Kelas Tahsin Al-Quran Dan Ilmu Tajwid Masjid Unipsas

Kelas Tahsin Al-Quran Dan Ilmu Tajwid Masjid Unipsas Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Tahsin Al-Quran Dan Ilmu Tajwid Masjid Unipsas, Public & Government Service, Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( UnIPSAS) KM8 Jalan Gambang, Kuantan.

Intake baru! Pendaftaran Sesi OGOS 2025 kini dilancarkan. Dijemput warga Kuantan dan sekitarnya yang sedang mencari temp...
07/08/2025

Intake baru!

Pendaftaran Sesi OGOS 2025 kini dilancarkan.

Dijemput warga Kuantan dan sekitarnya yang sedang mencari tempat belajar AlQuran yang masanya fleksibel boleh dipilih, bersistematik ( modul dan exam ), kelas yang selesa ( beraircond, berkerusi dan meja, mic).
Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman, di alu-alukan untuk berdaftar di sini.

Peserta lama, sekitar 350+ orang akan meneruskan pengajian mengikut tahap masing-masing. In shaa Allah.

Butiran seperti di bawah.👇

*KELAS TAHSIN AL-QURAN DAN ILMU TAJWID (TALAQQI) MASJID TMTHIAH*.
-Pendaftaran Sesi *OGOS 2025*-

🌀 PAKEJ :
✅ *Pakej A* : Isnin & Selasa
✅ *Pakej B* : Rabu & Khamis
✅ *Pakej C* : Jumaat @ Sabtu

🌀WAKTU :
🕣 *Sesi 1* : 8.30 pagi - 10.00pagi
🕦 *Sesi 2* : 10.30 pagi - 12.00tgh
🕝 *Sesi 3* : 2.30ptg - 4.00ptg
🕠 *Sesi 4* : 5.15ptg - 6.45ptg
🕗 *Sesi 5* : 8.45mlm - 10.15mlm

🌀 TAHAP :
1⃣ *Tahap 1* : Klinik Asas (Iqra')
2⃣ *Tahap 2* : Talaqqi al-Quran & Tajwid
3⃣ *Tahap 3* : pra-sanad Talaqqi al-Quran Musyafahah.
4️⃣ *Tahap 4* : SANAD Talaqqi al-Quran Musyafahah.

*"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kembali"*

Pendaftaran dan info tentang program kelas tahsin ini boleh imbas QR kode @ link google form yang telah disediakan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdCn5s2l91pIKL5OlidIM9RBkCMPQu8x8GuvhbVwSR7m8gRpg/viewform

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
1. USTAZ KHAIRI ( 0179875782 )
2. ⁠USTAZ FARID ( 01119821516 )
3. ⁠USTAZ HATIM ( 01159732641 )

LAPORAN RINGKAS PERJUMPAAN PIHAK PENJARA PENOR BERSAMA PIHAK PUSAT ISLAM UnIPSAS.Tarikh: 18 Julai 2025 (Jumaat)Tempat: B...
19/07/2025

LAPORAN RINGKAS PERJUMPAAN PIHAK PENJARA PENOR BERSAMA PIHAK PUSAT ISLAM UnIPSAS.

Tarikh: 18 Julai 2025 (Jumaat)
Tempat: Bilik Mesyuarat Pusat Islam UniPSAS
Masa : 10.45 pagi.
Hadirin:

4 Orang Pegawai Agama Penjara Penor
Ustaz Khairi – Ketua Lajnah Iqra’ wal Ijazah Kelas Tahsin Al-Quran Masjid UnIPSAS
Ustaz Farid – Timbalan Ketua Lajnah
Ustaz Hatim – Pengurus Kelas Tahsin

Tujuan Perjumpaan:
Perbincangan mengenai peluang pengiktirafan kepada para banduan Sekolah Tahfiz Baitul Hikmah, Penjara Penor, melalui kelas Tahsin Al-Quran di bawah seliaan Masjid UniPSAS.

