15/01/2026
*KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI IBU PEJABAT KONTIJEN (IPK) NEGERI PAHANG KE ATAS PENGARAH JABATAN PERHUBUNGAN PAHANG (JPP) NEGERI PAHANG*
```Pahang | 15 Januari 2026``` - Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Negeri Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai IPK Pahang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dua orang pegawai & anggota dari Cawangan Khas. Kunjungan ini telah disambut oleh Pengarah JPP Negeri Pahang, Puan Rohizah binti Mohamad Razali, beserta dua orang pegawai kanan jabatan.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengukuhkan silaturahim serta berkongsi maklumat berkenaan fungsi dan peranan JPPM, dan juga sebarang bentuk kerjasama bersama PDRM. Pertemuan dua hala ini juga diharap dapat memupuk kolaborasi strategik dalam semua aktiviti jabatan, terutamanya dalam menjaga keharmonian perusahaan diantara majikan, pekerja & kesatuan sekerja di Negeri Pahang.
JPPM khususnya JPP Pahang dan PDRM akan sentiasa mengekalkan hubungan baik berterusan bagi menyokong segala aktiviti dan kerjasama di masa hadapan.