APM Negeri Terengganu

APM Negeri Terengganu Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu

 KURSUS KEWANGAN DAN PEROLEHAN APM NEGERI TERENGGANUSelasa, 15 September 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ...
15/09/2026



KURSUS KEWANGAN DAN PEROLEHAN APM NEGERI TERENGGANU

Selasa, 15 September 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu telah menganjurkan Kursus Kewangan dan Perolehan bertempat di Dewan Wira, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Terengganu.

Kursus ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman warga APM Negeri Terengganu berkaitan tatacara pengurusan kewangan dan perolehan, di samping memberi pendedahan mengenai aspek audit, naziran serta pengurusan kebajikan dan kewangan peribadi.

Antara pengisian kursus ialah sesi Pengurusan Perolehan (Pembelian Terus) yang disampaikan oleh Pn. Suryati binti Jusoh, Pegawai Commerce Dot Com Sdn. Bhd., serta sesi Audit dan Naziran oleh Pn. Norisidah binti Haji Kareem, Timbalan Pengarah Audit Negeri Gred W13.

Program turut diserikan dengan Taklimat CUEPACS Care yang disampaikan oleh Pn. Norshahida binti Ismail daripada MyCuepacs Care serta Taklimat Ringkas “Jom Gandakan Simpanan Anda” oleh En. Mohammad Halim bin Nazahan daripada PruBSN Kuala Terengganu.

Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kompetensi serta kefahaman warga kerja dalam melaksanakan urusan kewangan dan perolehan secara teratur, telus dan berintegriti, selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan serta perancangan kewangan.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam pelaksanaan tugas dan kehidupan seharian.

Terus Bersama APM.











KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERKESO NEGERI TERENGGANU KE APM NEGERI TERENGGANUIsnin, 14 September 2026 - Angkatan Pertahan...
14/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PERKESO NEGERI TERENGGANU KE APM NEGERI TERENGGANU

Isnin, 14 September 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Terengganu, Encik Hisham bin Abdul Rahman, bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Terengganu, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut merupakan salah satu usaha dalam memperkukuh hubungan serta perancangan strategik dua hala antara PERKESO Negeri Terengganu dan APM Negeri Terengganu, khususnya dalam meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada anggota dan masyarakat.

Pertemuan ini turut menjadi platform kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama yang dapat dilaksanakan secara bersama demi memperkasakan peranan dan fungsi kedua-dua agensi.

Melalui hubungan strategik yang terjalin, diharapkan kerjasama antara APM Negeri Terengganu dan PERKESO Negeri Terengganu dapat terus diperkukuh serta memberi nilai tambah dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anggota dan masyarakat.

APM Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Hisham bin Abdul Rahman serta delegasi PERKESO Negeri Terengganu atas kunjungan yang diadakan.

Semoga jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi terus berkembang dan memberi manfaat kepada organisasi serta masyarakat khususnya di Negeri Terengganu.

Terus Bersama APM.






PERKESO Negeri Terengganu








KUNJUNGAN HORMAT AHLI CDA ERT FAMA IBU PEJABAT KE APM NEGERI TERENGGANUAhad, 13 September 2026 - Angkatan Pertahanan Awa...
14/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT AHLI CDA ERT FAMA IBU PEJABAT KE APM NEGERI TERENGGANU

Ahad, 13 September 2026 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat daripada ahli Civil Defence Auxiliary Emergency Response Team (CDA ERT) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ibu Pejabat bertempat di APM Negeri Terengganu.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai platform perbincangan antara kedua-dua pihak berkaitan penyambungan ahli CDA ERT Terengganu, di samping membincangkan perancangan program dan aktiviti bersama yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta memperkukuh penyelarasan dan hubungan kerjasama dalam aspek kesiapsiagaan, keselamatan dan tindak balas kecemasan.

Kerjasama antara APM dan FAMA melalui penglibatan CDA ERT merupakan antara usaha dalam memperkasakan kesiapsiagaan organisasi serta meningkatkan keupayaan pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana.

Diharapkan kunjungan hormat ini dapat terus mengukuhkan kerjasama strategik antara FAMA Negeri Terengganu dan APM Negeri Terengganu, selain menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program bersama yang memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta masyarakat.

APM Negeri Terengganu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada delegasi CDA ERT FAMA atas kunjungan serta komitmen yang diberikan dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua agensi.

Terus Bersama APM.












MESYUARAT SEKTOR OPERASI ZON TIMUR TAHUN 2026Khamis, 10 September 2026Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah meng...
10/09/2026

MESYUARAT SEKTOR OPERASI ZON TIMUR TAHUN 2026

Khamis, 10 September 2026

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengadakan Mesyuarat Sektor Operasi Zon Timur Tahun 2026 bertempat di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Terengganu pada hari ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YAS PJ. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, serta dihadiri oleh pegawai-pegawai APM dari Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan dan menyelaras perkara-perkara berkaitan pengoperasian Sektor Operasi Zon Timur, di samping memperkukuh koordinasi serta kerjasama antara negeri dalam memastikan penyampaian perkhidmatan APM dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, tersusun dan berkesan.

Sepanjang mesyuarat, beberapa pembentangan telah dilaksanakan melibatkan Bahagian Pengurusan Angkatan, Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Bahagian Pengurusan Latihan serta Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi.

Penganjuran mesyuarat ini diharapkan dapat memperkukuh kesepaduan dan kesiapsiagaan APM di Zon Timur, selain menjadi medan perkongsian pandangan serta penyelarasan tindakan dalam usaha meningkatkan keupayaan operasi dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Terus Bersama APM.














