Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang Laman Facebook Rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

13/05/2026
13/05/2026
12/05/2026
12/05/2026
๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š ๐ค๐ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซKerajaan Negeri Pahang telah menerima lawatan rasmi M...
11/05/2026

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐š๐ง๐š๐ง ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š ๐ค๐ž ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐ƒ๐š๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐Œ๐š๐ค๐ฆ๐ฎ๐ซ

Kerajaan Negeri Pahang telah menerima lawatan rasmi Menteri Kanan Singapura, TYT Lee Hsien Loong dan isteri, ke Negeri Pahang Darul Makmur dari 4 hingga 7 Mei 2026.

Turut hadir ialah Menteri di Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, TYT Zhulkarnain Abdul Rahim, Ahli Parlimen Singapura, Puan Joan Pereira, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia, TYT Vanu Gopala Menon, serta pegawai kanan kerajaan Malaysia dan Singapura.

Lawatan rasmi selama empat hari ini merangkumi majlis dan program seperti:

๐Ÿ“Lawatan ke Malayan Tiger Conservation Centre, Lanchang, Pahang

๐Ÿ“Majlis Menghadap Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta Majlis Santapan Tengah Hari di Istana Abdulaziz, Kuantan.

๐Ÿ“Lawatan ke sekitar daerah Kuantan seperti Esplanade Kuantan, Menara 188 dan Kuantan Art Street.

๐Ÿ“Kunjungan hormat Menteri Kanan Singapura kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

๐Ÿ“Lawatan ke Penjara Penor bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bagi melawat Bengkel Tenun Pahang Diraja.

๐Ÿ“Jamuan Diraja di Gerabak Jaman Tory, Pekan.

๐Ÿ“Lawatan ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak, khususnya urus setia daripada jabatan dan agensi yang terlibat, atas komitmen, kerjasama dan usaha yang dicurahkan dalam memastikan lawatan rasmi ini berjalan lancar dan jayanya.


๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐Š๐š๐ฎ๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐€๐Š๐‘๐€๐ ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pejabat Setiaus...
11/05/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐€๐ฌ๐š๐ฌ ๐Š๐š๐ฎ๐ง๐ฌ๐ž๐ฅ๐ข๐ง๐  ๐€๐Š๐‘๐€๐ ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐›๐š๐ ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang melalui Unit Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Peningkatan Kemahiran Asas Kaunseling AKRAB Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang Tahun 2026 yang berlangsung dari 4 hingga 6 Mei 2026 di Bentong.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman serta kemahiran asas kaunseling individu dan kelompok. Selain itu, program ini turut berperanan melahirkan ahli AKRAB yang berdaya saing dalam mengendalikan isu berkaitan penjawat awam Negeri Pahang, di samping membina keyakinan diri dan kepercayaan terhadap ahli AKRAB sebagai imej unggul yang boleh dicontohi dalam organisasi.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti ceramah motivasi serta sesi perkongsian pengalaman daripada pakar yang menekankan aspek komunikasi berkesan, keseimbangan emosi, peningkatan produktiviti dan pembentukan hubungan kerja yang harmoni.

Kursus ini telah disertai oleh 30 peserta yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan gred di jabatan serta agensi di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang. Turut terlibat ialah ahli-ahli AKRAB yang telah dilantik oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang serta pegawai psikologi jemputan.

Semoga semangat positif yang dikongsi sepanjang kursus ini terus menyuburkan budaya kerja yang sihat, sejahtera dan produktif, sekali gus memperkasa aspirasi Pahang 1st.



๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua yang bergelar ibu atas jasa, pengorbanan dan kasih sa...
09/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua yang bergelar ibu atas jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan dalam membentuk keluarga yang sejahtera serta melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Peranan ibu amat besar dalam pembangunan masyarakat dan negara. Kecekalan, ketabahan serta dedikasi yang ditunjukkan dalam mendidik dan membimbing anak-anak menjadi asas kepada pembentukan modal insan yang berkualiti dan masa depan yang mampan.

Semoga seluruh ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan berpanjangan serta terus diberi kekuatan dalam meneruskan amanah yang amat mulia ini.



๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ฒ ๐€๐ฅ๐ž๐ซ๐ญ ๐Ÿ•/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก
08/05/2026

๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ ๐ซ๐ข๐ญ๐ฒ ๐€๐ฅ๐ž๐ซ๐ญ ๐Ÿ•/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐Š๐ž๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก๐š๐ง ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐‘๐š๐ฌ๐ฎ๐š๐ก


๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ (๐‰๐Š๐€) ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”4 Mei 2026 โ€“ YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato...
05/05/2026

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐€๐ฎ๐๐ข๐ญ (๐‰๐Š๐€) ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

4 Mei 2026 โ€“ YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Datoโ€™ Sri Nazri bin Abu Bakar telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Kerajaan Pahang Bilangan 1 Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Unit Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.

Turut hadir ialah YB Penasihat Undang-Undang, Datoโ€™ Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YH Datoโ€™ Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, ketua-ketua jabatan dan agensi, setiausaha-setiausaha bahagian serta pegawai-pegawai kerajaan yang berkaitan.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penemuan audit, tahap pematuhan terhadap prosedur kewangan yang ditetapkan, serta langkah penambahbaikan bagi memastikan peraturan yang berkuat kuasa sentiasa dipatuhi.

Selain itu, mesyuarat ini turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan dalam usaha memperkukuh aspek akauntabiliti, integriti dan ketelusan organisasi, selaras dengan amalan tadbir urus terbaik.


05/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฃ๐—ฃ๐—ฆ๐—”): ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐——๐—•๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐Ÿญ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฃ๐—ฃ๐—ฆ๐—”): ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐——๐—”๐—ฌ๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—”๐—ช๐—”๐— 

PPSA berperanan sebagai dokumen induk yang menjelaskan hala tuju, prinsip dan kerangka umum pembaharuan sektor awam, manakala SPPSA berfungsi sebagai surat pekeliling mengikut bidang pengkhususan yang memperincikan pelaksanaan sesuatu fokus pembaharuan.

Bagi menyokong pelaksanaan secara lebih dinamik dan responsif, Instrumen Operasi mengikut modul akan dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan panduan pelaksanaan secara lebih spesifik.

Pendekatan baharu ini meneruskan agenda pemodenan dan perancangan pengurusan yang telah dijenamakan semula sebagai pembaharuan tadbiran selari dengan perkembangan dan hala tuju reformasi sektor awam.

Pautan: https://www.jpa.gov.my/ppsa-sppsa

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pekerja khususnya w...
01/05/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pekerja khususnya warga perkhidmatan awam Negeri Pahang yang sentiasa komited, berdedikasi serta berusaha gigih dalam memacu pembangunan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan terus diberkati serta menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama.

โ€œPekerja Madani Kesuma Bangsaโ€


Address

Wisma Sri
Kuantan
25503

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share