Urusan Ulamak Pas Kawasan Kuala Terengganu

Urusan Ulamak Pas Kawasan Kuala Terengganu Facebook rasmi bagi Urusan Ulamak Pas Kawasan Kuala Terengganu

JOM SAMA-SAMA HADIR ‼️‼️‼️
15/09/2016

JOM SAMA-SAMA HADIR ‼️‼️‼️

JOM SAMA-SAMA MENGHADIRI CERAMAH ISU SEMASA ‼️‼️‼️
19/08/2016

JOM SAMA-SAMA MENGHADIRI CERAMAH ISU SEMASA ‼️‼️‼️

*Bantah Kekejaman Myanmar*Tarikh : 15 Julai 2016Hari : JumaatMasa : 2.00 petangTempat : Kedutaan MyanmarJalan Ampang Hil...
12/07/2016

*Bantah Kekejaman Myanmar*

Tarikh : 15 Julai 2016
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kedutaan Myanmar
Jalan Ampang Hilir Kuala Lumpur.

Solat jumaat dan berkumpul di Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadhir bagi menyatakan solidariti anda bersama ummat Islam di Myanmar.

_Anjuran : Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Lajnah Penerangan PAS Pusat._

*Kutip tol, apa rakyat Terengganu dapat??*BismillahLPT 2 bermula dengan kos pembinaan yang sentiasa naik kerana bermasal...
12/07/2016

*Kutip tol, apa rakyat Terengganu dapat??*

Bismillah

LPT 2 bermula dengan kos pembinaan yang sentiasa naik kerana bermasalah dengan kontraktor yang dipilih. Ada yang lari, ada yang tak ikut spesifikasi yang menyebabkan pembinaan LPT 2 ini tertangguh jadualnya dan bertambah kosnya. Namun, sehingga kini, tiada kedengaran tindakan ke atas kontraktor-kontraktor itu. Sehingga akhirnya jumlah sebenar seperti yang direkodkan ialah kira-kira RM4 billion wang rakyat telah digunakan bagi membina lebuhraya sepanjang 184km yang beralun di kebanyakan tempat, mempunyai kira-kira 2000 kes kemalangan serta telah mengorbankan kira-kira 100 orang mangsa itu pada tahun 2015 sahaja. Kenaikan kos ini adalah sekali ganda dengan kos asal LPT 2.

Sebanyak RM1.8 billion wang rakyat negeri Terengganu telah di”benam”kan di LPT 2 ini bagi membantu menyiapkan pembinaannya. Alasan yang diberikan bagi menaikkan tol antaranya ialah bagi menampung kos penyelenggaraan. Persoalan yang timbul, berapakah kos penyelenggaraan bagi LPT 2 itu? Sedangkan kerosakan yang terjadi di LPT 2 sekarang, antaranya adalah kerana kesilapan atau kecuaian kontraktor ketika pembinaan dahulu. Wang rakyat diambil untuk membaiki kesilapan itu, kos menjadi semakin naik, diambil lagi duit rakyat Terengganu untuk menampung kosnya. Kini, rakyat Terengganu, bakal melakukan “jihad” di lebuhraya dengan membayar tol kepada syarikat konsensi atas nama penyelenggaraan.

Berapakah jangkaan pendapatan bulanan bagi kutipan di LPT 2 nanti kerana bancian kenderaan, pastinya telah dibuat, berapa lamakah kutipan ini akan berjalan dan apakah keistimewaan atau sesuatu yang baik yang bakal diperolehi oleh rakyat Terengganu? Wang RM1.8 billion ini adalah maruah rakyat Terengganu. Tidak pernah terjadi sebelum ini, kerajaan negeri membiayai hampir separuh kos pembinaan lebuhraya di mana-mana negeri di Malaysia, tetapi tidak mendapat apa-apa, hanya terjadi di bawah pemerintahan Umno Terengganu.

