Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

  • Home
  • Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu “Facebook RASMI bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu”

03/06/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (S*k, Baling dan Kulim) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu) • Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) • Pahang (Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) • Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Bintulu (Tatau) • Sabah: Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) sehingga 7:00 malam; Rabu, 3 Jun 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:45 petang, 3 Jun 2026




03/06/2026

Jangan lepaskan temu bual eksklusif dalam segmen Manis Xpres bersama TpgB II Thoyyibah Taib selaku Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bagi berkongsi mengenai topik:

📌Program Bomba Mesra Komuniti Tahun 2026

🗓 3 Jun 2026 (Rabu)
⏰ 3:30 petang

📺 Saksikan secara LIVE di Facebook Manis FM kita kongsikan program menarik untuk anda✨

SALAM TAKZIAHSeluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada kelu...
03/06/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga PBK II (TBK) Hishamuddin Bin Embong dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.





01/06/2026

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, S*k dan Baling) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus) • Pahang (Bentong dan Bera) • Selangor (Hulu Langat) • Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) • Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Kapit (Song dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran) sehingga 7:00 malam; Isnin, 1 Jun 2026.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 4:45 petang, 1 Jun 2026




DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah...
31/05/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan.

Daulat Tuanku.

Daripada
Pengarah dan Warga Kerja
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu

PROGRAM BOMBA MESRA KOMUNITI 2026 KEMBALI LAGI!Satu acara hebat gandingan abam bomba bersama komuniti setempat akan berl...
31/05/2026

PROGRAM BOMBA MESRA KOMUNITI 2026 KEMBALI LAGI!

Satu acara hebat gandingan abam bomba bersama komuniti setempat akan berlangsung tidak lama lagi. Jom bawa satu keluarga datang memeriahkan suasana!

🗓️ 8 - 10 Jun 2026 (Isnin - Rabu)
📍 Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur

Jadual Pertandingan Mengikut Hari:
📌 8 Jun (Isnin): Mewarna (Tadika), FFC KBoC, Fire Blanket & 100m Fire Obstacle (Sek. Menengah)

📌 9 Jun (Selasa): Tarik Tali, Jualan Rahmah, Tarik Jentera, Fireman Rescue & Darling Carry (Komuniti)

📌 10 Jun (Rabu): Memasak (Komuniti), Junior Fire Challenge (Sek. Rendah), PPE Challenge & BATG.

🎈 Aktiviti Menarik Setiap Hari: Supa D**a, Jom Belajar Berenang, Simulasi Kebakaran & Escape Tent!

Jom pakat mari ramai-ramai! Berani menghadapi cabaran, prihatin komuniti! 🧑‍🚒🔥
Scan QR code di poster untuk daftar pertandingan sekarang!

SELAMAT HARI WESAK 2026Daripada: Pengarah dan Warga Kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu       ...
31/05/2026

SELAMAT HARI WESAK 2026

Daripada:
Pengarah dan Warga Kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096224444

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Terengganu:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share