30/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026 ๐ฒ๐พ
Dengan penuh rasa syukur, marilah kita menyambut Hari Kebangsaan 2026 dengan mengenang jasa para pejuang yang telah berkorban demi kemerdekaan tanah air.
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencipta sejarah apabila bebas daripada penjajahan. Laungan โMerdeka!โ sebanyak tujuh kali oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka menjadi simbol lahirnya sebuah negara yang berdaulat.
Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukan datang dengan mudah. Ia adalah hasil perjuangan, pengorbanan serta kesungguhan generasi terdahulu dalam memastikan masa depan negara terus terbela.
Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 2026, โMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ, marilah kita bersama-sama menghayati semangat Malaysia yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat. Aspirasi ini seiring dengan gagasan Malaysia MADANI yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam usaha membina negara yang lebih inklusif, maju dan prihatin terhadap rakyat.
Semoga semangat merdeka terus subur dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Bersama kita menjaga keharmonian negara demi masa depan yang lebih baik.
Ikhlas daripada,
Angkatan Muda KEADILAN Indera Mahkota