Intipati Perbincangan:

Peluang Pengiktirafan

Dicadangkan agar pelajar yang layak dari Sekolah Tahfiz Baitul Hikmah diberi peluang mengikuti talaqqi al-Quran dan dinilai di bawah program Kelas Tahsin al-Quran Masjid UniPSAS.

Penilaian akan berpandukan kriteria sedia ada yang diguna pakai oleh Lajnah Iqra’ wal Ijazah.

Kerjasama Jangka Panjang

Dicadangkan agar satu bentuk kerjasama rasmi diwujudkan antara pihak penjara dan pihak Kelas Tahsin Al-Quran Masjid UnIPSAS bagi memudahkan urusan pengiktirafan serta pemantauan berterusan.

Prosedur dan Keperluan

Beberapa keperluan asas seperti modul pengajaran, masa penilaian, dan syarat² kelayakan calon akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam pertemuan susulan.

Kesimpulan:
Pihak Lajnah menyambut baik usaha murni ini dan bersedia untuk meneliti kemungkinan pengiktirafan rasmi kepada pelajar Sekolah Tahfiz Baitul Hikmah. Sesi susulan akan diatur untuk memperincikan bentuk kerjasama dan pelaksanaan program selepas sesi kunjungan hormat pihak penjara penor bersama Prof. Dato' Dr. Naib Canselor & Pengarah Pusat Islam kelak.

10/05/2025

Jamuan hari raya aidilfitri 2025/1446h

Alhamdulillah Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelas Tahsin al-Quran UNIPSAS 2025 yang telah berlangsung pada 28 Mei ...
10/05/2025

Alhamdulillah

Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kelas Tahsin al-Quran UNIPSAS 2025 yang telah berlangsung pada 28 Mei 2025 bersamaan 29 Syawal 1446H di Masjid UNIPSAS telah berjaya dianjurkan dengan penuh kemeriahan dan suasana ukhwah yang amat memberangsangkan. Dengan kehadiran hampir 400 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar, tenaga pengajar serta warga pentadbiran, program ini mencerminkan semangat kekeluargaan dan perpaduan dalam kalangan warga Kelas Tahsin al-Quran.

Pelaksanaan program ini amat berjaya dari segi pengurusan, pengisian rohani dan sosial, serta sambutan yang sangat positif daripada semua pihak. Para peserta bukan sahaja dapat menikmati jamuan yang disediakan, tetapi turut diberi peluang untuk mengikuti sesi tazkirah, beramah mesra, serta bergambar kenang-kenangan dalam suasana yang ceria dan harmoni.

Kemeriahan majlis ini terserlah dengan pelbagai juadah tradisional hari raya, persembahan santai, serta semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Hubungan silaturrahim antara pelajar dan tenaga pengajar turut diperkukuh melalui interaksi mesra sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif utamanya, iaitu memperkukuh ukhwah Islamiah dalam kalangan peserta sambil meraikan bulan Syawal dengan penuh kesyukuran. Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai acara tahunan yang menjadi wadah pemerkasaan hubungan dan semangat kebersamaan dalam komuniti pengajian al-Quran di UnIPSAS.




Alhamdulillah , syukur kehadrat ilahi 🤲🏻Program Iftar Kelas Tahsin al-Quran UNIPSAS telah berjaya dilaksanakan dengan ja...
10/05/2025

Alhamdulillah , syukur kehadrat ilahi 🤲🏻

Program Iftar Kelas Tahsin al-Quran UNIPSAS telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Mac 2025 bersamaan 26 Syawal 1446H. Bertempat di Dewan Masjid UnIPSAS, program ini menghimpunkan tenaga pengajar serta wakil pentadbiran dalam suasana penuh penghayatan dan kesyukuran menyambut keberkatan Ramadan.

Program ini telah mencatatkan penyertaan yang sangat menggalakkan, mencerminkan sambutan positif daripada semua pihak terlibat. Kehadiran ramai peserta menyerikan majlis dan memperlihatkan komitmen tinggi dalam memanfaatkan Ramadan bukan sahaja sebagai bulan ibadah tetapi juga sebagai medan mengukuhkan ukhwah.

