Penerangan Bersatu Bahagian Maran, Pahang

Penerangan Bersatu Bahagian Maran, Pahang BERSATU BAHAGIAN MARAN

10/10/2024

Kenyataan Media

Saya ingin menarik perhatian umum terhadap laporan akhbar The Star bertarikh 8 Oktober 2024 mengenai program sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kelasi dan kadet kapal Tentera Laut RRC sewaktu mereka melaksanakan aktiviti ‘port-call’ di Jeti Swettenham, George Town, Pulau Pinang.

Dilaporkan bahawa Dato Seri Law Choo Kiang, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sendiri telah menerima kunjungan hormat daripada dua (2) Komander People’s Liberation Army Navy (PLAN) Task Group 83 serta berlakunya program ‘Civil-Military Relations’ oleh kelasi dan kadet Tentera Laut RRC ke sekolah swasta Chung Ling High dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti.

Sebenarnya pelaksanaan aktiviti ‘port-call’ oleh tentera laut asing di Malaysia adalah amalan yang biasa dilakukan. Samada tentera laut asing ini dalam transit antara benua ataupun selepas selesai pelaksanaan aktiviti eksesais ketenteraan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dari cabang perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Walau bagaimanapun, melalui pemerhatian saya, aktiviti ‘port-call’ yang dibuat oleh PLAN Task Group 83 ini adalah sesuatu yang di luar norma kebiasaan. Kenapa saya katakan begitu adalah:

(1) Dua buah kapal besar PLAN Task Group 83 yang melaksanakan ‘port-call’ ini iaitu Kapal Qi Jiguang dan Kapal Jinggang Shan telah melaksanakan ‘port-call’ secara bersama dalam satu masa di Pulau Pinang, walaupun sebenarnya tiada keperluan lojistik untuk mereka melaksanakan ‘port-call’ ini di Pulau Pinang mengambil kira kesiagaan beberapa pelabuhan PLAN yang dibina secara haram di Kep**auan Spratlys di Laut China Selatan yang mampu menyokong keperluan lojistik atau ‘replenishment’ dua buah kapal ini; dan

(2) Sambutan luar biasa dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada kelasi dan kadet Tentera Laut RRC yang sebelum ini jarang-jarang melaksanakan aktiviti ‘port-call’ di pelabuhan awam di Malaysia, apatah lagi aktiviti ‘port call’ yang dibuat oleh Task Group 83 ini tidak dibuat sempena pelaksanaan eksesais dengan ATM atau TLDM.

Saya berpandangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia kenapa dan apakah rasional sambutan luar biasa yang diberikan kepada kelasi dan kadet Tentera Laut RRC ini? Saya juga sangat musykil akan pemilihan pelabuhan Pulau Pinang oleh Task Group 83 dari RRC ini sebagai pelabuhan persinggahan berbanding pelabuhan lain di Malaysia seperti di Pelabuhan Klang ataupun Pelabuhan Langkawi.

Tindakan sambutan luar biasa oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia serta tidak sensitif terhadap isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan mengambil kira PLAN China ini secara 24 jam meletakkan aset kapal tentera laut mereka dengan disokong oleh pasukan pengawal pantai RRC di kawasan Beting Patinggi Ali dalam usaha mereka menuntut wilayah berkenaan sebagai wilayah laut RRC.

Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Ahli Parlimen Tanah Merah
Ketua Portfolio Pertahanan
Parti Perikatan Nasional

10 Oktober 2024.

Majlis Ramah Mesra Kepimpinan Tertinggi Bersatu Pahang.6/10/2024 (Ahad)8.30 malamSara Thai Kitchen, Jalan Gambut, Kuanta...
06/10/2024

Majlis Ramah Mesra Kepimpinan Tertinggi Bersatu Pahang.

6/10/2024 (Ahad)
8.30 malam
Sara Thai Kitchen, Jalan Gambut, Kuantan

Sesi memperkenalkan Calon Armada, Srikandi dan AMPT yang akan bertanding dalam Persidangan Perwakilan Bersatu Malaysia.

Tahniah YB Dato Jasri Jamaluddin, YB ADN Kuala Sentul merangkap KB Bersatu Bahagian Maran calon AMPT No 49...moga berjaya

Isnin 16 September 2024PRK DUN Mahkota : Bertekad MenangOleh Daud IbrahimKITA sudah merasakan betapa peritnya apabila ka...
16/09/2024

Isnin 16 September 2024
PRK DUN Mahkota : Bertekad Menang
Oleh Daud Ibrahim

KITA sudah merasakan betapa peritnya apabila kalah dalam PRU, PRN dan PRK.

