Kuala Kedah كوالا قدح

Kuala Kedah كوالا قدح Kuala Kedah كوالا قدح

Assalamualaikum Salam Sejahtera
Selamat Datang ke page KUALA KEDAH I It is home to a fort, Kota Kuala Kedah, built in 1770

Kuala Kedah كوالا قدح

Kuala Kedah is a town and parliamentary constituency in Kedah, Malaysia. It is a fishing port, located at the mouth of the Kedah River, and serves as a terminus for ferries to the tourist island of Langkawi.

Sapa penah p area sini...admin nak p cti skolah ni ganu..jalan2
17/05/2026

Sapa penah p area sini...admin nak p cti skolah ni ganu..jalan2

Lokasi : 📌Kg.Baru Penarik, Setiu, Terengganu.

Foto : Che Padi

16/05/2026

Ayaq pasang besaq

Kredit video : geefauzi

CATATAN DSSAPA AGENDA YB TERESA KOK?Saya masih tertanya-tanya kenapa Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok begitu beria-i...
08/05/2026

CATATAN DSS

APA AGENDA YB TERESA KOK?

Saya masih tertanya-tanya kenapa Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok begitu beria-ia menyerang Pulau Langkawi. Apabila gagal mematahkan fakta dan data yang saya ketengahkan, dia membandingkan p**a Langkawi dengan dua destinasi lain di negara jiran. Satu perbandingan yang tidak adil, tidak wajar dan tidak cerdik.
Semalam dia buat hal lagi.

Dia menyerang Ketua Pemuda PAS Selangor, dan mengheret YAB Dato' Menteri Besar Kedah, dengan menjadikan Langkawi sebagai umpan serangannya. Pendek kata dia begitu berminat dengan Langkawi.
Kenapa?

Saya teringat sesuatu.
Pada 13 November tahun lepas, YB Teresa pernah membangkitkan cadangan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk mengambil alih pentadbiran Pulau Langkawi dengan menjadikannya wilayah Persekutuan, wilayah khas atau zon antarabangsa dengan alasan kononnya Langkawi suram.

Adakah serangan-serangan terbaharunya ini satu cara untuk dia 'menggilap' semula cadangan itu?

Adakah juga ia satu bentuk 'sabotaj' terhadap sektor pelancongan Langkawi supaya apabila agenda sabotaj itu berjaya, dan Langkawi benar-benar suram, maka kerajaan Persekutuan mempunyai sebab untuk melaksanakan cadangannya.
Saya tak pasti.

Tetapi kalau itu niatnya, saya minta dia berhenti bermimpi. Langkawi sebahagian daripada Kedah, negeri berdaulat yang sejarahnya bermula sejak abad ke-8 Sebelum Masehi, dan antara yang tertua di Asia Tenggara. Tidak ada rakyat Kedah yang siuman akan menyerahkan mana-mana bahagian negerinya kepada sesiapa.
Perlu ditegaskan sekali lagi bahawa dalam memacu sektor pelancongan Langkawi, saya yakin dan pasti bahawa Kerajaan Negeri khususnya dan rakyat Kedah umumnya, sama sekali tidak akan melacurkan nilai-nilai setempat. Ini termasuklah menjadikannya hub hedonisme dan budaya tidak sihat lainnya.

Majoriti penduduk Langkawi adalah beragama Islam. 78.5 peratus rakyat Kedah juga beragama Islam. Dan roh Islam berada dalam setiap helaan nafas kami. Maka apa juga yang kami lakukan, titik tolaknya bermula dari situ. Tidak ada dakwa-dakwi mengenainya. Titik.
Saranan saya cuma satu, jika YB Teresa benar-benar berminat untuk 'memajukan' Pulau Langkawi, mintalah Pakatan Harapan letakkan YB sebagai calon untuk bertanding di sana pada PRU akan datang. Kita tengok berapa ratus undi yang YB akan dapat.

DINAMIK | SEPAKAT | SEJIWA

Dato' Haji Mohd Salleh Saidin

03/05/2026

Memang padu Kedah Surfcasting Challenge di Port Padang Garam. Lebih 700 kaki pancing berhimpun dari pelusuk negara. Ada yang p**ang dengan hadiah, ada yang p**ang dengan cerita, tapi semuanya bawa balik pengalaman. Yang penting, ramai balik tak kumpau. InsyaAllah kita jumpa lagi di edisi akan datang.

