuari bin Mustapha, Ts. Mohd Marzuki bin Zainudin dan En. Tasirihafizan bin Ab Rahman dari Bahagian CESS, ADTEC JTM Kampus Kuantan, manakala pihak A to Z Solution diwakili oleh Pengarah Urusan, En. Mohd Ayeob bin Abdul Rashid.
Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan ADTEC JTM Kampus Kuantan dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama industri, di samping menyediakan peluang kerjaya yang lebih jelas kepada lepasan institusi TVET selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan semasa.
"π¬πππππππππ πΊπππππ, π°πππππππ πππππππ"
"π΄πππππππππ π²ππππππππ, π΄πππππππππ π΄πππ π―ππ
ππππ"
JOM IKUTI KAMI DI / FOLLOW US ON:
Website >> www.ilpkuantan.gov.my
Facebook >> https://www.facebook.com/ILPKuantanRasmi
Instagram >> https://www.instagram.com/ilpkuantan_official/
Twitter >> https://twitter.com/kuantanofficial
TikTok >> https://www.tiktok.com/ Tube >> https://www.youtube.com/