AADK Daerah Kuantan

AADK Daerah Kuantan Laman sosial ini merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, aktiviti serta program yang dilaksanakan oleh AADK.

02/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta Raja Permaisuri Agong, dan terus dikurniakan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memimpin negara dengan penuh kedaulatan dan kemakmuran.

Sembah takzim daripada
Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga
Agensi Antidadah Kebangsaan

Shamsul Anuar Nasarah





29/05/2026

Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada amalan anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai Allah SWT daripada menumpahkan darah (sembelihan korban)."
(Riwayat al-Tirmidzi: 1493)

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang menjadi teras ibadah korban.

Aidiladha mendidik kita tentang nilai pengorbanan yang tulus, keinsafan dalam kehidupan serta kepentingan membantu dan menyantuni sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

29/05/2026

Masa depan kita dipertaruhkan! Jangan biarkan musibah dadah sintetik merosakkan keharmonian kejiranan anda.

Anda mempunyai kuasa untuk memilih. Setiap ahli komuniti perlu bijak menilai. ‘Adakah kita memilih manfaat, atau musibah?’ Keputusan anda hari ini menentukan kualiti hidup kita esok.

Tunjukkan semangat perpaduan! Jadilah pemimpin dalam komuniti anda dengan meningkatkan Kesedaran dan Pengetahuan. Dapatkan fakta sahih dari sumber rasmi AADK, kerana ilmu adalah pelindung terbaik rezeki dan keluarga kita.

Kita lindungi Komuniti, kita jaga Rezeki. Mari kita buktikan kita adalah komuniti yang kuat!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Encik Mohd Zaidi bin Zakaria, Pembantu Keselamatan, Kader CGSO di Ag...
26/05/2026

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Encik Mohd Zaidi bin Zakaria, Pembantu Keselamatan, Kader CGSO di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga CGSO menzahirkan rasa sedih dan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham pada awal pagi 23 Mei 2026 bersamaan 6 Zulhijjah 1447 Hijrah di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

سْــــــــمِ اللَّــــــــهِ الرَّحْمَــــــــنِ الرَّحِيــــــــمِ {1} الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2} الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ {3} مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {4} إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
{5} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {6} صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَالضَّآلِّينَ {7}








26/05/2026

SELAMAT HARI ARAFAH 1447H

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam, penuh dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk memperbanyakkan doa serta amal ibadah.

Sempena Hari Arafah 1447H, marilah kita bersama-sama memperkukuh keimanan, memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT demi membina kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.

Semoga 9 Zulhijjah ini diisi dengan amalan-amalan rohani seperti berdoa, berzikir, muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





25/05/2026
AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ZAIDI BIN ZAKARIAAgensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahir...
23/05/2026

AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM MOHD ZAIDI BIN ZAKARIA

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham En. Mohd Zaidi bin Zakaria Pengawal Keselamatan (KP1) AADK Negeri Pahang yang telah kembali ke Rahmatullah pada 23 May 2026.

Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya".

Daripada;:
Ketua Daerah dan seluruh warga AADK Daerah Kuantan





22/05/2026
22/05/2026

“Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Akhlak yang baik merupakan cerminan keimanan yang sempurna.

Dalam usaha membina masyarakat bebas dadah, pembentukan sahsiah, nilai murni dan kekuatan rohani menjadi asas penting dalam melahirkan individu yang berintegriti serta berdaya tahan.

AADK terus komited memperkasa pendekatan pendidikan, pencegahan dan pemulihan berteraskan nilai kemanusiaan serta spiritual demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Ikhlas daripada
Dato' Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

Address

Aras 6 Kompleks Kdn
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095736139

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share