Bantuan Prihatin Pahang

Bantuan Prihatin Pahang Platform rasmi hebahan Bantuan Prihatin Pahang 2023

12/4/2023 - Selaras dengan pengumuman Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2023 yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Bes...
13/04/2023

12/4/2023 - Selaras dengan pengumuman Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2023 yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 4 April 2023 yang lepas, sebuah Majlis Penyampaian Bantuan Khas Aidilfitri 2023 telah dijalankan bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan.

Sebilangan penerima yang hadir ke majlis tersebut adalah merupakan kategori penjawat awam negeri, pesara kerajaan negeri, ibu tunggal, anak yatim berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pengerusi JPKK, Timbalan Pengerusi JKKR, Pengerusi JPKKOA, Tok Batin, Setiausaha JPKK, Imam, Bilal dan Siak Masjid.

YAB Menteri Besar Pahang menyatakan bahawa bayaran kepada semua penerima yang layak untuk setiap kategori ini dijangka selesai sebelum tibanya Aidilfitri. Kaedah pembayaran p**a adalah bergantung kepada kesesuaian pelaksanaan sama ada secara bersemuka atau membuat tuntutan di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) masing-masing.

Daerah Lipis, Bera, Maran, Jerantut dan Cameron Highland merupakan antara daerah yang telah meneruskan lagi inisiatif Ba...
31/03/2023

Daerah Lipis, Bera, Maran, Jerantut dan Cameron Highland merupakan antara daerah yang telah meneruskan lagi inisiatif Bantuan Prihatin Pahang 2023 bagi kluster Tahun 1. YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah berbesar hati untuk merasmikan majlis penyerahan bantuan ini di Sekolah Kebangsaan Lanai, Sekolah Kebangsaan Sg Koyan dan Sekolah Kebangsaan Clifford.

Pengagihan Bantuan Prihatin Pahang bagi kluster ini dijangka selesai di semua daerah selewat-lewatnya pada 7 April 2023. Diharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa atau penjaga murid-murid Tahun 1 bagi membeli atau melengkapkan keperluan persekolahan murid-murid.

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗜𝘀𝗶 𝗥𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗽𝗮𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵:
https://forms.gle/ShTJWSW4WzS8T9cv6

31/03/2023
31/03/2023
31/03/2023
31/03/2023
30/03/2023
30/03/2023

Address

Tingkat 17, Kompleks Teruntum, Jalan Mahkota
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bantuan Prihatin Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bantuan Prihatin Pahang:

Share