Jabatan Kejuruteraan Awam

Jabatan Kejuruteraan Awam Halaman rasmi Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Premier Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Menyediakan maklumat program, aktiviti, dan hebahan terkini jabatan.

SELESAI SUDAH SKETCH-IT-UP! โœจ๐ŸŽจSelesai sudah pelaksanaan ELECTIVE 1 COURSE YEAR 1 MBBS, 2026 โ€” SKETCH-IT-UP bersama seora...
10/09/2026

SELESAI SUDAH SKETCH-IT-UP! โœจ๐ŸŽจ

Selesai sudah pelaksanaan ELECTIVE 1 COURSE YEAR 1 MBBS, 2026 โ€” SKETCH-IT-UP bersama seorang pelajar Universiti Cyberjaya.
Program yang berlangsung selama 40 jam ini telah dilaksanakan bermula 3 hingga 14 Ogos 2025 di bawah seliaan TS. Hajjah Azharina binti Azman dan Dr. Nor Suraya Aini binti Ngah dari Program Senibina JKA POLISAS.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar Tengku Adam Qaeis Tengku Azman yang telah memberikan komitmen sepanjang program ini! ๐Ÿ‘๐Ÿป๐ŸŽ‰

Semoga kolaborasi seperti ini akan terus terjalin dan membuka lebih banyak peluang kerjasama yang menarik pada masa akan datang. ๐Ÿคโœจ
Semoga semua pelajar terus cemerlang, berjaya dan membawa pengalaman serta ilmu yang diperoleh ke peringkat seterusnya. ๐ŸŽ“๐ŸŒŸ
Jumpa lagi dalam kolaborasi yang akan datang! ๐Ÿ’™

PROGRAM MENCERIAKAN APPLE CLASSROOM POLISAS ๐ŸŽจ๐ŸงนPada Selasa, 25 Ogos 2026, telah berlangsung Program Menceriakan Apple Cla...
09/09/2026

PROGRAM MENCERIAKAN APPLE CLASSROOM POLISAS ๐ŸŽจ๐Ÿงน

Pada Selasa, 25 Ogos 2026, telah berlangsung Program Menceriakan Apple Classroom POLISAS yang melibatkan pelajar daripada subjek elektif DCA50502 โ€“ Architecture Communication.

๐Ÿ“ Lokasi: Apple Classroom, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

Program yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini melibatkan kerja-kerja pembersihan, mengecat dan menceriakan ruang Apple Classroom bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kemas, selesa dan kondusif.

Program ini turut mendapat kerjasama dan sokongan daripada:

โ€ข Hj. Faizal bin Abu Samah โ€“ Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam
โ€ข Pn. Farida Binti Zakaria โ€“ Ketua Program Diploma Senibina
โ€ข Pn. Nasriah Ashikin binti Mat Nadzir โ€“ PIC Apple Classroom
โ€ข En. Mohammed Haidar Bin Azaman & En. Adi Faiz Bin Ramlan โ€“ Pensyarah Architecture Communication
โ€ข En. Afizi Bin Abdul Fatah โ€“ Penyediaan peralatan

Melalui program ini, para pelajar berpeluang untuk menyumbang tenaga dan bekerjasama dalam usaha memperindahkan ruang pembelajaran. Selain itu, program ini turut menerapkan nilai kerjasama, tanggungjawab, semangat kesukarelawanan serta keprihatinan terhadap kemudahan institusi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak serta pelajar yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Bersama-sama menyumbang, bersama-sama menceriakan!

๐Ÿ“ Majlis Meraikan Persaraan Puan Hajjah Noor Lida binti Jusoh ๐Ÿ“… 28 Ogos 2026 ๐Ÿ“Œ Bilik Mesyuarat JKA & Mega View HotelWarg...
01/09/2026

๐Ÿ“ Majlis Meraikan Persaraan Puan Hajjah Noor Lida binti Jusoh
๐Ÿ“… 28 Ogos 2026
๐Ÿ“Œ Bilik Mesyuarat JKA & Mega View Hotel

Warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS dengan penuh rasa syukur dan penghargaan meraikan persaraan seorang insan yang sangat istimewa, Puan Hajjah Noor Lida binti Jusoh.