Acara dimulakan dengan tazkirah ringkas oleh Yh Dato’ Ahmad Irshadi Bin Abdullah Al Qari selaku Adun Lantikan Negeri Pahang , diikuti dengan majlis berbuka puasa secara berjemaah. Suasana penuh harmoni dan saling menghormati jelas terpancar sepanjang program berlangsung, memperlihatkan budaya kasih sayang dan perpaduan yang dipegang teguh oleh warga Tahsin al-Quran UnIPSAS.

Kejayaan program ini terserlah melalui kelancaran perjalanan majlis, penglibatan aktif tenaga pengajar, serta kerjasama erat antara pihak pengurusan , dan sukarelawan. Ia bukan sahaja menguatkan hubungan rohani sesama kakitangan, malah membina semangat kekitaan yang sangat penting dalam sesebuah komuniti pengajian Islam.

Secara keseluruhan, program Iftar ini telah mencapai matlamatnya dengan cemerlang – menyemarakkan semangat Ramadan, memperkukuh hubungan silaturrahim, dan memupuk nilai murni dalam kalangan kakitangan kerja. Ia diharapkan menjadi inspirasi kepada lebih banyak program seumpama ini pada masa akan datang.

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, sesi saringan dan temuduga bagi peserta baru kelas Tah...
08/04/2025

Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, sesi saringan dan temuduga bagi peserta baru kelas Tahsin al-Quran dan Ilmu Tajwid (Talaqqi) anjuran UnIPSAS telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan, apabila hampir 50 orang peserta baru telah mendaftar bagi mengikuti program ini. Ini menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat untuk memperbaiki mutu bacaan al-Quran serta mendalami ilmu tajwid secara talaqqi bersama para asatizah yang berpengalaman. Moga usaha ini terus diberkati dan membawa manfaat berpanjangan kepada semua peserta yang terlibat, Inshaa-Allah.

Intake baru! Pendaftaran Sesi APRIL 2025 kini dilancarkan. Dijemput warga Kuantan dan sekitarnya yang sedang mencari tem...
14/03/2025

Intake baru!

Pendaftaran Sesi APRIL 2025 kini dilancarkan.

Dijemput warga Kuantan dan sekitarnya yang sedang mencari tempat belajar AlQuran yang masanya fleksibel boleh dipilih, bersistematik ( modul dan exam ), kelas yang selesa ( beraircond, berkerusi dan meja, mic).
Dengan tenaga pengajar yang berpengalaman, di alu-alukan untuk berdaftar di sini.

Peserta lama, sekitar 350+ orang akan meneruskan pengajian mengikut tahap masing-masing. In shaa Allah.

Butiran seperti di bawah.👇

*KELAS TAHSIN AL-QURAN DAN ILMU TAJWID (TALAQQI) MASJID UNIPSAS*.
-Pendaftaran Sesi *APRIL 2025*-

🌀 PAKEJ :
✅ *Pakej 1* : Isnin & Selasa
✅ *Pakej 2* : Rabu & Khamis
✅ *Pakej 3* : Selasa @ Rabu @ Jumaat @ Ahad

🌀WAKTU :
🕣 *Sesi 1* : 8.30 pagi - 10.00pagi
🕦 *Sesi 2* : 10.30 pagi - 12.00tgh
🕝 *Sesi 3* : 2.30ptg - 4.00ptg
🕠 *Sesi 4* : 5.15ptg - 6.45ptg
🕗 *Sesi 5* : 8.45mlm - 10.15mlm

🌀 TAHAP :
1⃣ *Tahap 1* : Klinik Asas (Iqra')
2⃣ *Tahap 2* : Talaqqi al-Quran & Tajwid
3⃣ *Tahap 3* : pra-sanad Talaqqi al-Quran Musyafahah.
4️⃣ *Tahap 4* : SANAD Talaqqi al-Quran Musyafahah.

