SK Batu Tiga, Kuantan

SK Batu Tiga, Kuantan SEMUA PELAJAR, BEKAS PELAJAR SERTA IBU BAPA DIPERSILAKAN MENELUSURI LAMAN MUKABUKU KAMI

*Pantun Selamat Datang & Selamat Bertugas di SEBATI* 🌟Ke Penor pergi membeli pari,Singgah sebentar di Masjid Lama.  Guru...
13/06/2026

*Pantun Selamat Datang & Selamat Bertugas di SEBATI* 🌟

Ke Penor pergi membeli pari,
Singgah sebentar di Masjid Lama.
Guru baharu melapor diri,
Semoga seronok berkhidmat bersama.

Burung merbah burung merpati,
Terbang rendah mencari padi.
Selamat datang ke SEBATI,
Bersama kita didik generasi.

Pucuk paku padi huma ,
Tumbuh subur di tepi paya.
Cikgu Syamimi diberi nama,
Pimpin anak didik menuju jaya.

Gedung berderet menjual tangsi ,
Kapal berlabuh menanti pukat.
Selamat bertugas penuh dedikasi,
SEBATI cemerlang dengan berkat.




KELAS TAMBAHAN UPKK KAFA SEBATI 2026Tarikh: 13 Jun 2026(Sabtu)Masa: 8.30 - 11.45 pagiTempat: Bilik darjah yang ditetapka...
13/06/2026

KELAS TAMBAHAN UPKK KAFA SEBATI 2026

Tarikh: 13 Jun 2026(Sabtu)
Masa: 8.30 - 11.45 pagi
Tempat: Bilik darjah yang ditetapkan

Kelas inj diadakan bagi memberi pendedahan awal, menguatkan asas Fardhu Ain & melatih format UPKK sebenar untuk mencapai sasaran 100% murid lulus cemerlang.

Terima kasih kepada guru dan murid-murid yang menyertai kelas tambahan tersebut.




Kem Bestari Solat Tahap 2Tarikh: 12/6/26(Jumaat)Masa: 7.40 pagi -12.00 tengah hari Tempat: Surau, Bilik Darjah & DewanKe...
12/06/2026

Kem Bestari Solat Tahap 2

Tarikh: 12/6/26(Jumaat)
Masa: 7.40 pagi -12.00 tengah hari
Tempat: Surau, Bilik Darjah & Dewan

Kem Bestari Solat Tahap 2 ini melibatkan semua murid Tahun 4,5,6. Fokusnya ialah bagi mengajar fardhu ain dan adab solat secara praktikal.

Tahniah dan syabas kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga kepada semua guru pendidikan Islam yang terlibat.





Bacaan Yassin & Bacaan Hadis 40Tarikh: 12 Jun 2026(Jumaat)Masa: 7.20 - 7.40 pagiTempat: Dewan Hilmi Sebati
12/06/2026

Bacaan Yassin & Bacaan Hadis 40

Tarikh: 12 Jun 2026(Jumaat)
Masa: 7.20 - 7.40 pagi
Tempat: Dewan Hilmi Sebati





12/06/2026

Majlis Bacaan Yassin Pagi Jumaat

Tarikh: 12 Jun 2026(Jumaat)
Masa: 7.20 - 7.40 pagi
Tempat: Dewan Hilmi Sebati

Tujuan Bacaan Surah Yasin:

1. Mohon keberkatan Allah, murahkan rezeki, jauhkan hasad dengki.
2. Hadiahkan pahala bacaan untuk arwah.
3. Baca beramai-ramai, doa sama-sama. Kuatkan silaturahim warga sekolah
4. Minta Allah permudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik.



Makluman:-Dimaklumkan pada 10 Jun 2026, Sebati telah menerima guru baharu yang akan bertugas di kelas pendidikan khas.Se...
11/06/2026

Makluman:-

Dimaklumkan pada 10 Jun 2026, Sebati telah menerima guru baharu yang akan bertugas di kelas pendidikan khas.

Selamat datang & selamat bertugas diucapkan buat Cikgu Nurul Syamimi bt Mohammod.

Semoga beliau cepat menyesuaikan diri, seronok mengajar di Sebati dan terus cemerlang di sini. Aamiin 🤲

Mohon sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.






Kenduri Korban Sebati Tarikh: 10 Jun 2026(Rabu)Masa: 8.00 - 11.30 pagiTenpat: Dewan Hilmi - Pengisian Bina Insan & Kanti...
10/06/2026

Kenduri Korban Sebati

Tarikh: 10 Jun 2026(Rabu)
Masa: 8.00 - 11.30 pagi
Tenpat: Dewan Hilmi - Pengisian Bina Insan & Kantin - Jamuan makan


Makluman & Mohon Doa 🙏5 murid Bola Jaring Sebati telah hadiri Sesi Pemilihan Daerah Kuantan → MSSP Pahang. Doakan mereka...
10/06/2026

Makluman & Mohon Doa 🙏

5 murid Bola Jaring Sebati telah hadiri Sesi Pemilihan Daerah Kuantan → MSSP Pahang.

Doakan mereka berjaya terpilih & bawa nama SEBATI ke peringkat negeri p**a.

Tarikh: 10 Jun 2026
Tempat: SK Belukar

Good Luck Wira Sebati.
Tahniah dan terima kasih kepada jurulatih.
Terima kasih juga atas sokongan semua pihak.




10/06/2026

Address

Jalan Gambang
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Batu Tiga, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share