Setelah 34 tahun menabur bakti, Puan Noor Lida akhirnya melabuhkan tirai perkhidmatan beliau. Tiga dekad lebih bukanlah suatu tempoh yang singkat. Sepanjang perjalanan tersebut, beliau telah menyumbang tenaga, masa, pengalaman dan komitmen yang tidak ternilai dalam membantu membangunkan serta mengharumkan nama JKA.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang telah dicurahkan selama ini. Kehadiran, tunjuk ajar, keramahan serta semangat kerja yang ditunjukkan oleh Puan Noor Lida akan sentiasa menjadi kenangan dan inspirasi kepada kami semua.

Pastinya, selepas ini akan terasa kelainannya tanpa kelibat dan gelak tawa Puan Noor Lida di tempat kerja. Namun, segala memori indah yang tercipta bersama akan terus terpahat dalam ingatan warga JKA.

Selamat bersara, Puan Hajjah Noor Lida. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menjalani fasa kehidupan yang baharu bersama keluarga tercinta.

Jasamu dikenang, budimu sentiasa di hati. โค๏ธ

๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰CLUB CULTURE: POLIFEST 2026๐ŸŽˆPada 26 Ogos 2026 (Rabu), program Club Culture: POLIFEST telah berlangsung dengan meriah d...
28/08/2026

๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰CLUB CULTURE: POLIFEST 2026๐ŸŽˆ

Pada 26 Ogos 2026 (Rabu), program Club Culture: POLIFEST telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Program ini telah menghimpunkan 16 buah kelab yang berdaftar di bawah Hal Ehwal Pelajar (HEP) POLISAS, sekali gus menjadi platform untuk mempamerkan kreativiti, bakat, dan keunikan setiap kelab kepada warga kampus.

๐ŸŽ‰ Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Persatuan Pelajar Kejuruteraan Awam (PePKA) atas pencapaian cemerlang yang membanggakan dengan merangkul:

๐Ÿ† Tempat Pertama Kategori Keseluruhan Terbaik
๐Ÿ† Tempat Pertama Kategori Booth Terbaik
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua Kategori Video Korporat Terbaik

Kejayaan ini membuktikan komitmen, kerjasama dan usaha gigih ahli-ahli PePKA dalam memastikan setiap program yang telah dilaksanakan sebelum ini telah membina sifat serta sikap kebersamaan antara ahli yang menyumbang kepada kemenangan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam untuk terus aktif, kreatif dan cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum. Terus cemerlang PePKA!!!

๐ŸŽŠ๐Ÿ†๐Ÿ‘

๐ŸŽ‰ Tahniah & Syabas! ๐ŸŽ‰Warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua alumn...
22/08/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah & Syabas! ๐ŸŽ‰

Warga Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua alumni Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), iaitu:

โœจ Ahmad Danial Safwan bin Ahmad Safri
โœจ Siti Marliyana binti Mohamad

atas kejayaan memperoleh Biasiswa Yayasan Gamuda bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Lebih membanggakan, daripada 4,096 permohonan yang diterima, mereka berjaya tersenarai dalam kalangan 206 penerima biasiswa yang terpilih. Satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuktikan bahawa lulusan politeknik juga mampu bersaing serta cemerlang di pentas yang lebih tinggi.

Kejayaan ini diharap dapat menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada semua pelajar JKA, khususnya warga DKA yang sedang menuntut ilmu di POLISAS. Teruskan berusaha, jangan pernah berputus asa, dan yakinlah bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil.

Buat Ahmad Danial Safwan dan Siti Marliyana, teruskan mengekalkan momentum kecemerlangan ini. Semoga terus melakar kejayaan walau di mana berada.

๐ŸŒŸ JKA, POLISAS berbangga dengan anda! ๐ŸŒŸ

Pendedahan Pelajar dalam Aktiviti Cerapan HilalPada 14 Ogos 2026 (Jumaat), para pelajar Diploma Geomatik telah diberikan...
14/08/2026

Pendedahan Pelajar dalam Aktiviti Cerapan Hilal

Pada 14 Ogos 2026 (Jumaat), para pelajar Diploma Geomatik telah diberikan pendedahan berkaitan aktiviti cerapan hilal Rabiulawal 1448H di Menara Kuantan 188. Program ini turut disertai oleh Cik Siti Nurazrin binti Sheikh Ismail, Ketua Program Diploma Geomatik, bersama para pelajar dengan kerjasama JUPEM Negeri Pahang dan Jabatan Mufti Negeri Pahang.
Penyertaan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami secara langsung kaedah cerapan hilal, penggunaan peralatan ukur dan teknologi geospatial serta peranan data astronomi dalam penentuan awal bulan Hijrah.