LENSA PERKHEMAHAN INTEGRASI DAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUSPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI ...
10/09/2026

LENSA PERKHEMAHAN INTEGRASI DAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUSPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KETUJUH 2026

 MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN INTEGRASI DAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUSPA) PERINGKAT KEBA...
10/09/2026



MAJLIS PENUTUPAN PERKHEMAHAN INTEGRASI DAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (TUSPA) PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KETUJUH TAHUN 2026

Rabu, 9 September 2026 - Perkhemahan Integrasi dan Pertandingan Kemahiran Tunas Pertahanan Awam Malaysia (TUSPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ketujuh Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya selepas berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 September 2026 bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Dungun, Terengganu.

Program peringkat kebangsaan ini telah menghimpunkan seramai 430 orang pelajar, terdiri daripada 215 pelajar lelaki dan 215 pelajar perempuan, melibatkan penyertaan sekolah dari seluruh negara kecuali Sarawak.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan kemahiran yang dirangka bagi menguji tahap pengetahuan, disiplin, ketahanan diri, kepimpinan serta semangat kerja berpasukan. Antara pertandingan yang dilaksanakan ialah kawad kaki, asas menyelamat dan pertolongan cemas, ikatan dan balutan, tuspa challenge serta pengungsian bangunan.

Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja menjadi medan bagi para peserta mempamerkan kemahiran yang telah dipelajari, malah menjadi platform penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berkeyakinan, berdaya tahan dan mempunyai semangat kesukarelawanan serta kesedaran terhadap aspek keselamatan dan pertahanan awam.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YAS PJ. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam masa yang sama, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dan semangat integrasi dalam kalangan peserta dari pelbagai negeri, di samping memberi peluang kepada mereka berkongsi pengalaman, pengetahuan serta kemahiran sepanjang menyertai aktiviti yang telah disediakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua peserta, pegawai pengiring, guru, jurulatih, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam memastikan penganjuran program peringkat kebangsaan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan serta menjadi pemangkin kepada para peserta untuk terus membina jati diri, memupuk semangat kesukarelawanan dan menjadi generasi yang sentiasa bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Terus Bersama APM.
















 🇲🇾 APM TERENGGANU RAIH TEMPAT KETIGA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026Isnin, 31 Ogos 2026 – Angkatan Pertahanan Awa...
31/08/2026



🇲🇾 APM TERENGGANU RAIH TEMPAT KETIGA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2026

Isnin, 31 Ogos 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu telah berjaya meraih Tempat Ketiga bagi kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / IPT / Swasta Beruniform sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang berlangsung di Dataran Utama Shahbandar, Kuala Terengganu.

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan buat seluruh warga APM Negeri Terengganu serta mencerminkan semangat berpasukan, disiplin, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pegawai dan anggota dalam menjayakan sambutan bersejarah tersebut.

Kejayaan ini turut menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga APM Negeri Terengganu untuk terus memberikan komitmen terbaik, bukan sahaja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat, malah dalam mengharumkan nama jabatan di peringkat negeri.

Syabas dan tahniah kepada seluruh kontinjen APM Negeri Terengganu atas pencapaian yang membanggakan ini! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”













LENSA HARI KEMERDEKAAN KALI KE-69 TAHUN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026
31/08/2026

LENSA HARI KEMERDEKAAN KALI KE-69 TAHUN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-69“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”Tanggal 31 Ogos menjadi simbol ...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE-69

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Tanggal 31 Ogos menjadi simbol kebebasan, perpaduan dan semangat cintakan tanah air yang terus terpahat dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memperkukuh semangat perpaduan, memelihara keharmonian serta menyemarakkan rasa tanggungjawab dalam membangunkan negara yang aman, sejahtera dan berdaya maju.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita terus berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing demi mempertahankan keamanan serta kesejahteraan negara untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.
🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada

YS Lt. Kol. (PA) Mohd Zul Khairi bin Shamsuddin
Pengarah APM Negeri Terengganu
serta Seluruh Warga Kerja
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu

Terus bersama APM.
















RAPTAI PENUH PERBARISAN PERINGKAT NEGERI TERENGGGANUSabtu, 29 Ogos 2026 - Angkatan Pertahanan AwamMalaysia (APM) Negeri ...
30/08/2026

RAPTAI PENUH PERBARISAN PERINGKAT NEGERI TERENGGGANU

Sabtu, 29 Ogos 2026 - Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia (APM) Negeri Terengganu telah menyertai raptai penuh Perbarisan Peringkat Negeri Terengganu sebagai persiapan menjelang sambutan rasmi hari kemerdekaan. Kontinjen perbarisan APM Terengganu diketuai oleh Leftenan (PA) Muhammad Emrielhalil bin Yaacod dan diwakili oleh anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), serta turut disertai oleh Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA). Turut dipamerkan pelbagai aset serta kenderaan APM Terengganu melibatkan aset darat dan air sebagai simbol kesiapsiagaan serta keupayaan APM dalam melaksanakan tugas.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir beramai-ramai ke Dataran Utama Shahbandar, Kuala Terengganu bagi menyaksikan kemeriahan perbarisan yang melibatkan pelbagai agensi dan pasukan keselamatan negeri Terenggganu. Ayuh bersama-sama memeriahkan sambutan serta menyaksikan persembahan perbarisan dan pameran aset yang pastinya menarik untuk disaksikan.

Terus bersama APM.










Address

APM Negeri Terengganu, Jalan Lapangan Terbang
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share