Pejabat Perikanan Daerah Kuala Terengganu

Pejabat Perikanan Daerah Kuala Terengganu Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing

Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Perikanan Terengganu.. Selamat hari raya maaf zahir batin..
23/04/2025

Majlis Sambutan Hari Raya Jabatan Perikanan Terengganu.. Selamat hari raya maaf zahir batin..

Tahniah. Tuan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu yang baru.
07/04/2025

Tahniah. Tuan Pengarah Perikanan Negeri Terengganu yang baru.

8 September 2023, Pej. Perikanan Daerah Kuala Trg....Program Melabuh Unjam Daerah Kuala Terengganu dan Penyerahan Bantua...
08/09/2024

8 September 2023, Pej. Perikanan Daerah Kuala Trg....
Program Melabuh Unjam Daerah Kuala Terengganu dan Penyerahan Bantuan Nelayan Daerah K.Trg, K. Nerus dan Marang....
Sebanyak 40 unit unjam telah dilabuhkan di perairan laut Kuala Trg oleh YB Hilmi Dato Harun ADUN Manir merangkap Timbalan EXCO Pertanian Negeri Terengganu. Dalam majlis sama, sebanyak 36 orang nelayan dari Daerah K. Trg, K. Nerus dan Marang turut menerima bantuan peralatan seperti Fish Finder, pukat dan jaring bubu. Hadir sama Puan Hasniah bt Othman, Timbalan Pengarah Perikanan Terengganu.

1 Ogos 2024 (Khamis)Kalang Warisan, Serada, Kuala Terengganu....Telah selesai Program Pelepasan Benih dan Penyerahan Ban...
01/08/2024

1 Ogos 2024 (Khamis)
Kalang Warisan, Serada, Kuala Terengganu....
Telah selesai Program Pelepasan Benih dan Penyerahan Bantuan Peralatan Nelayan Darat kepada nelayan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu yang telah dirasmikan oleh YB Ariffin bin Deraman, ADUN Alur Limbat. Sebanyak 63,000 ekor benih ikan lampam sungai, baung dan udang galah telah dilepaskan kedalam sungai untuk menambah populasi ikan dan menjaga biodiversiti semulajadi Sungai Terengganu. Juga penyerahan bantuan berupa pukat kepada 35 orang nelayan darat untuk membantu menambah hasil tangkapan seterusnya meningkatkan pendapatan. Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, En. Ruzaidi bin Mamat.

Hari Terbuka Budi Madani Agri-Komoditi Daerah Kuala Terengganu..................................................Tarikh :...
30/07/2024

Hari Terbuka Budi Madani Agri-Komoditi Daerah Kuala Terengganu..................................................

Tarikh : 30 Julai 2024 (Selasa).
Masa : 9.00 A.M hingga 4.00 P.M
Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Kuala ....................................................
BUDI MADANI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Semua penternak dijemput ke Hari Terbuka Budi Madani Agri-Komoditi Daerah Kuala Terengganu BUDI MADANI Agri-Komoditi mer...
24/07/2024

Semua penternak dijemput ke Hari Terbuka Budi Madani Agri-Komoditi Daerah Kuala Terengganu

BUDI MADANI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Tarikh : 30 Julai 2024 (Selasa).
Masa : 9.00 A.M hingga 4.00 P.M
Tempat : Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu

Dokumen perlu dibawa:
-Kad Pengenalan
- Alamat E-mail
- Salinan Geran Tanah
- No Sijil MyGAP (Jika Ada)
-Maklumat Jentera
- No Akaun Bank
- Maklumat kenderaan
- Geran kenderaan

CABARAN DAPUR IKAN SUSU sempena HARI PELADANG PENTERNAK NELAYAN TERENGGANU NEGERI TERENGGANU DAN HIMPUNAN LEMBU SADO PAN...
22/07/2024

CABARAN DAPUR IKAN SUSU sempena HARI PELADANG PENTERNAK NELAYAN TERENGGANU NEGERI TERENGGANU DAN HIMPUNAN LEMBU SADO PANTAI TIMUR 2024
***********************************************
Tempat: Dataran Jabi, Besut
Tarikh: 26 Julai 2024 (Jumaat)
Masa: 4:00 petang

- Dianjurkan oleh Pejabat Perikanan Negeri Terengganu

☆ Hadiah utama: RM500 beserta hamper
☆☆ Hadiah kedua: RM300 beserta hamper
☆☆☆ Hadiah ketiga: RM100 beserta hamper

- Token sebanyak RM50 dan saguhati akan diberikan kepada setiap kumpulan
- Ikan susu yang telah disiang
- Hanya 1 menu sahaja yang perlu disediakan

Sila hubungi Pejabat Perikanan Daerah terdekat atau Pegawai kami di talian +60 13-947 2271

13 Mei 2023 IsninRestoran terapung, Kg. Beladau Kepong...Sesi interaksi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Pembangunan (T...
13/05/2024

13 Mei 2023 Isnin
Restoran terapung, Kg. Beladau Kepong...
Sesi interaksi Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Pembangunan (TKPP) Tuan Haji Bohari bin Haji Leng bersama para penternak ikan sangkar Daerah Kuala Terengganu. Sesi interaksi ini telah memberi peluang kepada para penternak untuk mendengar sendiri amanat daripada Tuan Haji TKPP dan mengutarakan beberapa soalan dan permasalahan yang dihadapi para penternak. Diharapkan sesi interaksi ini dapat membantu para penternak untuk lebih meneroka sektor akuakultur dan mengembangkan lagi perniagaan masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.

Address

Kuala

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096236285

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Daerah Kuala Terengganu:

Share