Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan

Pusat Latihan Kenegaraan  Bukit Sagu Kuantan Facebook Rasmi Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Akademi Kenegaraan, Pejabat Perdana Menteri.

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐒𝐀𝐆𝐔𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫...
13/02/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐒𝐀𝐆𝐔

𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐒𝐚𝐠𝐮

Satu Sesi Santuni bersama Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Pahang, YBrs. Tuan Mohd Kamal Affandi telah diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Bukit Sagu hari ini melibatkan seluruh warga kerja pusat tersebut.

Penganjuran sesi ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kepimpinan negeri dan kakitangan di peringkat pelaksana selain menjadi ruang penyelarasan hala tuju organisasi. Pendekatan bersemuka ini dilihat signifikan dalam memastikan mesej,aspirasi dan perancangan jabatan dapat difahami serta digerakkan secara bersama.

Di samping itu, sesi berkenaan turut memberi penekanan terhadap pengukuhan budaya kerja profesional, keseronokan bekerja melalui semangat sepasukan dan komitmen berterusan dalam menjayakan agenda latihan kenegaraan di bawah kerangka Malaysia MADANI.

Program diakhiri dengan sesi ramah mesra serta tinjauan ringkas sekitar fasiliti pusat latihan.









KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARANTarikh: 1 DISEMBER 2025Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hariTempat: Dewan Terbuka PLK Bukit Sa...
01/12/2025

KURSUS PENCEGAHAN KEBAKARAN

Tarikh: 1 DISEMBER 2025
Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Terbuka PLK Bukit Sagu
Anjuran: Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKKP
Bilangan Peserta: 22 orang

---

1.0 PENGENALAN

Kursus Pencegahan Kebakaran ini dianjurkan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan warga organisasi mengenai risiko kebakaran serta langkah-langkah pencegahan yang betul. Program ini juga bertujuan memastikan semua peserta memahami tatacara menghadapi kecemasan dan penggunaan peralatan pemadam api dengan betul.

2.0 OBJEKTIF KURSUS

Objektif utama kursus ini adalah untuk:

1. Memberikan pendedahan mengenai punca-punca kebakaran.

2. Mengajar kaedah pencegahan dan langkah keselamatan di tempat kerja.

3. Melatih peserta menggunakan alat pemadam api.

4. Memberikan panduan tindakan kecemasan serta cara menyelamatkan diri semasa kebakaran.

5. Meningkatkan tahap kesiapsiagaan semua kakitangan.

3.0 KANDUNGAN KURSUS

Kursus merangkumi sesi teori dan praktikal seperti berikut:

3.1 Sesi Teori

Pengenalan kepada kebakaran

Segitiga api dan klasifikasi kebakaran

Punca-punca kebakaran di tempat kerja

Sistem Pencegahan Kebakaran

Prosedur tindak balas kecemasan

Pengenalan kepada alat pemadam api dan jenis-jenisnya

3.2 Sesi Praktikal

Demonstrasi penggunaan alat pemadam api

Latihan memadam kebakaran kecil

Latihan berkumpul di titik perhimpunan (Assembly Point)

30/08/2025
30/08/2025
20/08/2025
11/08/2025

‼️ 𝟱 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜‼️

Jom semua pegawai awam, kita saksikan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 20 (MAPPA XX) Tahun 2025 yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada:

🗓 𝟭𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁)
⏰ 𝟯.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
📍 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝗹𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶, 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗞𝗼𝗻𝘃𝗲𝗻𝘀𝘆𝗲𝗻 𝗔𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮 (𝗣𝗜𝗖𝗖), 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮
🔗 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗟𝗜𝗩𝗘: 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺

𝗜𝗻𝗳𝗼 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴:

📌 Pegawai awam dijemput hadir awal bermula 9.00 pagi untuk melawat 𝗣𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗣𝗣𝗔 𝗫𝗫 𝟮𝟬𝟮𝟱

📌 𝗧𝗮𝘇𝗸𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁: 𝗕𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗠𝘂𝗳𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮, 𝗣𝗜𝗖𝗖: 12.45 - 1.20 tengah hari

📌 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮, 𝗣𝗜𝗖𝗖: 1.20 tengah hari - 2.00 petang

📌 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺: 𝗖𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗜𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗔𝗣𝗣𝗔: 2.30 - 3.00 petang

Tandakan kalendar anda! Jumpa di sana!

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











Address

Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan
Kuantan
25740

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share