Rakan Perpaduan Kuala Selangor

Rakan Perpaduan Kuala Selangor Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Kementerian Perpaduan Negara
Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
(1)

02/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Zulkifli bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Int...
02/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Zulkifli bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026.

Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, dedikasi dan komitmen beliau dalam memperkukuh agenda perpaduan negara serta memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.

Semoga YBrs. Tuan Ketua Pengarah terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kejayaan dalam menerajui usaha memperkasakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Jentera Perpaduan Daerah Kuala Selangor



๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-P...
31/05/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah takzim daripada Pengarah dan seluruh Warga Kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ







Selamat Hari Raya AidiladhaุนูŠุฏ ุฃุถุญู‰ ู…ุจุงุฑูƒDengan penuh rasa syukur dan keinsafan, Pejabat Perpaduan daerah Kuala Selangor...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha
ุนูŠุฏ ุฃุถุญู‰ ู…ุจุงุฑูƒ

Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, Pejabat Perpaduan daerah Kuala Selangor dan Kakitangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menghidupkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Sekalung doa dan ucapan khusus buat seluruh jemaah haji yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, semoga dikurniakan haji yang mabrur, dipermudahkan segala urusan ibadah serta kembali ke tanah air dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT.

Bersempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita memperbanyakkan doa, munajat dan istighfar. Semoga segala doa yang dipanjatkan oleh kaum muslimin dan muslimat diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT, dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan buat umat Islam seluruhnya.

ุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุตูŽุงู„ูุญูŽ ุงู„ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„
Semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

Salam Aidiladha 1447H / 2026M

19/05/2026
PENERIMAAN KOMPUTER RIBA DAN KOMPUTER MEJA BAHARU UNTUK WARGA KERJA PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL  DAN...
19/05/2026

PENERIMAAN KOMPUTER RIBA DAN KOMPUTER MEJA BAHARU UNTUK WARGA KERJA PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAN TABIKA PERPADUAN DAERAH KUALA SELANGOR

19 Mei 2026

Warga kerja Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor telah menerima komputer riba dan komputer meja yang baharu dalam usaha dan inisiantif bagi meningkatkan semangat dalam mendepani cabaran teknologi yang semakin berkembang pesat.

Dengan penerimaan peralatan yang baharu ini,diharapkan para pegawai dapat menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan menguasai kemahiran digital dalam perkhidmatan awam.





Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor , Selangor19 Mei 2026 ( Selasa )๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ PENYELAR...
19/05/2026

Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor , Selangor
19 Mei 2026 ( Selasa )

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ PENYELARASAN SUKANEKA DAERAH KUALA SELANGOR ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Selangor telah mengadakan " Mesyuarat penyelarasa program sukaneka peringkat daerah Kuala Selangor2026.Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor dan dihadiri oleh Penyelaras Tabika dan semua Guru- guru Tabika Perpaduan Kuala Selangor

๐™ˆ๐™š๐™ข๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ˆ๐™š๐™ง๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ฅ๐™š๐™ก๐™—๐™–๐™œ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ



19/05/2026

LARIAN OBOR SUKMA XXII SELANGOR 2026
PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR ๐Ÿ”ฅ๐Ÿƒโœจ

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput orang ramai untuk menyertai Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026 yang akan berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh kemeriahan.

๐Ÿ“… Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ข Masa : 7.30 malam โ€“ 12.00 tengah malam
๐Ÿ“ Tempat : Dataran Malawati, Pekan Lama, Kuala Selangor

๐ŸŽŸ๏ธ Yuran Penyertaan : RM20
๐Ÿ‘• Percuma T-Shirt Berkolar Eksklusif SUKMA Selangor 2026
๐Ÿ… Percuma Medal Finisher
๐Ÿ”ฅ Terhad kepada 500 penyertaan terawal
๐Ÿ“Œ Tarikh Tutup Penyertaan : 27 Mei 2026

โœจ Program Sampingan:
๐ŸŽถ Majlis Pelancaran Lagu dan Nama Maskot Sempena SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026
๐ŸŽญ Program Kebudayaan DUN Malawati 2026

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat SUKMA Selangor 2026 dan rasai pengalaman larian malam penuh warna di Kuala Selangor!

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster atau tekan pautan berikut untuk pendaftaran:
https://forms.gle/SQgCauHCnvWfiCWy9

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azahari
(011-39338629)

Sekitar hari pertama Reruai RT Progresif Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Tengah di Muzium Negara dari 15 - 17...
15/05/2026

Sekitar hari pertama Reruai RT Progresif Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Tengah di Muzium Negara dari 15 - 17 Mei 2026. Daerah Kuala Selangor melalui KRT Fasa 2, Bandar Puncak Alam yang juga projek RT Progresif bagi tahun 2025 terlibat dalam reruai ini.

Jom temui kami di sini dan dapatkan produk-produk kraftangan dan makanan warisan dengan harga yang berpatutan.

Jumpa disana!!

Selamat Hari Guru 2026โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh wa...
15/05/2026

Selamat Hari Guru 2026

โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa serta menyemai nilai perpaduan demi masa depan negara.

Guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pencetus inspirasi, pembina sahsiah dan agen penyatuan masyarakat majmuk Malaysia. Semoga segala usaha murni para guru terus diberkati dan dihargai.

Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)






Address

Tingkat 5 Kompleks PKNS
Kuala
45000

Opening Hours

Monday 09:00 - 04:30
Tuesday 09:00 - 04:30
Wednesday 09:00 - 04:30
Thursday 09:00 - 04:30
Friday 09:00 - 04:30

Telephone

+60332892113

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Perpaduan Kuala Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rakan Perpaduan Kuala Selangor:

Share