Jabatan Teknologi Makanan POLISAS_Official

Jabatan Teknologi Makanan POLISAS_Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Teknologi Makanan POLISAS_Official, Government Organization, Jabatan Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan Darul Makmur, Kuantan.

✨ DINNER AKHIR SEMESTER 5 JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN(JTM) SESI 2 2025/2026 ✨25 April 2026 | Sabtu - Dinner Akhir Semester...
29/04/2026

✨ DINNER AKHIR SEMESTER 5 JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN(JTM) SESI 2 2025/2026 ✨

25 April 2026 | Sabtu - Dinner Akhir Semester 5 anjuran Jabatan Teknologi Makanan telah berlangsung dengan penuh meriah 🤍
Bertemakan “Mengukir Kenangan, Mencipta Memori” dengan sentuhan Black & Gold, majlis ini menjadi simbol penghargaan terhadap perjalanan sepanjang semester yang penuh pengalaman dan pembelajaran.

Daripada sesi jamuan, persembahan hingga ke anugerah King & Queen, semuanya berjalan lancar dan meninggalkan kenangan yang indah buat semua yang hadir.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga kenangan yang terukir ini akan terus kekal dalam ingatan.





🌿 Program Hiking KETEMA 🌿11 April 2026 – Kelab Jabatan Teknologi Makanan (KETEMA) telah menganjurkan satu program hiking...
29/04/2026

🌿 Program Hiking KETEMA 🌿

11 April 2026 – Kelab Jabatan Teknologi Makanan (KETEMA) telah menganjurkan satu program hiking di Bukit Galing yang melibatkan seramai 35 orang pelajar bersama 3 orang pensyarah.

Program ini diadakan sebagai aktiviti team building bagi meningkatkan kecerdasan fizikal di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar dan pensyarah.





🚀 Ready to Revolutionize the Food Industry? Join us at the FOOD TECH REVOLUTION Seminar! 🍏✨Are you a Food Technologist, ...
22/04/2026

🚀 Ready to Revolutionize the Food Industry? Join us at the FOOD TECH REVOLUTION Seminar! 🍏✨

Are you a Food Technologist, industry professional, or aspiring innovator looking to level up your career? Discover how to solve complex industry challenges and create value through the power of Design Thinking!
Organized by MBOT (TTWG Food Technology) in collaboration with MAFSA, CFoST and AHIBS UTM, this seminar is your gateway to mastering innovation.

🌟 Why You Should Attend:
• Master Design Thinking: Learn the 5 crucial phases—Empathy, Define, Ideate, Prototype, and Testing—to develop out-of-the-box products and solutions.
• Upskill Your Career: Get an exclusive preview, special offers, and incentives for the upcoming MSc Food Processing Innovation (MSc Foodi) intake.
• Professional Growth: Understand the importance of the Ts. credential and chart your career trajectory.
• Earn 3 MBOT CPD Hours!
• Network: Hear real-world success stories from our Alumni Spotlight and connect with industry peers.

📅 Event Details:
• Date: 13th May 2026 (Wednesday)
• Time: 9:00 AM - 1:30 PM (Registration & Breakfast starts at 8:00 AM)
• Venue: National Centre for Food Safety (NCFS), Taman Mawar, Sepang, Selangor
• Format: Physical

🎤 Learn from the Experts:
• Ts. Mohd Syafarim bin Md Ishak (Chairman, TTWG FT MBOT)
• Assoc. Prof. Dr. Haliyana Khalid (Deputy Dean of Research and Innovation, AHIBS, UTM)
• Assoc. Prof. Dr. Maizaitulaidawati Md Husin (Head of Department, Business Administration, AHIBS, UTM)
• Ts. Dayana Tung Herman Tung Chin Hoe (Senior Food Safety and Quality Manager, Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd.)

🎟️ Registration Fees:
• MBOT Members (Ts.): RM30 Commitment Fee (Exclusively for MBOT members, this amount will be credited towards your renewal fee!)

🚨 Seats are highly limited! Scan the QR code (https://www.ticket2u.com.my/event/49604_811a20d4af9a4b81b8b46d0f1b0c7455) on the poster to secure your seat before 8th May 2026.
Let’s transform your mindset from a technical executor to a solution creator! 💡🍔










FOOD RESEARCH INNOVATION PRODUCT LAUNCHING (FRIPL) SESI 2 2025/202616 April 2026 | Khamis – Food Research Innovation Pro...
16/04/2026

FOOD RESEARCH INNOVATION PRODUCT LAUNCHING (FRIPL) SESI 2 2025/2026

16 April 2026 | Khamis – Food Research Innovation Product Launching (FRIPL) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Mahkota dan Dewan Seminar Mahkota, POLISAS. Program ini merupakan platform pembentangan projek akhir pelajar semester 5 dan pelancaran produk inovasi makanan baharu pelajar semester 4 (Diploma Teknologi Makanan dan Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal) bagi sesi 2 2025/2026.