๐ŸŽฌโœจ Sokongan Untuk Wakil JKA POLISAS~ MULAseMULA: 37th Architectural Workshop 2026 โœจ๐ŸŽฌTahniah dan syabas diucapkan kepada ...
14/08/2026

๐ŸŽฌโœจ Sokongan Untuk Wakil JKA POLISAS~ MULAseMULA: 37th Architectural Workshop 2026 โœจ๐ŸŽฌ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), POLISAS yang telah mengambil bahagian dalam penghasilan video bertajuk โ€œSiapa Lagiโ€ sempena penyertaan dalam MULAseMULA: 37th Architectural Workshop 2026.

๐Ÿ“… Tarikh: 15 - 18 Ogos 2026
๐Ÿ›๏ธ Penganjur: Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan penglibatan dan kerjasama Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM)

MULAseMULA: 37th Architectural Workshop 2026 merupakan sebuah program akademik dan pembangunan bakat yang menghimpunkan pelajar seni bina daripada pelbagai institusi pengajian tinggi di Malaysia. Program ini menjadi platform penting bagi peserta untuk mengembangkan kreativiti, kemahiran reka bentuk, pemikiran kritis serta keupayaan bekerja secara kolaboratif dalam menangani pelbagai isu berkaitan seni bina dan persekitaran binaan.

๐ŸŽฅ Pelajar yang terlibat dalam pembinaan video โ€œSiapa Lagiโ€ adalah:

โœ… Muhammad Haikal Ramdan Bin Sihitam Saad
โœ… Puteri Nur Balqis Binti Abdul Halim
โœ… Che Wan Adam Amsyar Bin Che Wan Amirofaizal
โœ… Munirah Auni Zulkepli
โœ… Muhamad Syamil Bin Zulkhairi

Dibantu oleh:
โœ… Wan Amir Syafiq Bin Wan Muhammad Zaidi
โœ… Muhammad Aliff Fitriezal Bin Mohd Azli

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Pensyarah Pembimbing:
Encik Mohammed Haidar bin Azaman

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen, kreativiti dan usaha gigih dalam menghasilkan video tersebut. Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan idea kreatif pelajar, malah turut meningkatkan keyakinan diri serta pengalaman bekerja dalam satu pasukan.

๐Ÿ“ข Jom sama-sama memberi sokongan kepada wakil POLISAS!

๐Ÿ‘ LIKE
๐Ÿ’ฌ COMMENT
๐Ÿ”„ SHARE

Video hasil kerja dan usaha para peserta daripada kelas DSB5A dan DSB5B, JKA, POLISAS. Sokongan anda amat bermakna dalam menghargai usaha dan dedikasi mereka.



Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

๐Ÿ“Š DATA ANALYSIS WORKSHOP FOR ENGINEERING STUDENTS (FYP2) SESI I 2026/2027Pada 13 Ogos 2026, Program Diploma Kejuruteraan...
14/08/2026

๐Ÿ“Š DATA ANALYSIS WORKSHOP FOR ENGINEERING STUDENTS (FYP2) SESI I 2026/2027

Pada 13 Ogos 2026, Program Diploma Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS telah berjaya menganjurkan DATA ANALYSIS WORKSHOP FOR ENGINEERING STUDENTS (FYP2) SESI I 2026/2027 secara atas talian khusus untuk para pelajar Diploma Kejuruteraan Awam.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Sr. Dr. Noor Suhaiza binti Sauti, Pensyarah Utama Unit Geomatik, Jabatan Kejuruteraan Awam, POLISAS. Melalui perkongsian yang menarik dan bermanfaat, para pelajar telah diberi pendedahan tentang kaedah yang betul untuk meneroka, memahami dan menguasai teknik analisis data yang diperoleh daripada ujian makmal, kerja lapangan serta kajian akademik menggunakan kaedah statistik yang bersesuaian.

