Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang Laman Facebook Rasmi Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang

13/03/2026
Dengarkan temubual eksklusif bersama YBrs.Puan Amira binti Abdullah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nas...
26/02/2026

Dengarkan temubual eksklusif bersama YBrs.Puan Amira binti Abdullah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang dalam topik Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)2025: Di Mana Kita Berdiri? secara langsung di Pahang FM.

๐Ÿ“ป โฐ 11.30 pagi
๐Ÿ“† 26 Februari 2026 (Khamis)
๐Ÿ“Ÿ Pahang FM

Memahami realiti sebenar adalah langkah penting agar setiap tindakan yang dirancang berasaskan fakta, bukan persepsi.

Dengan semangat kebersamaan, marilah kita menyusun langkah strategik yang jelas dan berfokus demi masa depan Malaysia yang lebih kukuh, inklusif dan bersatu.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
PAHANGfm





๐Ÿ—“๏ธ 07 Januari 2026 (Rabu)๐Ÿ•ข 2.30 petang๐Ÿ“ Pejabat Jabatan Perpaduan Negeri PahangPengarah Perpaduan Negeri Pahang, Puan Am...
08/01/2026

๐Ÿ—“๏ธ 07 Januari 2026 (Rabu)
๐Ÿ•ข 2.30 petang
๐Ÿ“ Pejabat Jabatan Perpaduan Negeri Pahang

Pengarah Perpaduan Negeri Pahang, Puan Amira binti Abdullah telah menerima kunjung hormat daripada Pengarah Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang yang baharu, iaitu Puan Nor Azah binti Hashim, dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh profesionalisme. Kunjung hormat ini diadakan sebagai langkah awal untuk memperkenalkan kepimpinan baharu Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua agensi kerajaan di peringkat negeri.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak telah berpeluang bertukar pandangan serta berkongsi maklumat berkaitan peranan, fungsi dan hala tuju jabatan masing-masing. Pertemuan ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama strategik yang lebih erat dan berterusan, sekali gus menyokong pelaksanaan program serta inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negeri Pahang secara keseluruhan.

Portal rasmi JPNIN:
https://www.jpnin.gov.my/web/home

Page Facebook JPNIN:
https://www.facebook.com/share/19gZEP5wQg/

Tiktok JPNIN Pahang:โ€‹
https://www.tiktok.com/

Instagram JPNIN Pahang:
https://www.instagram.com/jpninpahang?igsh=MW9mbTM4a2FpbmVydg==

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š ๐…๐Ž๐‹๐‹๐Ž๐–, ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐’๐‡๐€๐‘๐„ & ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐„๐๐“









Pahang1st
Perpaduan
KitaBersama
UNITI
Unity
jabatanarkibnegeripahang

๐Ÿ—“๏ธ 06 Januari 2026 (Selasa)๐Ÿ•ข 3.00 petang๐Ÿ“ Grand Astana Event & Wedding Hall, Temerloh Bertempat di Grand Astana Event & ...
07/01/2026

๐Ÿ—“๏ธ 06 Januari 2026 (Selasa)
๐Ÿ•ข 3.00 petang
๐Ÿ“ Grand Astana Event & Wedding Hall, Temerloh

Bertempat di Grand Astana Event & Wedding Hall, Temerloh telah berlangsungnya MAJLIS SANTUNAN BUDI KETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL, YBRS. ENCIK ZULKIFLI BIN HASHIM BERSAMA JENTERA PERPADUAN DAERAH TEMERLOH 2026.

Program ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Penyelaras Kawasan Rukun Tetangga Daerah Temerloh dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Temerloh.

Kehadiran seramai 160 orang yang terdiri daripada AJK KRT Daerah Temerloh , guru dan penolong guru Tabika Perpaduan serta Mediator Komuniti (MK) Daerah Temerloh. Program berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang luar biasa dari semua peserta.

Program ini telah membuka ruang dan peluang yang bermakna kepada KRT, guru dan penolong guru serta MK untuk beramah mesra serta berinteraksi secara lebih dekat dalam suasana yang harmoni dan mesra. Melalui penganjuran program ini, mereka bukan sahaja berpeluang bertukar pandangan dan berkongsi maklumat, malah turut diberi kesempatan untuk berjumpa serta mengadakan pertemuan secara langsung bersama Ketua Pengarah. Peluang ini amat bernilai kerana ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim, memperkukuh jaringan kerjasama, serta meningkatkan kefahaman dua hala antara pihak pengurusan tertinggi dan komuniti KRT ke arah pelaksanaan inisiatif yang lebih berkesan dan berimpak tinggi.

Portal rasmi JPNIN:
https://www.jpnin.gov.my/web/home

Page Facebook JPNIN:
https://www.facebook.com/share/19gZEP5wQg/

Tiktok JPNIN Pahang:โ€‹
https://www.tiktok.com/

Instagram JPNIN Pahang:
https://www.instagram.com/jpninpahang?igsh=MW9mbTM4a2FpbmVydg==

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š ๐…๐Ž๐‹๐‹๐Ž๐–, ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐’๐‡๐€๐‘๐„ & ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐„๐๐“









Pahang1st
Perpaduan
KitaBersama
UNITI
Unity

RANGKAIAN ADUAN โ€‹KOMUNITI AWAM NASIONAL (RAKAN)Dilancarkan oleh YB Menteri Perpaduan Negara pada 19 Jun 2025 dalam Progr...
24/10/2025

RANGKAIAN ADUAN โ€‹KOMUNITI AWAM NASIONAL (RAKAN)

Dilancarkan oleh YB Menteri Perpaduan Negara pada 19 Jun 2025 dalam Program Townhall Keselamatan dan Perpaduan Negara Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam.

Kini orang awam boleh menyalurkan aduan berkaitan isu perpaduan dengan lebih mudah dan pantas melalui Rangkaian Aduan Komuniti Nasional (RAKAN) platform digital yang dibangunkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

๐Ÿ’ป Layari: https://rakan.jpnin.gov.my

Matlamat RAKAN:
โœ… Mengukuhkan pengurusan maklumat dan respon terhadap aduan komuniti
โœ… Meningkatkan keselamatan serta keharmonian di peringkat akar umbi
โœ… Mendekatkan rakyat dengan kerajaan dalam memelihara keharmonian nasional
โœ… Membudayakan tanggungjawab sosial terhadap isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan

Jom bersama JPNIN melapor, menangani dan memelihara perpaduan negara melalui RAKAN!

โ€‹Portal rasmi JPNIN:
https://www.jpnin.gov.my/web/home
Page Facebook JPNIN:
https://www.facebook.com/share/19gZEP5wQg/
Tiktok JPNIN Pahang:
https://www.tiktok.com/
Instagram JPNIN Pahang:
https://www.instagram.com/jpninpahang?igsh=MW9mbTM4a2FpbmVydg==

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฅ๐ฎ๐ฉ๐š ๐…๐Ž๐‹๐‹๐Ž๐–, ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐’๐‡๐€๐‘๐„ & ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐„๐๐“















05/09/2025
05/09/2025

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1445H / 2025M

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan meneladani akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. Semoga semangat kasih sayang, persaudaraan dan perpaduan terus subur dalam kalangan kita semua.

Ikhlas Daripada Saya dan Seluruh Warga
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.





03/09/2025
30/08/2025

Address

Tingkat 2, Blok A-B, No. 211, 213, 217 & 218, Bangunan Centre Point, Jalan Haji Abdul Rahman
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Pahang:

Share