Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad Koperasi ini ditubuhkan pada tahun 1926, menjalankan aktiviti kredit dan terlibat dengan perniagaan.

06/06/2026

Majlis Penerangan Kawasan Zon 2 (Mesyuarat Agung Perawakilan Kali ke-37)
Tarikh: 6 Jun 2026
Tempat: Temerloh

06/06/2026
𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri...
31/05/2026

𝐃𝐀𝐔𝐋𝐀𝐓 π“π”π€ππŠπ”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada
Pengerusi, Anggota Lembaga & Warga Kerja KPKP

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua anggota KPKP yang menyambutnya.Semoga perayaan ini membawa ketenangan, kebahag...
30/05/2026

Selamat menyambut Hari Wesak kepada semua anggota KPKP yang menyambutnya.
Semoga perayaan ini membawa ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

Ikhlas daripada:
Pengerusi, Anggota Lembaga & Warga Kerja KPKP

NOTIS PENUTUPAN PEJABATDimaklumkan bahawa pejabat KPKP dan Ar-Rahnu Espikay tidak akan beroperasi pada 1 & 2 Jun 2026 (I...
29/05/2026

NOTIS PENUTUPAN PEJABAT

Dimaklumkan bahawa pejabat KPKP dan Ar-Rahnu Espikay tidak akan beroperasi pada 1 & 2 Jun 2026 (Isnin & Selasa) sempena Cuti Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta cuti ganti Hari Wesak.

Beroperasi semula seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas kerjasama semua anggota KPKP.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447HSemoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dizahirkan pada hari yang mulia ini ter...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dizahirkan pada hari yang mulia ini terus menyatukan kita dalam ukhuwah, memperkukuh keimanan, serta menyemai nilai kasih sayang dan kebajikan sesama insan.

Ikhlas daripada
Pengerusi, Anggota Lembaga & Warga Kerja KPKP

Makluman Operasi KPKP & Ar-Rahnu EspikayUntuk perhatian semua anggota, operasi pejabat akan ditutup lebih awal iaitu seh...
26/05/2026

Makluman Operasi KPKP & Ar-Rahnu Espikay

Untuk perhatian semua anggota, operasi pejabat akan ditutup lebih awal iaitu sehingga jam 3.30 petang pada 26 Mei 2026 (Selasa) bagi persiapan Hari Raya Aidiladha.

Perkhidmatan akan kembali seperti biasa pada 28 Mei 2026 (Khamis).

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Mengenang Hari Hol Pahang.Hari mengingati Ulangtahun Kemangkatan Almarhum KDYMMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Bill...
21/05/2026

Mengenang Hari Hol Pahang.

Hari mengingati Ulangtahun Kemangkatan Almarhum KDYMMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah.

Al-Fatihah

Sembah Takzim daripada
Pengerusi, Anggota Lembaga & Warga Kerja KPKP

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‰π€ππ‰πˆπ€π ππ„π‘π’π„π…π€π‡π€πŒπ€π (πŒπ¨π”) ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„ππ“πŽπ‘-πŒπ„ππ“π„π„Telah berlangsung majlis pada 19 Mei 2026 (Selasa) di Dewan Wi...
20/05/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π‰π€ππ‰πˆπ€π ππ„π‘π’π„π…π€π‡π€πŒπ€π (πŒπ¨π”) ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„ππ“πŽπ‘-πŒπ„ππ“π„π„

Telah berlangsung majlis pada 19 Mei 2026 (Selasa) di Dewan Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK) Kali Ke-37.

Majlis telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Zaliza bin Zulkipli, DIMP., AAP., Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan.

Majlis ini turut menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik susulan persetujuan rasmi pihak KOSPEK bagi pembangunan perkhidmatan Ar-Rahnu, termasuk perolehan sistem serta pelaksanaan program mentoring yang telah dipersetujui bersama.

Wakil dari Anggota Lembaga KPKP terdiri daripada Tn. Haji Mohd Azman bin Ibrahim @ A. Ghani (Pengerusi), Encik Halim bin Ahmad (Bendahari) dan Tuan Haji Mohd Ali bin Abdullah.

Inisiatif ini diharap dapat memperluas lagi perkhidmatan koperasi selaras dengan prinsip koperasi iaitu kerjasama yang aktif diantara koperasi-koperasi.

Semoga kerjasama ini berjalan lancar dan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

20/05/2026

MAJLIS PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MoU) PROGRAM MENTOR-MENTEE

Telah berlangsung majlis pada 19 Mei 2026 (Selasa) di Dewan Wisma Belia, Indera Mahkota, Kuantan sempena Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kakitangan Majlis Bandaraya Kuantan Berhad (KOSPEK) Kali Ke-37.

Majlis telah dirasmikan oleh YH. Dato’ Zaliza bin Zulkipli, DIMP., AAP., Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan.

Majlis ini turut menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik susulan persetujuan rasmi pihak KOSPEK bagi pembangunan perkhidmatan Ar-Rahnu, termasuk perolehan sistem serta pelaksanaan program mentoring yang telah dipersetujui bersama.

Wakil dari Anggota Lembaga KPKP terdiri daripada Tn. Haji Mohd Azman bin Ibrahim @ A. Ghani (Pengerusi), Encik Halim bin Ahmad (Setiausaha) dan Tuan Haji Mohd Ali bin Abdullah.

Inisiatif ini diharap dapat memperluas lagi perkhidmatan koperasi selaras dengan prinsip koperasiiaitu kerjasama yang aktif diantara koperasi-koperasi.

Semoga kerjasama ini berjalan lancar dan memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Address

TINGKAT 1, WISMA KPKP, Jalan GAMBUT 2
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+6095177932

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category