Sepanjang sesi berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen yang tinggi dengan aktif mengemukakan pelbagai soalan dan berkongsi pandangan berkaitan analisis data dalam Projek Tahun Akhir (FYP). Interaksi yang positif ini membuktikan bahawa bengkel tersebut berjaya menarik minat peserta serta membantu mereka meningkatkan kefahaman dalam aspek pengurusan dan analisis data kajian.

Pihak penganjur merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sr. Dr. Noor Suhaiza binti Sauti atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat berguna kepada para pelajar. Tahniah juga kepada semua peserta yang telah memberikan kerjasama dan penglibatan yang aktif sepanjang bengkel dijalankan.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasakan lagi kemahiran penyelidikan, analisis data dan penyediaan Projek Tahun Akhir dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, POLISAS.

โœจ Ilmu yang dikongsi, kemahiran yang dipertingkat, kecemerlangan yang dibina bersama.

๐ŸŽ‰ SISWAPRENEUR SHOWCASE โ€˜BAHJAN HAYAWIYYAHโ€™ 2026, POLISAS๐ŸŽ‰Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung dengan jayanya program Si...
11/08/2026

๐ŸŽ‰ SISWAPRENEUR SHOWCASE โ€˜BAHJAN HAYAWIYYAHโ€™ 2026, POLISAS๐ŸŽ‰

Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung dengan jayanya program Siswapreneur Showcase โ€˜Bahjan Hayawiyyahโ€™ 2026 peringkat POLISAS yang menghimpunkan 33 kumpulan usahawan pelajar daripada:

โœ… Jabatan Kejuruteraan Awam
โœ… Jabatan Perdagangan
โœ… Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
โœ… Jabatan Kejuruteraan Elektrik
โœ… Jabatan Teknologi Makanan

Program ini menjadi platform terbaik bagi para pelajar mempamerkan kreativiti, kemahiran keusahawanan serta kebolehan mengurus perniagaan dalam suasana yang kompetitif dan profesional.

๐Ÿ“Š Pencapaian Jualan Keseluruhan โœจ Jumlah jualan yang direkodkan melalui sistem E-Keusahawanan adalah sebanyak RM28,898.10
โœจ Dengan 3,034 transaksi berjaya dicatatkan sepanjang program berlangsung
โœจ Transaksi puncak direkodkan pada jam 12.00 tengah hari dengan jumlah jualan mencecah RM9,917 ๐ŸŽ‰

Syabas dan tahniah kepada semua usahawan pelajar yang telah menunjukkan komitmen, semangat kerja berpasukan dan daya saing yang tinggi dalam menjayakan program ini.

๐ŸŽ–๏ธ Kejayaan Membanggakan Jabatan Kejuruteraan Awam

Sekalung tahniah diucapkan kepada kumpulan Buccaneer (DSB3A) yang dibimbing oleh mentor Puan Nurul Faizatul Hanim binti Othman dan Puan Syaizura Hani binti Abd Samat atas pencapaian cemerlang mereka dengan merangkul:

๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama - Pameran Keusahawanan Terbaik
๐Ÿฅ‡ Tempat Pertama - Jualan Keseluruhan Terbaik
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua - Promosi Digital Terbaik

Kegembiraan bertambah apabila kumpulan INVICTUS (DSB3B) di bawah bimbingan Cik Wan Nurul Hasinah binti Wan Kamarudin dan Puan Noor Izzan binti Nordin telah berjaya merangkul:

๐Ÿฅˆ Tempat Kedua - Jualan Keseluruhan Terbaik

๐ŸŒŸ Syabas dan tahniah kepada semua peserta, mentor dan jawatankuasa penganjur yang telah menjayakan Siswapreneur Showcase โ€˜Bahjan Hayawiyyahโ€™ 2026. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan usahawan muda yang berdaya saing dan berinovasi pada masa hadapan.

๐ŸŽ‰๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ†

Address

Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Kuantan
25350

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:00
Tuesday 07:30 - 18:00
Wednesday 07:30 - 18:00
Thursday 07:30 - 18:00
Friday 07:30 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kejuruteraan Awam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share