Ketika kalah di PRK DUN Kuala Kubu Bharu dan PRK DUN Nenggiri, kita dihina oleh mereka.

Mereka buat kerja, untuk menang dengan ‘menyalahgunakan kuasa’.

Mereka guna jentera kerajaan dan ada yang mendakwa ‘dapat duit lagi’ kalau mengundi parti mereka.

Perikatan Nasional (PN) parti yang tidak berduit.

Kita bukan parti DAP, PKR, PAN atau BN.

Kesemua parti ini banyak duit dan Presiden parti mereka tidak didakwa di mahkamah kerana menerima sumbangan dari mana-mana syarikat, individu atau sumber-sumber lain.

Setakat ini hanya Presiden Bersatu sahaja yang disiasat dan didakwa.

Pertama kali berlaku dalam sejarah poliitk Malaysia, yang kononnya bertamadun.

Parti politik tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan.

Ini ada undang-undang yang menghalangnya.

Jadi, parti politik boleh menerima derma dan sumbangan.

Malangnya, mereka menyeret Presiden Bersatu, kalau tak silap saya namanya YB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ke mahkamah.

Kita di bawah ini, mestilah bertekad untuk bekerja bagi memenangkan calon yang dipilih parti, bagi ‘meringankan’ tekanan demi tekanan yang dikenakan terhadap Bersatu dan Perikatan Nasional.

Mereka seolah-olah mahu menghabiskan riwayat politik TSMY.

Mereka tahu, insan bernama Muhyiddin Mohd Yassin ini ‘tidak mudah digula-gula’.

Jadi, sedaya upaya mereka mahu memalukannya, menyusahkannya dan menjatuhkannya.

Dengan cara itu, akan berakhirlah politik insan ini.

Itu rancangan mereka.

Mereka tidak tahu rancangan TSMY p**a.

Mereka juga tidak akan dapat mengatasi rancangan Allah SWT terhadap Muhyiddin.

Jadi, yakinlah ahli-ahli di bawah, kita jangan menoleh ke belakang lagi.

Kita kena bekerja keras bagi mencapai kemenangan.

Kemenangan dalam PRK DUN Mahkota ini bakal menyuntik semangat seluruh ahli parti dari seluruh negara untuk terus ‘bangkit dan berjuang’ walaupun dalam keadaan kepayahan dan kesusahan.

Susah senang kita di bawah, hanya kita yang tahu.

Kita bergerak dengan kerelaan dan belanja sendiri.

Jika tidak ikhlas, nescaya kita dan parti kita akan terus diinjak oleh mereka yang sedang dibuai kekuasan dan kemewahan.

Di Malaysia, jika kita sedia dijadikan terompah kayu, kita pun boleh ‘menumpang kuasa’ dan mengumpul kekayaan.

Tetapi, parti dan perjuangan ini adalah perjuangan bermaruah dan berintegriti.

Bukan semua orang boleh bertahan duduk dalam Bersatu.

Yang tidak jujur dan kurang ikhlas, akan pergi dengan sendirinya.

Mereka tidak sesuai duduk di sini.

Mereka akan p**ang ke lubuk asal mereka kerana di sana ada apa yang mereka mahukan kecuali kejujuran dan keikhlasan.

Buatlah kerja untuk mencapai kemenangan.

Walaupun kemenangan Coach Haizan ini bukan kemenangan kita, tetapi ia kemenangan perjuangan kita.

Jauh di sudut hati kita, kita akan merasa puas apabila parti kita menang PRK, menang PRN dan menang PRU. Bersatu adalah parti yang ‘luar biasa’ walaupun kita merupakan sebuah parti baru dan sebuah parti yang kecil.

Sokongan dari rakyat Malaysia dan simpatisan dari pelbagai golongan menyebabkan Bersatu pernah melahirkan dua PM dan dua MB di Johor.

Ini bukan parti kaleng-kaleng (Mohon like & share)


Ye ke..jika benar, kenapa kenyataan hari tu xde pun perkataan "kebimbangan kpd yg bukan islam".Tak payahlah nak manip**a...
08/09/2024

Ye ke..jika benar, kenapa kenyataan hari tu xde pun perkataan "kebimbangan kpd yg bukan islam".

Tak payahlah nak manip**asikan apa2 kenyataan lagi wahai nyonya tua. Sebaiknya pihak berwajib ambil tindakan kpd beliau. Jika pembangkang sentuh isu 3R, xdan seminit terus laju buat keje. Inilah kerajaan madanon!!

