24/08/2026
YB Ayub Ashri Hadir Meriahkan Alam Ria PASTI Kawasan Paya Besar
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Alam Ria PASTI Kawasan Paya Besar bertempat di Al-Irsyad, Kuantan pada Ahad, 23 Ogos 2026.
Program berlangsung meriah dengan penyertaan anak-anak PASTI dalam pelbagai acara seperti Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan, Nasyid, Bercerita, Sajak, Khutbah & Pidato, Kalam Jamaie serta Azan.
YB Ayub Ashri turut hadir bagi memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak PASTI yang mengambil bahagian dalam pertandingan. Kehadiran YB menjadi tanda sokongan terhadap usaha PASTI dalam membentuk generasi anak-anak yang berilmu, berakhlak dan mempunyai keyakinan diri.
Turut hadir dan merasmikan majlis ialah Ketua Sektor Pendidikan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Alif Zainuddin.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh AJK, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Tahniah juga buat semua anak-anak PASTI yang telah menunjukkan kesungguhan dan memberikan persembahan terbaik. Kepada yang berjaya, semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh. Kepada yang belum berjaya, teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa.
Buat anak-anak yang akan mewakili PASTI Kawasan Paya Besar ke peringkat seterusnya, selamat berjuang dan lakukan yang terbaik. Semoga dipermudahkan segala urusan serta terus mengharumkan nama PASTI Paya Besar. π€²π»
Tahniah dan syabas kepada semua! πΉ