30/08/2026
SESI LIBAT URUS BERSAMA PENGEKSPORT DURIAN SEJUK BEKU KE CHINA
PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2026
π
29 Ogos 2026 (Sabtu)
π Bilut Agro Farm, Bentong, Pahang
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Pengeksport Durian Sejuk Beku ke China Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 pada 29 Ogos 2026 bertempat di Bilut Agro Farm, Bentong, Pahang.
Sesi libat urus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Zailina binti Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Turut hadir dan menyertai sesi ini ialah Timbalan Pengarah Cawangan Pre Market Approval, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Pegawai Teknologi Makanan serta Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran.
Penganjuran sesi libat urus ini mempunyai tiga objektif utama, iaitu:
1. Memberi kefahaman komprehensif berhubung syarat dan kawalan rasmi pengeksportan, khususnya syarat Compliance Listing for Export of Frozen Durian to China di bawah kawalan Kementerian Kesihatan Malaysia.
2. Menekankan pematuhan sistem kebolehkesanan produk (traceability) yang perlu dilaksanakan dan dikawal selia dengan berkesan dari peringkat ladang sehingga ke pengguna.
3. Mewujudkan platform perbincangan dua hala yang terbuka bagi membincangkan cabaran dan isu yang dihadapi dalam pengeksportan durian sejuk beku ke China.
Pada masa ini, sebanyak 20 premis pemprosesan durian sejuk beku di negeri Pahang telah mendapat kelulusan penyenaraian bagi tujuan pengeksportan ke China di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan General Administration of Customs of the Peopleβs Republic of China (GACC).
Pencapaian ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan pengusaha industri durian di negeri Pahang dalam memenuhi keperluan keselamatan dan kualiti makanan serta mematuhi keperluan eksport yang ditetapkan oleh pihak berkuasa China.
Sesi libat urus ini diharap dapat terus memperkukuh kerjasama antara pihak berkuasa dan pemain industri dalam memastikan pematuhan berterusan, meningkatkan daya saing industri serta menyokong kelestarian pasaran eksport durian sejuk beku Malaysia ke China.
# Makanan Selamat Tanggungjawab Bersama