*Selamat Menyambut Ulang Tahun BERSATU ke-8**Pesan saya kepada ahli-ahli BERSATU, walau ribut dan badai melanda, walau k...
08/09/2024

*Selamat Menyambut Ulang Tahun BERSATU ke-8*

*Pesan saya kepada ahli-ahli BERSATU, walau ribut dan badai melanda, walau kilat dan halilintar menggoncang alam semesta, istiqamahlah dalam perjuangan ini. Jika bukan anda, siapa lagi yang akan menjulang obor dan panji-panji perjuangan suci demi agama, bangsa dan tanah air ini.*

*BERSATU! BERSATU! BERSATU!*

8 September 2024

28/08/2024

Team Bersatu Bahagian MARAN Bersolidariti bersama Tan Sri Presiden Muhyiddin Yassin 💪🏻

Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang memutuskan untuk TOLAK 2 tuntutan Pendakwaan terhadap YB Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu:

1. Perintah larangan untuk bercakap berkenaan kes (gag order) - DITOLAK ❌

2. Ikat jamin sebanyak RM20,000 - DITOLAK ❌ dan hanya dikenakan sebanyak RM 5,000.

Syabas dan terima kasih buat pasukan peguam yang membela Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi penghujahan yang amat baik dan meyakinkan.

Kita doakan bahawa Tan Sri Muhyiddin sekeluarga terus tabah dalam berdepan dengan ujian ini 🤲🏻
InsyaAllah

YOU ARE NOT ALONE TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN19hb Ogos 202410:40am IsninHari ini ditekan kiri dan kanan depan belakang tapi...
19/08/2024

YOU ARE NOT ALONE TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
19hb Ogos 2024
10:40am Isnin

Hari ini ditekan kiri dan kanan depan belakang tapi Tan Sri yg saya kenali beliau adalah seorang yg kuat memegang prinsip tidak mencampuri urusan yg bukan dalam bidang kuasanya dan inilah yg sepatutnya rakyat sokong dan lihat dengan mata hati dimana semasa Tan Sri Muhyiddin sedang berkuasa sebagai PM beliau kekal tidak mencampuri urusan yg bukan didalam bidang kuasanya

Contohnya apabila menggunakan kuasa untuk membawa penama utk dipersembahkan kepada YDPA maka setelah diperkenankan maka putus sudah segala urusan bidang kuasanya dan selebihnya diserahkan kepada penama yg telah dilantik untuk membuat keputusan

Ini memang berlaku….Kami sudah lihat Tan Sri dengar dan ikut apa yg rakyat mahukan! JANGAN CAMPUR URUSAN YG BUKAN BIDANG KUASANYA

Banyak perihal semasa era kepimpinan beliau ditekan oleh pihak tertentu bagi tujuan atau bahasa mudah difahami bagi mendesak Tan Sri campur tangan tetapi kita tahu beliau kekal dengan prinsip tidak mencampuri

Disinilah terdapatnya golongan yg tidak gembira dengan prinsip yg dipegang oleh Tan Sri selaku pemimpin dan saya percaya adakala dikalangan penyokong juga tidak semua gembira dengan prinsip yg dipegang tetapi apabila kita memikirkan ia adalah sesuatu yg baik untuk kepentingan rakyat kebanyakan dibawah maka kita sepatutnya perlu ketepikan kehendak nafsu peribadi

Memang benarlah apa yg agama kita pesan untuk menjadi seorang pemimpin yang adil tanpa mengadai prinsip asas asas agama bukanlah mudah untuk kita disukai oleh golongan (kump**an) tertentu

Sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu Kita tetap akan mempertahankan institusi diRaja dan pada masa yg sama kita rakyat perlu juga bersuara membela mereka mereka yg berkata benar seperti Tan Sri Muhyiddin!

Semua pihak perlu memainkan peranan demi masa depan Agama Bangsa & Negara Malaysia

“Memilih Tempat Mandi Pertama Pertama Teluk Kedua Pantai,Mahu Memilih Pemimpin Sejati Pertama ELOK kedua PANDAI”

“Your Are Not Alone Tan Sri” Kami bersama Anda

10/07/2024

KENYATAAN PENGERUSI PERIKATAN NASIONAL

1. Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU) telah menerima surat bertarikh 9 Julai 2024 lewat petang semalam daripada YB YDP Speaker Parlimen yang menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi bekas Ahli BERSATU.

2. Keputusan YB Speaker tersebut adalah amat mengecewakan kerana dengan jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan. Keputusan YB Speaker dengan memberikan alasan-alasan dangkal dan tafsiran songsang menunjukkan YB Speaker telah mencemar Perlembagaan Persekutuan sedangkan beliau telah berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara.

3. Peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik tersebut.

4. Dalam situasi ini, jelas bahawa enam Ahli Dewan Rakyat tersebut di sini tidak lagi menjadi ahli BERSATU berikutan dengan peruntukan- peruntukan perlembagaan BERSATU.

5. Di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, apa-apa pentafsiran perlembagaan parti politik oleh parti tersebut adalah muktamad dan konklusif. Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU telah pun memutuskan bahawa enam ahli Dewan Rakyat ini adalah telah terhenti keahliannya. Pentafsiran BERSATU terhadap perkara ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan.

6.Keputusan YB Speaker adalah bercanggah dengan peruntukkan undang-undang dan telah bertindak di luar bidang kuasa beliau dalam membuat tafsiran yang songsang. Hanya mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan.

7. Untuk YB P.166 Labuan p**a, YB Speaker memberikan alasan remeh dan enggan mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut setelah YB P.166 Labuan tersebut memulakan tindakan mahkamah yang juga menyalahi peruntukan Perlembagaan BERSATU.

8.Saya menyeru YB Speaker untuk menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia yang bertujuan mengekang perbuatan-perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihanraya. Seperti mana kata-kata YB Speaker semasa beliau menjadi pembangkang yang dipetik dalam hansard Dewan Rakyat bertarikh 27 Julai 2022 di muka surat 85, ketika membahaskan RUU Pindaan Perlembagaan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti, “Inilah satu-satunya undang-undang yang boleh menyekat kita daripada terus menjahanamkan negara kita. Tidak kiralah sama ada sebelah sini (pembangkang) atau sebelah sana (kerajaan) tetapi ini harus terhenti di sini.” Hakikatnya, keputusan YB Speaker ini sendiri telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti.

9. Sehubungan itu, BERSATU memutuskan untuk mengambil langkah- langkah susulan dengan melantik pakar-pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Parti BERSATU.

10. Perikatan Nasional mengingatkan semua parti politik dan ahli dewan rakyat bahawa kita telah meluluskan pindaan perkara 49A secara sebulat suara. Maka, tindakan YB Speaker membuat tafsiran yang mencemar peruntukan lompat parti tersebut harus dicela.

TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Pengerusi Perikatan Nasional
10 Julai 2023

Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk tidak meneruskan penjualan saham MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRo...
26/06/2024

Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk tidak meneruskan penjualan saham MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock, iaitu sebuah syarikat yang menyokong rejim zionis Israel serta menyumbang secara langsung kepada jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.

Keputusan untuk meneruskan penjualan saham MAHB kepada GIP adalah tindakan tidak bermaruah yang menggadaikan prinsip serta dasar Malaysia yang selama ini mendokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim zionis Israel.

Alasan Perdana Menteri bahawa ekonomi negara akan terjejas sekiranya Malaysia memutuskan hubungan dengan syarikat berkaitan Israel adalah satu alasan yang jelek, lemah dan memalukan.

Setahu saya, Khazanah Nasional selaku syarikat milik penuh kerajaan yang mengurus dana kekayaan berdaulat Malaysia memegang mandat untuk membuat pelaburan yang selari dengan kepentingan ekonomi dan sosial negara. Selain itu, Khazanah Nasional juga merupakan pihak yang menandatangani Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang secara jelas meletakkan tanggungjawab kepada pelabur institusi untuk menghormati hak asasi manusia dalam sebarang keputusan pelaburan mereka.

Bukankah genosid ke atas rakyat Palestin adalah suatu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang terang, jelas dan nyata? Bukankah atas alasan ini sahaja Khazanah Nasional dan Kerajaan Malaysia sepatutnya membatalkan urusniaga penjualan saham MAHB kepada GIP kerana urusniaga tersebut melanggar Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang ditandatangani oleh Khazanah Nasional sendiri?

Malah, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam kenyataan pada 20 Jun 2024 menyifatkan penghantaran senjata ke Isreal sebagai pencabulan ke atas hak asasi manusia dan jenayah genosid. UNHRC mendesak supaya syarikat-syarikat pengeluar senjata menghentikan penghantaran senjata ke Israel dan menyifatkan institusi kewangan yang melabur dalam syarikat-syarikat ini termasuk BlackRock sebagai bersekongkol melakukan jenayah genosid.

Atas alasan ini sahaja Kerajaan Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk tidak meneruskan urusniaga penjualan saham MAHB kepada GIP.

Tidakkah terdetik di hati Perdana Menteri perasaan bersalah dan berdosa kerana bersekongkol dengan pihak yang melakukan pembunuhan ke atas umat Islam? Ia bukan soal untung dan rugi duniawi sahaja, tetapi suatu obligasi moral dan agama untuk memelihara maruah dan nyawa umat Islam.