PAS Terengganu mencadangkan agar kutipan tol secara telus diumumkan dan hasilnya dibahagi antara syarikat konsesi dengan kerajaan negeri bagi memberikan kembali pulangan itu untuk kepentingan rakyat Terengganu. PAS juga berpendapat oleh kerana wang rakyat Terengganu telah digunakan secara paksa, maka kerajaan negeri semestinya mendesak agar GLC Terengganu turut mempunyai saham atau pegangan dalam syarikat konsesi tersebut. Bukan sekadar "sleeping partner" tetapi agar diberikan hak dan jaminan kepada pengurusan kewangan rakyat Terengganu yang ada di dalamnya. Tuntutan ini jelas sangat berpatutan kerana kerajaan negeri telah membelanjakan jutaan duit rakyat bagi pengambilan tanah, membinanya, tetapi akhirnya tol dikutip konsesi. Ketegasan kerajaan pasti boleh membuka jalan bagi rakyat Terengganu menikmati kembali wang mereka yang dipinjam secara tidak benar itu.

Memandangankan lebuhraya Pan-Borneo tidak dikenakan sebarang tol, maka PAS yakin, ini juga adalah salah satu langkah keluar yang baik sebagai pulangan kepada rakyat negeri Terengganu selain daripada cadangan membahagikan keuntungan kutipan tol diantara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi di atas.

Oleh itu, PAS Terengganu mendesak agar kerajaan negeri menjelaskan dahulu persoalan-persoalan yang kami kemukakan sebelum meneruskan cadangan yang bakal memeras wang rakyat Terengganu ini, bukan sahaja melalui tol, tetapi juga melalui kenaikan harga barang yang bakal naik lagi kesan kerana tol ini, sesudah kenaikan minyak baru-baru ini.

*YB Ustaz Mohd Nor Hamzah*
Ketua Penerangan PAS Terengganu
7 Syawal 1437 bersamaan 12 Julai 2016

22/05/2016

Catatan Dhuha

Gopoh ialah sifat mazmumah kerana ia lonjakan daripada syaitan. Ia bersarang di dalam hati manusia.

Apabila berdoa minta segera dimakbul. Apabila berjuang segera hendak mendapat kemenangan.

Apabila membuat kerja segera hendak menyelesaikan. Orang yang gopoh selalu kecewa apabila ia tidak memperolehi cita-citanya.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
15 Syaban 1437/
22 Mei 2016
Ahad.

22/05/2016

Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011

SEDANG BERLANGSUNG MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI TERENGGANU
22/05/2016

SEDANG BERLANGSUNG MUKTAMAR TAHUNAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI TERENGGANU

*Dr Murweh Mousa Nassar*_SU Jawatankuasa Al-Quds, Kesatuan Ulama Islam Sedunia_18 Mei 2016 (Rabu)Kuliah Maghrib_Masjid P...
18/05/2016

*Dr Murweh Mousa Nassar*
_SU Jawatankuasa Al-Quds, Kesatuan Ulama Islam Sedunia_

18 Mei 2016 (Rabu)
Kuliah Maghrib
_Masjid Pengadang Baru_

10 Mei 2016 (Khamis)
Kuliah Zohor
_Masjid Jamek Tok Jiring_

10 Mei 2016 (Khamis)
Kuliah Maghrib
_Masjid Titian Baru_

Assalamu alakumPara guru yang di hormati dan di rahmati sakalian.Saya bagi pehak seluruh anggota Dewan Ulama Negeri meng...
16/05/2016

Assalamu alakum
Para guru yang di hormati dan di rahmati sakalian.
Saya bagi pehak seluruh anggota Dewan Ulama Negeri mengucapkan selamat Hari Guru dan selamat menjalan tugas kpd saudra / ri. Jasa dan pengorbanan anda di doakan agar diganjari pahla Jihad. Hakikatnya kita adalah pejuang pada Jalan Allah. Sekiam. Terima kasih
Dato' Ust Husein bin Awang Peng. ALP MDQ, Ketua DUPNT

16/05/2016
Selamat hari guru
15/05/2016

Selamat hari guru

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Urusan Ulamak Pas Kawasan Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share