15/05/2026
BACAAN IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN BERSAMA PELATIH KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SPAK) TABIKA 2026 PLK TERENGGANU
Semangat Hari Belia Negara 2026 terus disemarakkan apabila para pelatih Kursus SPAK TABIKA Tahun 2026, Pusat Latihan KEMAS Terengganu turut bersama-sama menjayakan Bacaan Ikrar Belia Malaysia yang dilaksanakan serentak di seluruh negara tepat jam 10.00 pagi.
Dengan penuh semangat patriotisme dan jiwa belia yang kental, para pelatih menghayati setiap bait ikrar sebagai tanda komitmen dalam membentuk generasi belia yang berilmu, berakhlak mulia, berdaya saing serta sentiasa bersedia mendepani cabaran masa hadapan.
Bacaan ikrar ini menjadi simbol penyatuan suara dan aspirasi belia Malaysia dalam memperkukuhkan jati diri, menyuburkan budaya hormat, menyerlahkan bakat serta menyahut seruan membangun Malaysia MADANI.
βMENGGERAK BELIAβ
Semoga semangat dan iltizam yang dizahirkan hari ini menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pendidik awal kanak-kanak yang cemerlang, berintegriti dan mampu menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan negara.