Program ini merupakan gabungan dua aktiviti utama yang dianjurkan pada setiap sesi semester melibatkan kursus DMH50094, DMT50454 (Project) dan DMT40413 (Food Innovation).
Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan halal. Di samping itu, ia membantu pelajar mengasah kemahiran komunikasi khususnya dalam sesi pembentangan dan soal jawab bersama panel.

Melalui pelaksanaan program ini, pelajar turut berpeluang memupuk semangat kerjasama berpasukan serta mengembangkan ciri-ciri kepimpinan. Program ini juga menjadi platform penting dalam melatih pelajar menghadapi situasi sebenar industri, terutamanya dalam mempertahankan idea dan hasil inovasi secara profesional.

Dalam sesi pembentangan, sebanyak 25 kumpulan Projek dan 25 kumpulan Food Innovation telah mengambil bahagian di mana penyampaian Anugerah Produk Pilihan Juri iaitu Kepingan Labu, Pes Masak Lemak Labu dan Biskut Campuran Labu dan Hampas Kelapa bagi menghargai hasil inovasi terbaik dalam bidang teknologi makanan. Bagi kategori projek terbaik sebanyak 14 penyelidikan telah berjaya dipilih oleh juri.

Kesemua kumpulan membentangkan hasil projek masing-masing serta mempraktikkan kemahiran komunikasi dalam menjawab soalan daripada panel penilai yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan industri makanan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memberi impak positif dalam pembangunan kemahiran akademik dan profesional pelajar selaras dengan keperluan industri semasa.

Tahniah dan selamat maju jaya. Anda kebanggaan kami.

Bhg Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Politeknik.kolejkomuniti
I ♥ PAHANG
Kerajaan Negeri Pahang

LAWATAN ILMIAH KE FGV REFINERIES SDN. BHD7 April 2026 | Selasa - Satu lawatan industri telah diadakan ke FGV Refineries ...
16/04/2026

LAWATAN ILMIAH KE FGV REFINERIES SDN. BHD

7 April 2026 | Selasa - Satu lawatan industri telah diadakan ke FGV Refineries Sdn. Bhd. (Kuantan) yang melibatkan seramai 30 orang pelajar dan 2 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Lawatan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada keperluan akademik bagi pelajar yang mengikuti kursus Fats and Oils Technology. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai teknologi sebenar yang digunakan dalam industri pemprosesan minyak kelapa sawit. Pelajar berpeluang memahami dengan lebih jelas proses pengekstrakan, penapisan serta pembotolan minyak yang merupakan komponen penting dalam silibus pembelajaran mereka. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk menghubungkan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan aplikasi praktikal di industri.

Diharapkan melalui lawatan ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan serta kefahaman mereka terhadap bidang lemak dan minyak. Pengalaman ini juga dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kesediaan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi manfaat besar dari segi pembelajaran dan pendedahan industri kepada pelajar.

Bhg Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Politeknik.kolejkomuniti
Kerajaan Negeri Pahang
I ♥ PAHANG

ULANG SIAR iFAMB@SEN2026iFAMB@SEN2026 – International Agrofood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs 2026...
13/04/2026

ULANG SIAR iFAMB@SEN2026

iFAMB@SEN2026 – International Agrofood and Biotechnology Festival @ Special Education Needs 2026 Returns!

2026 Edition: Innovation Competition, Research Paper Presentations, Entrepreneurship Competition, and CSR Activities.

Organized by: Institute of Brunei Technical Education (IBTE) in collaboration with Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) and the Curriculum Division, JPPKK.

Strategic Partners: Universitas Hasanuddin (UNHAS), Beijing Vocational College of Agriculture (BVCA), and the Southeast Asian Food & Agricultural Science & Technology Center (SEAFAST Center), IPB University.