Ada yang kata semasa saya menjadi Perdana Menteri, BlackRock terlibat dalam mengurus sejumlah dana KWSP. Oleh kerana tindakan tersebut boleh dibuat pada masa itu, kenapa ia tidak boleh dibuat sekarang?

Ini satu alasan yang lemah dan dangkal. Sebagai pengurus dana, tidak ada satu sen pun saham syarikat strategik negara dijual kepada syarikat tersebut pada masa itu.

Jangan jadikan penglibatan BlackRock sebagai pegurus dana KWSP pada tahun 2021 sebagai alasan untuk menghalalkan penjualan saham MAHB kepada syarikat yang menyumbang secara langsung kepada jenayah genosid ke atas rakyat Palestin yang bermula pada bulan Oktober 2023 dan masih berlarutan hingga ke hari ini.

KERANA BLACKROCK, TOP 2 GUN UMNO  SEMAKIN BERANTAKAN !Tidak sampai 24 jam kenyataan Timbalan Presiden UMNO berani bersua...
25/06/2024

KERANA BLACKROCK, TOP 2 GUN UMNO SEMAKIN BERANTAKAN !

Tidak sampai 24 jam kenyataan Timbalan Presiden UMNO berani bersuara membantah BlackRock, terus disanggah Presiden UMNO bahawa parti itu senada dengan PMX.

Apa sudah terjadi ?

Sekarang ini rakyat apatah lagi akar umbi parti UMNO semakin keliru. Pendirian UMNO ini jelas atau tidak ?

Tidak mengapalah, paling penting BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) berpendirian sangat jelas.

Kerajaan PMX sewajibnya menolak terus pemberian sebahagian saham MAHB. Sangat pelik syarikat yang mencipta keuntungan, tiba-tiba dipelawa untuk memiliki saham, pelik tak?

Kalau di pasaran terbuka di Bursa Saham, semua memahami dan mengetahuinya.

Soalnya kepentingan MAHB adalah sangat strategik, pintu utama negara serta berprofil tinggi dari aspek keselamatan.

Apakah tiada cara terbaik untuk membuat keuntungan lain?

Razali Idris
Ahli Dewan Negara
Ketua Penerangan BERSATU

PENJUALAN SAHAM MAHB KEPADA ENTITI MILIK SYARIKAT PRO-ZIONIS BLACKROCK: MAD HASAN SAHKAN ANWAR TAK BINCANG DALAM MESYUAR...
24/06/2024

PENJUALAN SAHAM MAHB KEPADA ENTITI MILIK SYARIKAT PRO-ZIONIS BLACKROCK: MAD HASAN SAHKAN ANWAR TAK BINCANG DALAM MESYUARAT KABINET

Mad Hasan kantoikan Anwar, jelas Pengerusi Khazanah hanya bincang dengan Menteri Kewangan dan kedua mereka hanya bincang dengan PM10 tanpa bawa ke kabinet.

Anwar bawa cadangan kepada Anwar, Anwar dan Anwar bincang dengan Anwar, dan Anwar bersetuju untuk jual saham MAHB kepada entiti milik syarikat BLACKROCK!

Yang jelasnya, seperti mana Umdap GAGAL PERTAHANKAN KES RAYUAN KALIMAH ALLAH, Umdap juga nampak LEMAH dalam kes penjualan saham MAHB kepada entiti milik syarikat BLACKROCK ini..

MAHB dan 29 lapangan terbang dalam Malaysia, BUKAN bapak Anwar yang punya. Kenapa Anwar buat keputusan seolah-olah MAHB dan 29 lapangan terbang yang merupakan ASET STRATEGIK NEGARA macam harta bapak dia?

Suka-suka hati dia heret RAKYAT MALAYSIA, KWSP, KHAZANAH bersubahat dengan entiti syarikat BLACKROCK membunuh rakyat Palestin dan merampas tanah air rakyat Palestin..

Duit Kwsp RAKYAT MALAYSIA digunakan untuk bersubahat dengan syarikat pro-Zionis.

JANGAN KITA HALALKAN. PASTIKAN KITA TUNTUT DI PADANG MAHSYAR NANTI.

JANGAN KITA BERSUBAHAT. LAWAN! KATAKAN:

TIDAK! KEPADA BLACKROCK!,

TIDAK! KEPADA SYARIKAT ASING PRO ZIONIS!,

TIDAK! KEPADA PEMBUNUHAN KEJAM, GENOSID RAKYAT PALESTIN!

Address

B42, Jalan Gambut
Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan Bersatu Bahagian Maran, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share