24/04/2026

Penduduk di Seberang Kota, Kuala Kedah di sini, merayu agar kerajaan dapat segera menyediakan laluan khas untuk nelayan yang terpaksa melalui kawasan tanah perkuburan Islam lama untuk turun ke laut.

📢 HOTSPOT BANJIR NEGERI KEDAH 2026Sebanyak 90 kawasan hotspot banjir telah dikenal pasti di seluruh Negeri Kedah berdasa...
21/04/2026

📢 HOTSPOT BANJIR NEGERI KEDAH 2026

Sebanyak 90 kawasan hotspot banjir telah dikenal pasti di seluruh Negeri Kedah berdasarkan data laporan banjir bagi tiga (3) tahun terkini: 2023, 2024 dan 2025.

Maklumat ini bertujuan membantu agensi berkaitan, pihak berkuasa tempatan serta penduduk setempat untuk membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan kejadian banjir, khususnya ketika musim monsun.

💧 Orang ramai yang berada di kawasan terlibat disaran:
• Sentiasa peka dengan ramalan cuaca semasa
• Mengambil langkah kesiapsiagaan lebih awal
• Mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa

Definisi hotspot banjir:
Kawasan berisiko banjir yang mengalami kekerapan tidak kurang daripada tiga (3) kali dalam tempoh tiga (3) tahun terkini.

Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi risiko banjir.

Polis disyaki pijak suspek ditukar ke bahagian pentadbiran sementara tunggu siasatan JIPS
21/04/2026

Polis disyaki pijak suspek ditukar ke bahagian pentadbiran sementara tunggu siasatan JIPS

INFRASTRUKTUR JALAN KG. SEBERANG KOTA DINAIK TARAF DEMI KESELESAAN PENDUDUKSebelum ini, keadaan jalan di kawasan penjaja...
15/04/2026

INFRASTRUKTUR JALAN KG. SEBERANG KOTA DINAIK TARAF DEMI KESELESAAN PENDUDUK

Sebelum ini, keadaan jalan di kawasan penjaja serta laluan keluar masuk Kampung Seberang Kota dilaporkan berlubang teruk dan tidak rata, sekali gus menjejaskan keselesaan serta keselamatan pengguna.

Kini, kedua-dua lokasi tersebut telah siap dibaik pulih dengan kerja penurapan semula jalan. Bagi laluan berhampiran sungai, pemasangan cerucuk kayu turut dilaksanakan sebagai penahan tebing bagi mengurangkan risiko hakisan.

Selain itu, baik pulih jalan berlubang di kawasan berhampiran tapak penjaja turut dilaksanakan, menjadikan laluan lebih rata, kemas dan selesa untuk digunakan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kemudahan infrastruktur yang lebih selamat, selesa dan teratur untuk semua.



Sumber : PKWR Kubang Rotan

🚨 MAKLUMAN: JADUAL AIR PASANG TINGGI NEGERI KEDAH (APRIL 2026) 🚨Penduduk pesisir pantai dinasihatkan untuk sentiasa peka...
14/04/2026

🚨 MAKLUMAN: JADUAL AIR PASANG TINGGI NEGERI KEDAH (APRIL 2026) 🚨
Penduduk pesisir pantai dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berwaspada dengan fenomena air pasang tinggi sepanjang April 2026.

Sila beri perhatian khusus terutamanya pada 18 dan 19 April 2026, di mana paras air laut dijangka mencatat ketinggian maksimum (mencecah sehingga 3.4 meter di Teluk Ewa).

📍 KAWASAN BERPOTENSI BERLAKU BANJIR AIR PASANG:

Langkawi: (Sekitar Teluk Ewa dan Kuah)

Kota Setar: Jeti Kuala Kedah, Jeti Nelayan Seberang Kota, Taman Sri Putra, Taman Sri Pantai.

Kuala Muda: Kg. Kepala Tanjung, Kg. Bukit Kechik, Kg. Tukang Jusoh, Kg. Paya, Kg. Sg. Meriam, Kg. Sg. Yu, Kg. Huma.

⚠️ Risiko banjir boleh meningkat sekiranya kejadian air pasang tinggi ini bertembung serentak dengan hujan lebat dan angin kencang pada satu-satu masa.

Tindakan Pantas:

Pastikan dokumen penting disimpan di tempat yang tinggi dan selamat.

Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Kongsikan info ini agar keluarga dan komuniti kita kekal bersiap sedia!

(Sumber data: Unit Hidrologi JPS Negeri Kedah)

Address

Kuala
06600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuala Kedah كوالا قدح posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share