📅 Date:
29–30 July 2026 – Research Paper Presentations (Online)
2–4 August 2026 – Main Event
2 August 2026 – CSR Programme
3 August 2026 – Innovation and Entrepreneurship Competitions

📍 Venue: Dewan Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

Read full details here:
https://sites.google.com/polisas.edu.my/ifamb2026/

PROGRAM BICARA KERJAYA ALUMNI, JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN, POLISAS10 April 2026 | Jumaat - Program Bicara Kerjaya Alumni ...
13/04/2026

PROGRAM BICARA KERJAYA ALUMNI, JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN, POLISAS

10 April 2026 | Jumaat - Program Bicara Kerjaya Alumni telah dilaksanakan secara atas talian melalui platform Google Meet dengan penyertaan pelajar semester 1 Diploma Teknologi Makanan (Pengurusan Halal) Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan halal.

Penceramah program ini adalah Pn Nur Aqilah binti Mat Sharif, Peg. Pengurusan Halal, JAIS yang juga merupakan alumni Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS. Perkongsian ini telah membantu pelajar memahami realiti dunia pekerjaan, keperluan industri serta kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran kerjaya serta menyokong agenda kebolehpasaran graduan.

Bhg Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Politeknik.kolejkomuniti
Kerajaan Negeri Pahang
I ♥ PAHANG

9 April 2026 | Khamis - Satu lawatan industri telah diadakan ke Rompine Integrated Pineapple Industries (RIPI), Rompin, ...
13/04/2026

9 April 2026 | Khamis - Satu lawatan industri telah diadakan ke Rompine Integrated Pineapple Industries (RIPI), Rompin, Pahang. Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang pelajar dan 4 orang pensyarah dari Jabatan Teknologi Makanan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Program ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan akademik pelajar yang mengikuti kursus Beverages Technology (DMT50523) Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang teknologi pemprosesan buah nanas yang digunakan dalam industri. Pelajar dapat memahami proses penyediaan buah nanas untuk pasaran, termasuk teknik pemprosesan moden yang digunakan dalam penghasilan produk berasaskan nanas seperti minuman. Lawatan ini juga membantu pelajar mengaitkan teori yang dipelajari di dalam kelas dengan aplikasi sebenar di industri.

Selain itu, lawatan ini dapat meningkatkan pengetahuan serta kefahaman pelajar dalam bidang teknologi minuman. Pengalaman secara langsung ini juga dapat membina keyakinan pelajar serta mempersiapkan mereka untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi manfaat dari segi pendedahan industri dan perkembangan akademik pelajar.

Bhg Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Politeknik.kolejkomuniti
Kerajaan Negeri Pahang
I ♥ PAHANG

LAWATAN PENILAIAN BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN PENGURUSAN HALAL (DMH), JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN POLISAS7 Apri...
07/04/2026

LAWATAN PENILAIAN BAGI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN PENGURUSAN HALAL (DMH), JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN POLISAS

7 April 2026 | Selasa - Selamat Datang kepada YBrs. Prof Madya TS Dr. Farhan binti Mohd Said dan En. Muhammad Izzat Hakim bin Mustaffa, Panel Penilai Conversion to TVET Sector sempena Lawatan Penilaian Bagi Program Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal (DMH), Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS.

MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ), JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN POLISAS3 April 2026 | Jumaat - Sekalung tahniah diucapkan...
07/04/2026

MAJLIS ANUGERAH KETUA JABATAN (AKJ), JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN POLISAS

3 April 2026 | Jumaat - Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar Jabatan Teknologi Makanan yang telah diraikan dalam Majlis Anugerah Ketua Jabatan yang bertempat di Dewan Sri Mahkota, POLISAS.

Seramai 308 orang pelajar telah berjaya menerima Anugerah AKJ sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan komitmen tinggi sepanjang pengajian.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Teruskan usaha dan capai impian anda!






Bhg Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

TERIMA KASIH PUSAT ISLAM POLISAS2 April 2026 | Khamis - Penyerahan 20 salinan 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir Surah Al...
02/04/2026

TERIMA KASIH PUSAT ISLAM POLISAS

2 April 2026 | Khamis - Penyerahan 20 salinan 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir Surah Al-kahfi oleh Pusat Islam POLISAS yang telah disampaikan oleh Saudara Irsyad Adib bin Din (Pelajar intern dari Fakulti Quran dan Sunnah, USIM) kepada Ts. Nor Azian bin Nordin @ Radin, Ketua Jabatan Teknologi Makanan, POLISAS.

Address

Jabatan Teknologi Makanan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Kuantan Darul Makmur
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Teknologi Makanan POLISAS_Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Teknologi Makanan POLISAS_Official:

Share