*"Sebaik-baik kamu adalah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya kembali"*

Pendaftaran dan info tentang program kelas tahsin ini boleh imbas QR kode @ link google form yang telah disediakan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdCn5s2l91pIKL5OlidIM9RBkCMPQu8x8GuvhbVwSR7m8gRpg/viewform

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
1. USTAZ KHAIRI ( 0179875782 )
2. ⁠USTAZ FARID ( 01119821516 )
3. ⁠USTAZ HATIM ( 01159732641 )

14/12/2023

Kami bawakan khas kali ini untuk anda semua. Bertempat di MASJID UnIPSAS.

Dibentang oleh tenaga-tenaga pengajar yang mahir & berpengalaman dalam bidang masing-masing.

1️⃣ Berlangsung secara HYBRID
Bersemuka di Masjid UnIPSAS.
Juga boleh ditonton secara live di aplikasi Zoom.

2️⃣ Modul, Nota & Rakaman pengajian akan diberikan. Boleh ditonton pada bila-bila masa.

3️⃣ Menggabungkan 3 elemen utama dalam pembelajaran Al-Quran : TAJWID, TALAQQI & TADABBUR.

4️⃣ Sijil penyertaan disediakan, serta Sijil Syahadah bacaan Al-Fatihah bersanad bagi yang terpilih.

📍Sasaran :
Kanak-kanak ; 12 tahun & ke atas.
Dewasa ; Tiada had umur.

🗓️ Tarikh : 16 & 17 Disember 2023
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 8.30pg - 12.00tgh
💳 Yuran Penyertaan : RM60 sahaja.

☎️ Pendaftaran/pertanyaan sila hubungi:
012-698 3988 ( Ustaz Adam )
013-323 2309 ( Ustaz Nazrul )

Untuk kesekian kalinya.DAURAH WEBINAR ILMU TAJWID 2.0Di atas permintaan ramai, kami buka kembali pengajian berkitab seca...
18/11/2023

Untuk kesekian kalinya.
DAURAH WEBINAR ILMU TAJWID 2.0

Di atas permintaan ramai, kami buka kembali pengajian berkitab secara online.

Peluang yang datang jarang-jarang, berguru secara langsung dengan salah seorang Penterjemah & Penyemak Kitab Tajwid Al-Musawwar karangan Syeikh Dr. Aiman Rusydi Suwaid.

Kitab yang mengupas secara terperinci hukum-hukum Tajwid & perbahasannya yang mantap.

📍Sasaran : Para pencinta Al-Quran, Pelajar Kelas Al-Quran, Guru-guru Al-Quran & semua yang ingin membaca Al-Quran dengan lebih baik.

📌 Tarikh Bermula : 4 Disember 2023*m
🗓️ Hari : Setiap Isnin
⏰ Masa : 9.00-10.00 malam
💻 Platform : ZOOM Online
💿 Rakaman kelas disediakan
Boleh dilihat berulang kali pada bila-bila masa.
📜 E-Sijil disediakan untuk para peserta
💳 Yuran Penyertaan : RM120/ 9 kali sesi

Jangan lepaskan peluang!
Daftar segera!
www.wasap.my/601119821516
www.wasap.my/60139619791

24/03/2022

Sedutan ucapan Tuan Pengurus Kelas Tahsin AlQuran & Ilmu Tajwid UnIPSAS, Tuan Guru Ustaz Mohd Farid Faizul b. Othman di Majlis Konvokesyen kali-4 yang lalu.

Beliau menyarankan agar kita semua terus istiqomah bersama AlQuran. Mendalami ilmu AlQuran yang luas ini. Moga usaha yang lakukan untuk AlQuran menjadi hujjah kepada kita & memberatkan neraca timbangan kita kelak. Aminn.

Siiru a'la barakaatillah.

Belajar hingga hujung nyawa. 🤲

Address

Masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah ( UnIPSAS) KM8 Jalan Gambang
Kuantan
25150

Telephone

+601119821516

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Tahsin Al-Quran Dan Ilmu Tajwid Masjid Unipsas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share